" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

12 February 2009

Kerajaan Najib Di Perak Boleh Di Pertikai

Muhamad Nadzri Mohamed Noor (Pensyarah Sains Politik UKM)

Sebelum perlantikan Dato' Dr Zamry, Nizar pernah memohon pembubaran Dun kepada Sultan Perak. Meskipun baginda mempunyai kuasa budi bicara, namun kuasa beliau sebagai Sultan juga adalah kuasa rasmi dan simbolik yakni beliau bertindak atas nasihat MB. Mengenai keabsahan perlantikan MB Perak yang berada dalam kemelut, beliau berpendapat terdapat beberapa persoalan berbangkit yang berkaitan dengan masalah perundangan.

Adakah peralihan sokongan atau keluar parti 2 Adun KeADILan kepada BN adalah sah? "Ini berikutan telah ada peraturan di dalam KeADILan yakni jika terdapat ahli meletakkan jawatan atau keluar parti semasa menjadi ahli badan perundangan, individu itu mestilah meletakkan jawatan perundangan tersebut.

Selagi isu2 atau persoalan undang2 ini yang tidak diselesaikan oleh pihak yang berwajib, khasnya mahkamah, legitimasi kerajaan baru boleh dipertikaikan dari pelbagai sudut. Suasana sebegini boleh menyebabkan ketidakstabilan politik di Perak menjadi bertambah serius. Meskipun BN kini tidak lagi hegemonik, tetapi ianya dilihat masih dominan dan berkuasa.

Jika dilakukan secara strategik dan bijaksana, BN mampu mengukuh kembali kedudukan, melambat-lambatkan perubahan atau menghapuskan penentangan walaupun keadaan2 ini tidaklah eksklusif. Namun jika tersilap langkah, strategi yang dilakukan boleh memakan diri.

Hal ini bergantung kepada kematangan politik masyarakat Malaysia akhir2 ini. Justeru ujarnya, apa yang ditetapkan melalui institusi negara, tidak semestinya menghasilkan kepatuhan atau kepercayaan masyarakatnya.

Dalam masa terdekat ia mungkin boleh menafikan realiti sebenar yakni dengan menolak gelombang perubahan, namun pada masa 'near future' ia mungkin melakarkan impak yang sebaliknya. Oleh yang demikian, saya berharap tindakan lompat parti di kalangan ahli politik tidak menjadi budaya pemimpin Malaysia kerana ia akan menggugat kestabilan politik negara dan menafikan hasrat serta mandat pengundi yang telah diberikan semasa pilihan raya.

Biarlah proses yang paling demokratik yakni pilihan raya, yang menentukan siapa yang berhak untuk menduduki jawatan dalam pemerintahan. Ataupun jika timbul pertikaian diselesaikan dalam mahkamah yang bebas

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA