" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

09 February 2009

ADUN Bukit Selambau Letak Jawatan-malaysiakini

Belum pun sampai seminggu UMNO dan BN yang diketuai oleh Najib Razak "merampas kuasa" di negeri Perak, kini khabarnya mereka sudah mula melebarkan sayapnya pula ke negeri "Jelapang Padi" Kedah Darul Aman.

Najib seboleh-bolehnya akan menggunakan segala kekuatan, jentera dan kewangan untuk "membeli" serta "memaksa"ADUN2 PR terutamanya dariParti Keadilan Rakyat (PKR) menyertai UMNO/BN. Agenda beliau jelas, dimana Najib mahu seboleh-bolehnya tiga negeri utama yang dikuasai PR dengan"majoriti mudah" seperti Perak, Kedah dan Selangor dirampas semula secara paksa sebelum beliau mengambil alih kuasa.

Biarpun rakyat kecewa dan melihat senario ini, namun itulah wajah sebenar anakanda mantan PM Allahyarham Tun Abdul Razak ini.Kelibatnya jauh sekali bagai "langit dan bumi" jika mahu dibandingkan dengan ayahandanya itu. Kini Najib menggerakkan seluruh kekuatan juak-juaknya untuk mengganyang pula Kerajaan Negeri Kedah. Berbagai isu2 sensitif yang akan dibangkitkan bagi mengelirukan rakyat.

Modus Operandinya hampir sama denngan apa yang dilakukan di Perak dulu. Bermula dengan "umpan wanita" seterusnya "rasuah". Inilah yang berlaku kepada 2 ADUN PKR yang merupaka Exco Kerajaan Negeri Perak dulu.Kini mereka akhirnya tewas dengan pujukan, gertakan dan kemewahan yang dijanjikan oleh Najib sekiranya bersama UMNO/BN.

Khabarnya orang2 Najib sudah mula menggempur Kedah sekarang.Bermula dengan isu exco membawa wanita bukan isterinya dalam majlis rasmi kerajaan negeri hinggalah ke isu-2 rasuah yang sudah pasti akan dibongkarkan dalam masa terdekat ini. Ini semua adalah perancangan jahat Najib Razak dalam usaha "membalas dendam" atas apa yang berlaku diPermatang Pauh dan Kuala Terengganu dalam 2PRK yang lalu.

Najib sebolehnya mahu jadi Perdana Menteri dalam keadaan yang cukup selesa.Dengan itu,kita tidak hairan bagi menjayakan projek beliau ini, ekerasan,paksaan,ugutan yang boleh mengancam keselamatan juga bakal dilakukan.Ini semua adalah dengan kerjasama pihak2 yang tidak sepatutnya.Namun, dek kerana mereka takut dengan ancaman Najib maka gerakan ini diteruskan.

Terkini,mengikut maklumat yang diterima dari Kedah Darul Aman yang mengatakan seorang Exco Kerajaan Negeri iaitu YB Arumugan a/l Vengatarakoo, iaitu ADUN Bukit Silambau dari PKR telah meletakkan jawatannya malam tadi.Ini berikutan beliau tidak tahan lagi dengan tekanan dan ugutan supaya beliau melompat parti. Akibat bimbang dengan keselamatan keluarganya,maka beliau terpaksa mengundur diri dan meletakkan jawatan secara terhormat.Perkara ini telah disahkan sebentar tadi. Ini bermakna satu pilihanraya kecil akan diadakan di Kedah dalam masa terdekat ini.

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA