6.15pm:Sembilan orang disahkan ditahan dan kini berada di Ibu Pejabat Polis Kuala Kangsar bagi diambil keterangan berhubung penyertaan mereka dalam perhimpunan di Masjid Ubudiyyah petang tadi.Mereka yang ditahan adalah:-
1)Yusuf Jaafar
2)Muhammad Faiz Muhammad Arshad
3)Muhammad Ismail SM A. Kadir,
4)Pat Latif Mansur,
5)Isha Riduan Ishak
6)Idris Muhammad Amin
7)Adi Helmy Muhammad Nasir
8)Meor Safizal Meor Muhammad Amin
9)Zulhaizam Zulkifli.
Sementara itu, beberapa pimpinan Pakatan Rakyat antaranya,Misbahul Munir Masduki, Norazli Musa,M.Kulasegaran dan beberapa peguam kelihatan berada di hadapan pintu masuk balai polis berkenaan.
4.39pm:Polis Perak mengesahkan sejam lalu bahawa sembilan penunjuk perasaan berjaya ditahan.
4.22pm:Mesyuarat beberapa pemimpin kanan Pakatan Rakyat di pejabat datuk Seri Anwar Ibrahim berlangsung selepas jam 4 petang tadi.Mereka dijadual mengadakan sidang media, mengulas perkembangan terkini di Perak yang menyaksikan kewujudan dua menteri besar - Datuk Dr Zambry Abd Kadir bagi pihak BN dan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin bagi pihak Pakatan Rakyat.
4.oopm:Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Pangkor, Datuk Dr Zambry Abd Kadir mengangkat sumpah sebagai menteri besar baru Perak, memimpin kerajaan BN yang berjaya menumbangkan Pakatan Rakyat melalui usaha lompat parti.
3.55pm:Majlis angkat sumpah menteri besar baru Perak, Datuk Dr Zambry Abd Kadir sedang berlangsung dan disiarkan secara langsung melalui TV1.
3.48pm:Tiada penunjuk perasaan di depan Istana Iskandariah, tempat majlis angkat sumpah menteri besar baru Perak, tetapi masih ada lebih kurang 1,000 penyokong Pakatan Rakyat di Masjid Ubudiah.Dilaporkan 10 orang berjaya ditangkap polis. Tiada kenyataan rasmi polis dikeluarkan, setakat ini.
3.36pm:Majlis angkat sumpah menteri besar baru Perak, Datuk Dr Zambry Abd Kadir akan berlangsung tidak lama lagi.
3.33pm:Pemimpin PAS mengarahkan para penunjuk perasaan bersurai, dan menyeru polis agar bertenang dan berundur.
3.25pm:Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan sidang media khas di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya jam 4.30 petang ini.
3.20pm:Polis berjaya memecahkan halangan para penyokong Pakatan Rakyat.Sebuah kenderaan yang bernombor pendaftaran kuning (diraja) dibaling batu oleh penunjuk perasaan.
3.18pm:Sebahagian penyokong Pakatan Rakyat berhimpun di kawasan masjid.Polis melepaskan lebih banyak gas pemedih mata, termasuk ke arah kawasan masjid dan beberapa kediaman berhampiran tempat ibadat itu.Kenderaan rasmi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kelihatan masuk ke istana.
3.11pm:Kelihatan sejumlah orang baring di atas jalan menuju istana untuk menghalang sesiapa ke arah istana.Sekejap tadi polis berjaya menyuraikan kumpulan 300 orang tadi.
3.08pm:Kira-kira 300 orang menghalang jalan menuju istana. Polis pencegah rusuhan melepaskan gas pemedih mata bagi kali ketiga ke arah mereka.Sementara itu, polis menangkap para penyokong menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.
3.00pm:Polis pencegah rusuhan mengejar orang ramai di jalan depan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar. Mereka berlari tidak tentu arah dalam keadaan asap tebal gas pemedih mata.
2.58pm:Perkumpulan orang ramai mula berundur ke dalam kawasan perkarangan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar sekali lagi selepas polis melepaskan gas pemedih mata bagi kali kedua.
2.45pm:FRU bertindak melepaskan lagi gas pemedih mata berjumlah 10 das dan arah semua penyokong bersurai.
2.30pm:FRU bertindak melepaskan gas pemedih mata kepada para penyokong sambil memberi amaran kepada para penyokong.
2.20pm:Perarakan bermula dengan laungan 'Hancur BN' walaupun disekat oleh FRU di laluan utama ke Istana. Rakyat terus berasak menuju ke Istana.
2.15pm:Kira-kira 2000 penyokong Pakatan Rakyat keluar dari Masjid Ubuddiyyah dan berkumpul sebelum mula berarak menuju ke Istana Iskandariah, di Kuala Kangsar.
No comments:
Post a Comment