" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

05 February 2009

Sultan Tak Perkenan DUN Di Bubar?-malaysiakini

UPDATE(4:55pm):Sultan Perak Sultan Azlan Shah tidak perkenan dewan undangan negeri dibubarkan. Laporan itu juga menyebut baginda telah menitahkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin supaya meletak jawatan sebagai menteri besar Perak berkuatkuasa serta merta dan jika tidak, jawatan itu dianggap dikosongkan.Betul atau tidak,sama2 kita tunggu.........

Pemimpin-pemimpin atasan ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat berada di dalam kediam rasmi menteri besar Perak.Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang diarahkan meletakkan jawatan serta-merta bersama barisan exconya dijangka mengadakan sidang media tidak lama lagi. Difahamkan beliau akan mengumumkan enggan melepaskan jawatannya itu.Suasana di luar kediaman itu kelihatan tenang dengan sekumpulan kecil penyokong dan wartawan. Kira-kira 30 anggota Unit Amal PAS mengawal kediaman tersebut. Tiada anggota polis berpakaian seragam kelihatan.

Game Over?

Sultan Perak, Sultan Azlan Shah hari ini tidak berkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak, menurut kenyataan Pejabat Sultan Perak hari ini.Sebaliknya, baginda telah menitahkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin supaya meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak berkuatkuasa serta merta dan jika tidak, jawatan itu dianggap dikosongkan.

Sementara itu dilaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dijadual menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Istana Kinta, Ipoh, jam 6 petang ini.Ia dipercayai berhubung pembentukan kerajaan baru yang dicadangkan Barisan Nasional (BN) di Perak selepas Timbalannya, Datuk Seri Najib Razak turut menghadap Sultan Perak pagi tadi.

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA