Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin bersama timbalannya Mohd Fariz Musa membawa isu yang telah didedahkan dalam akuan berkanun oleh ketua PKR Ipoh Barat yang mendakwa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak cuba memujuknya melobi dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak supaya melompat parti.
Dalam kenyataannya, Shamsul berkata, "pendedahan Fauzi dan Adun PKR Bukit Selambau, V Arumugam menunjukkan kegiatan rasuah 'sangat serius dan membahayakan negara'.AMK melihat wujud keperluan untuk SPRM bertindak menyiasat Najib bersandarkan kepada dua pendedahan yang telah dibuat semalam oleh Arumugam dan Fauzi tersebut.Justeru, AMK akan membuat laporan kepada polis dan SPRM secara rasmi demi memperlihatkan keseriusan kes demi kes yang berlaku membabitkan Najib," katanya.
Semalam, Arumugam yang juga exco kerajaan Kedah mendakwa ditawarkan sejumlah wang untuk melompat kepada BN, termasuk melalui ugutan bersifat jenayah terhadapnya, keluarga dan pegawai-pegawainya.Beliau mendakwa usaha menariknya meninggalkan PKR bermula sejak kemenangannya tahun lepas sehingga beberapa hari lalu.
Shamsul turut mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi agar 'tidak campur tangan dalam proses siasatan terhadap Najib'.Perdana Menteri melalui kuasa eksekutifnya harus 'menggantung tugas Najib bagi memberi ruang yang kondusif kepada SPR untuk menyiasat.'Dalam sidang media ringkas setelah membuat aduan berkenaan, Shamsul menjelaskan Fauzi tidak dapat tampil sendiri membuat aduan kerana menghadiri satu program di Perak.
Ditanya kenapa AMK hanya tampil membuat aduan setelah hampir setahun cubaan merasuah itu dibuat, beliau berkata, "selama ini perkara itu di luar pengetahuannya.Jika tahu, sudah tentu kita buat lebih awal. Kita sentiasa konsisten membuat pendedahan sebegini," katanya.
Shamsul juga berkata, AMK sedang mengaturkan pertemuan dengan Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail bagi menyerahkan dokumen sokongan berhubung aduan mereka hari ini.
No comments:
Post a Comment