Kita ternanti-nanti kemunculan dua ADUN KeADILan yang akan mengumumkan untuk keluar parti. Namun kelibat mereka tidak kelihatan. Kita masih tertanya-tanya apakah sebenarnya yang terjadi.
Tambahan lagi pendedahan dua surat akuan bersumpah oleh ADUN Bukit Selambau, saudara V. Arumugam dan saudara Fauzi Muda, Ketua Bahagian PKR Ipoh Barat, sememangnya membuktikan Barisan Nasional yang dikuasai Umno sudah muflis dari sebarang etika berpolitik.
Benar, 'politik adalah panglima' kata Kuo Mo Jo, penyair asal China,kerana ianya berkuasa tatkala digunakan untuk mempertahan serta menunaikan hasrat rakyat agar Perubahan terlaksana.
Bukannya demi memuaskan nafsu untuk untuk terus bersemayam di tampuk pemerintahan dan menggunakan aparat kekuasan untuk kepentingan peribadi. Malanglah sekiranya politik Machiavelli yang terus digunapakai.
ANWAR IBRAHIM

No comments:
Post a Comment