" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

05 February 2009

Najib Teruskan Jihadnya

Najib memasuki Istana Kinta pada jam 9.50 pagi tadi untuk mengadap dan mendapat perkenan Sultan Azlan Shah untuk Barisan Nasional (BN) menubuhkan kerajaan baru di Perak.Beliau yang juga pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak diiringi oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Hamidi.


Zahid merupakan timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Perak.Najib meninggalkan istana pada jam 10.35 pagi, dan sambil tersenyum, melambaikan tangan kepada wartawan tanpa berhenti di pintu masuk istana.


Bagaimanapun, beliau kembali semula ke Istana Kinta dengan empat wakil rakyat Paling Popular masakini- Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi; Adun Changkat Jering, Mohd Osman Jailu, Adun Jelapang, Hee Yit Foong dan Adun Bota, Datuk Nasaruddin Hashim untuk mengadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah pada jam 10.55 pagi ini.


Semalam, Najib mengumumkan bahawa Barisan Nasional (BN) Perak cukup majoriti untuk membentuk kerajaan baru selepas empat Adun berkenaan menyokong BN secara terbuka.


Berikutan perkembangan tersebut, BN kini mempunyai 28 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Pakatan juga 28 dengan tiga calon bebas yang telah menyatakan sokongan kepada BN.Najib berkata, dua bekas Adun PKR - Jamaluddin (Behrang) dan Osman (Changkat Jering) telah bersetuju menyokong pembentukan kerajaan BN itu.

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA