" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

05 February 2009

Status Sebenar 2 YB PKR Yang Belot

Dr. Abdul Aziz Bari (Professor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa)

Keputusan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak,V.Sivakumar berhubung kekosongan 2 kerusi,iaitu Changkat Jering dan Behrang adalah muktamad dan tidak boleh dicabar.Ini bukan zaman darurat sehingga menghilangkan diri dan tidak boleh dihubungi.Pada saya,hujah-hujah mereka sudah terlambat.Lainlah jika mereka tidak menghilangkan diri,mungkin apa yang dipertahankan mereka boleh diambil kira.


Tindakan ADUN terbabit, Jamaluddin Mat Radzi (Behrang) dan Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) menghilangkan diri dan tidak dapat dihubungi selama lima hari dengan sendirinya telah memaksa Speaker untuk membuat keputusan itu. Surat peletakan jawatan tersebut sah walaupun tidak bertarikh semasa ditandatangani memandangkan kedua-dua mereka mengetahui kandungan dan kesan yang akan mereka hadapi jika menandatangani surat itu.Mereka sedar dan tahu isi kandungan tersebut.Mereka juga bukan diacukan pistol ke kepala mereka untuk dipaksa menandatangani surat tersebut. 



Ke mana mereka selama lima hari ini? Jika benar mereka telah menyertai Umno sekali pun, maklumkan kepada kerajaan negeri.Mengapa setelah Speaker umumkan akan hantar surat kepada SPR baru mereka melatah?  



Dengan tindakan mereka menghilangkan diri itu dengan sendirinya telah menyebabkan hujah2termasuk dakwaan bahawa peletakan jawatan tersebut adalah satu pembohongan dengan sendirinya tidak boleh lagi diguna pakai.

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA