" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

05 February 2009

Salahuddin Kerah Pemuda PAS Datang Ke Ipoh

UPDATE(9:30):Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub mengarahkan pemuda PAS di seluruh negara supaya datang ke Ipoh sebagai tanda sokongan kepada Menteri Besar Perak, Dato' Seri Muhamad Nizar Jamaluddin dan kerajaan Pakatan Rakyat Perak. 

Salahuddin semasa ditemu bual di Kediaman Menteri Besar oleh wartawan Intan Abdullah berkata, selepas ini Pakatan Rakyat akan mengambil tindakan undang-undang bagi mengesahkan status tiga orang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) bebas di Mahkamah.Tiga Adun tersebut ialah, Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang). 

Dalam pada itu, sehingga berita ini ditulis, Pakatan Rakyat masih bermesyuarat di kediaman Menteri Besar yang membabitkan 28 Adun serta pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.Antaranya ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Lo' Lo' Ghazali, Ketua Muslimat PAS Pusat, Nuridah Salleh dan dua Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Tian Chua dan Elizebeth Wong. 

Sementera itu, di luar kediaman tersebut kelihatan orang ramai masih bersemangat menyatakan sokongan mereka kepada Nizar dan Pakatan Rakyat.Pasukan polis pula mengepung kediaman biarpun dalam keadaan hujan renyai

Kira-kira 2,000 orang berhimpun di kediaman rasmi menteri besar Perak, menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.Mereka melaungkan "reformasi", "jatuh BN" dan "hidup rakyat" sementara menunggu ucapan para pemimpin Pakatan Rakyat mulai jam 10 malam ini. Mesyuarat barisan pemimpin atasan gabungan pembangkang itu petang tadi memutuskan untuk mempertahankan jawatan menteri besar itu.

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA