Kiranya lewat petang atau malam ini atau mungkin esok Najib mendapat perkenan mengadap Sultan, maka berakhirlah pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak dan kembali berkuasalah kerajaan BN yang didominasi Umno (kecuali dua ADUN Tionghua) masuk secara kotor melalui pintu belakang.
Bagi MB Perak,Exco PAS dan Adun PAS, jangan gundah-gulana. Anda telah mempamirkan kualiti kepimpinan yang dipandang tinggi oleh rakyat. Walaupun kita sekadar merasa kuasa selama 11 bulan, namun yakinlah kita telah melakukan yang sebaiknya. Terus yakin dan istiqomahlah dalam perjuangan.Bagi rakan-rakan dari PKR dan DAP Perak, inilah harga yang terpaksa kita bayar demi meniti perjuangan yang penuh ranjau dan duri ini.
Kepada Najib Tun Razak, jika inilah piala yang mahu anda usung dan bangga-banggakan bagi meraikan pertabalan anda sebagai PM tak lama lagi, ternyata ianya busuk bagaikan bangkai baunya. Sesungguhnya ini suatu permulaan yang hodoh dan pasti akan berkesudahan dengan kesudahan yang hodoh juga. Terima kasih rakyat Perak kerana memberikan kami dari PR untuk memerintah secara demokratik, kini terimalah kerajaan baru yang mencabul demokrasi demi mahukan kuasa.
No comments:
Post a Comment