" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

10 February 2009

Dato’ Nasa: ‘Trojan Horse’ siapa?

Dato’ Nasarudin, walaupun didalam Umno, tetapi merupakan seorang Anwaristas. Beliau adalah rakan Anwar semasa dikampus, dan penyokong Anwar semasa didalam Umno. Walaupun beliau masih didalam Umno, tetapi beliau tidak pernah memusuhi PKR sebaliknya begitu rapat dengan PKR. Beliau marah kerana diletakkan di DUN Bota, kerana terpaksa berhadapan dengan rakanya, Usaili.Apabila beliau dipinggirkan oleh Umno Bahagian Parit, keinginan beliau untuk menyertai PKR semakin kuat dan keputusan beliau untuk berjumpa Anwar Ibrahim adalah keputusanya sendiri tanpa dipaksa atau dipujuk oleh sesiapa pun.


Begitu juga dengan isterinya, Datin Ummi, yang dikenali sebagai orang yang suka merendah diri dan senang didekati. Malah Datin Ummi merupakan orang yang banyak mempengaruhi Dato Nasa untuk menyertai PKR kerana beliau berjiwa rakyat, bukan macam kebanyakan Datin-Datin lain yang lebih suka bergaya dan meninggi diri.Walaupun Dato Nasa sudah menyertai Umno, tapi Datin Ummi masih tetap dengan pendirianya untuk kekal didalam PKR.


Pada malam sebelum keempat-empat ‘pembelot’ ini muncul diPutrajaya, Dato’ Nasa dikawal oleh AMK PKR Perak. Pada malam tersebut, Dato’ Nasa telah didatangi oleh Raja Ahmad Zainudin dan Dato Hamdi Jaafar. Dato Nasa telah meminta AMK Perak untuk keluar sekejap untuk minum, dan oleh kerana kedua-dua ADUN Umno ini rapat dengan Dato Nasa, AMK Perak telah membenarkan Dato Nasa untuk keluar.


Apabila menyedari Dato Nasa tidak ada ditempat yang dikatakan, baru lah disedari bahawa Dato’ Nasa telah diperdaya oleh dua ADUN ini, dan satu team khas telah membawa Dato’ Nasa kePutrajaya. Mungkin benar kata Umno bahawa Dato Nasa tidak diculik, tetapi telah diperdaya kononnya untuk berjumpa Raja Muda Perak. Tidak dapat dipastikan sama ada Dato’ Nasa berjumpa dengan Raja Muda atau hanya berhubung tanpa bersemuka, tetapi Dato’ Nasa telah dititahkan untuk kembali kedalam Umno.


Apa sebabnya? Tidak jelas …tetapi kalau dilihat kepada keperluan bisnis Raja Eleena, tidak mustahil arahan untuk Dato’ Nasa kembali kedalam Umno ada kaitan dengan Gamuda.Disini, konspirasi Anwar sedikit tergelincir. Anwar tidak menyangka bahawa istana akan campurtangan dalam hal-hal politik, memandangkan Sultan dan Raja Muda dianggap sebagai non-partisan dan terkenal dengan kematangan politik.


Dato’ Nasa tidak mempunyai pilihan, malah seperti kata Najib, “Sultan tidak mempunyai pilihan’”. Kerana semua tangan mereka dipulas oleh Najib. Najib telah menyalahgunakan kedudukan beliau sebagai Menteri Kewangan untuk , mengugut Sultan dan kerabat diraja. Sekiranya Sultan tidak mengikut perancangan beliau, maka seluruh bisnis yang melibatkan keluarga diraja Perak akan lingkup.Dato Nasa juga merasa berat untuk bersama Umno, kerana kecewa dengan budaya Umno. Dan beliau menolak tawaran untuk menjadi MB, sebaliknya hanya akan menerima jawatan EXCO.


Datin Ummi pula masih berkeras tidak akan keluar dari PKR. Malah beliau amat teruja dengan keikhlasan PKR menerima mereka. Dan bertegas, beliau akan terus bersama PKR walaupun Dato’ Nasa sudah menyertai Umno.Hanya jasad Dato Nasa menyertai Umno tetapi jiwanya tetap bersama Anwar dan PKR. Berapa lama beliau akan bertahan? Masa akan menentukan. Mungkin beliau akan sekali lagi melompat balik kedalam PKR untuk kali kedua dan membiarkan Umno hanyut di bumi Perak.


Kita bukan menentang Sultan Perak malah kita mahukan martabat Raja-Raja Melayu itu di angkat ketempat yang lebih tinggi, bukan untuk diperlekehkan, diugut dan dipulas oleh Umno yang kononnya memperjuangkan Raja-Raja.Kita mahu Raja-raja Melayu dihormati dan diterima oleh semua rakyat, terutamanya diPerak. Dan itulah sebabnya Nizar memohon sembah derhaka, demi menyelamatkan maruah Sultan. Kita mahu Sultan yang dapat memimpin Perak dengan adil dan saksama, bukan dipulas dan diugut oleh Najib dan Umno.


No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA