" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

02 January 2009

TIADA AHLI INDIA KELUAR PKR

Tidak ada tindakan ahli-ahli India keluar PKR beramai-ramai susulan tidak berpuas hati terhadap parti itu dan terpengaruh dengan isu ahli parlimen Kapar, S Manikavasagam, kata timbalan presidennya.
Dr Syed Husin Ali menyifatkan usaha mengajak ahli-ahli berbuat demikian seperti disusun oleh bekas timbalan setiausaha agung PKR P Jenapala petang kelmarin di sebuah hotel sebagai "gagal"."Tidak ada pemimpin India dari PKR yang hadir.

"Bilangan wartawan yang berkumpul mengharapkan berita hangat dari mesyuarat tersebut lebih ramai dari ahli biasa yang menghadiri mesyuarat ini," katanya.

"Bukan saja Jenabala kecewa, bahkan wartawan pun kecewa."Dua minggu lalu Jenapala digugurkan daripada jawatannya sebagai timbalan setiausaha agung kerana diisytiharkan muflis."

Dr Syed Husin juga menuduh pengarang-pengarang media arus perdana sebagai "sama sekali tidak menghormati etika kewartawanan" berhubung peletakan jawatan Manikavasagam sebagai timbalan pengerusi badan perhubungan PKR Selangor.
Beliau menyifatkan pengumuman Manikavasagam, juga dikenali Mike kelmarin sebagai "cerita lama" kerana sejak September lagi telah mengumumkan hasrat berbuat demikian."
Media mereka mengada-adakan hal yang tiada dan memutarbelit kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pimpinan Pakatan Rakyat, terutama PKR," katanya.

Tambahnya, mesyuarat biro politik parti itu kelmarin "mengambil perhatian" tentang laporan meluas oleh sesetengah media berhubung isu ugutan meninggalkan PKR yang dibuat oleh Mike.

Isu-isu lain yang turut dibincangkan termasuklah laporan perkembangan politik Sarawak, pindaan perlembagaan PKR dan kongres nasional khas Februari ini.

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA