Seandainya gelaran Datuk Seri ditarik atau dilucutkan, ianya tidak mengapa kerana perasaan hormat rakyat pada Nizar bukan datang atas gelaran itu tapi kerana sifat peribadinya yang begitu disanjungi.
Tapi kalau beliau ditahan dibawah akta ISA, maka satu lagi malapetaka besar akan melanda Umno di Perak. Rakyat secara keseluruhannya akan melihat bahawa itulah klimaks kezaliman Umno kepada Kerajaan Pakatan yang dizalimi melalui tindakan Kudeta yang tidak bermaruah.
Ini sekaligus akan memberikan lebih banyak ruang dan peluang untuk Pakatan meraih sokongan khususnya Pas yang banyak berhadapan dengan Umno dikebanyakkan kerusi DUN dan Parlimen. Rakyat kini jelas bahawa ISA adalah senjata terakhir BN untuk menzalimi lawannya.
Maka jika itu yang mereka ingin lakukan, laksanakanlah. Pemimpin Pas tidak takut kerana kami diajar bahawa penjara itu adalah tempat kami beruzla dan mengumpulkan kekuatan. Mati itu cita-cita tertinggi kami.
Kepada ahli PAS dan PR diminta untuk bertenang dan tidak bertindak sembarangan. Kita ada pimpinan, dengar arahan mereka. Apa jua yang berlaku kita serahkan pada Allah.
No comments:
Post a Comment