Nampaknya selepas sahaja Adun Bota membuat kejutan Besar baru2 ini,negeri Perak telah menjadi tumpuan terutamanya pemimpin2 UMNO untuk menyerang balas.Kejutan demi kejutan telah mula timbul.
Suasana menjadi hangat apabila 2 orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak dari PKR iaitu YB Jamaluddin Mat Radzi & YB Osman Bin Jailu tidak dapat dihubungi sejak empat hari yang lalu, bukan sahaja oleh parti tetapi juga oleh ahli keluarga mereka.
Suasana bertambah hangat lagi apabila ada desas-desus mengatakan 2YB dari PKR ini berada di Pekan Pahang untuk berunding dengan Najib di kediamannya.PKR sendiri pun sudah sedia maklum bahawa 2 YB ini berkemungkinan besar akan melompat ke dalam UMNO.Persoalannya dimanakah maruah mereka ini?
Nampaknya senario 'Gadaian Maruah' telah berlaku di Perak.Maruah 'Harga Diri & Perjuangan' sanggup mereka tinggalkan hanya semata-mata kerana 'Ringgit Malaysia'.'Perompak Kuasa' hanya perlu menabur Ringgit Malaysia berjutaan ringgit untuk merubah lanskap politik di Perak.
Kekuasaan seiring dengan kerakusan telah digunakan oleh mereka yang berkenaan demi meneruskan 'Agenda Politik Jahat' mereka.Kalaulah ini semua betul2 berlaku,maka berpestalah mereka2 ini meraikan hasil rompakannya.Kalau semua ini tidak berlaku,berkemungkinan besar ini adalah 'Last Plan Najib' besertakan juga UMNO sebelum ianya berkubur.....
No comments:
Post a Comment