Imej UMNO yang sudah sinonim sebagai parti yang paling korup dengan pelbagai tuduhan politik wang dan rasuah tidak akan dapat dipulihkan dengan kemasukan 2 YB Sensasi ini kerana:-
1-Kedua YB ini terbabit dengan pertuduhan rasuah berat dan kemasukan mereka akan mencetuskan persepsi 'hanya perasuah sahaja yang diterima masuk dalam parti rasuah seperti Umno.'
2-Sekiranya mereka diterima masuk UMNO dengan janji kes rasuah mereka akan digugurkan, ini akan mendorong rakyat semakin membenci UMNO kerana jelas parti ini mengamalkan 'double-standard'.
3-Sekiranya mereka masuk UMNO dengan pelbagai tawaran lumayan sebagaimana yang disebutkan dalam afidavit Fauzi Muda, maka jelas UMNO yang 'meroyan' akibat kehilangan kuasa di Perak, mengamalkan taktik yang paling kotor, melanggari prinsip-prinsip demokrasi.
4-BN mencemarkan imej Sultan Perak. Kerana mereka mencetuskan krisis dalam kerajaan negeri, pada ketika sepatutnya kerajaan dan rakyat merayakan pemerintahan ke 25 tahun Sultan Azlan Shah menaiki tahta.
Harus diingat, ketika Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim, mengalu-alukan kemasukan Ahli Parlimen (MP) BN, yang mahu berhijrah, beliau menerima kecaman yang amat hebat dari kalangan BN.
Apa yang tidak mereka sebutkan ketika 'memaki hamun' DSAI? Beliau dituduh tamak kuasa, gelojoh, merasuah jawatan, tidak demokratik dan sebagainya.Malah ketika Adun Bota, Dato' Nasaruddin Hashim berhijrah menyertai KeADILan, beliau turut dicerca, kononnya beliau tidak bermoral dan tidak beretika.
Tetapi apa kata Presiden Umno yang juga PM, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika mengesahkan beberapa Adun KeADILan mahu memasuki Umno-BN dalam sidang media 1 Februari lepas?
"Mereka akan diterima dengan baik kerana itu pilihan mereka dan mereka hendak menyertai kita dalam perjuangan yang lebih besar dalam UMNO dan BN.. menjadi satu pengalaman baru dan memberi kesempatan untuk berjuang dalam BN," kata Abdullah.
Inilah bukti kenyataan dan dasar 'flip-flop' UMNO! Mereka boleh perbodoh dan peralatkan kedua-dua 'badut sarkas' terbabit. Tetapi mereka tidak boleh sama sekali memperbodohkan rakyat.Dalam kes ini rata-rata rakyat Perak tahu menilai, bagi mereka konflik politik yang wujud di negeri ini, hasil ciptaan Umn-BN sendiri. Hampeh betui, kata orang Perak.
Apa pun komen dan pandangan kepada 2 YB Sensasi ini, walaupun kini keduanya mengisytiharkan diri sebagai Adun Bebas, namun mereka tidak boleh menolak persepsi rakyat bahawa mereka hanyalah pencacai yang dipergunakan Umno-BN.
Maruah mereka sudah tercemar di kalangan rakyat. Harga diri mereka sudah tidak laku dalam PR, jawatan exco habis, Adun pun habis, malah belum tentu mereka akan mendapat pembelaan BN, jika kes rasuah mereka berjalan di mahkamah.
Seandainya SPR mengubah keputusan untuk bagi laluan kepada PRK di 2 DUN ini,sudah tentu BN tidak akan mengambil mereka sebagai calon. PR sudah tolak mereka, orang-orang Umno pun akan tolak mereka.Kes rasuah anda akan berjalan, tanpa pembelaan sesiapa, akhirnya jika anda didapati bersalah, anda berdua akan merengkok dalam penjara dengan penuh kehinaan.
No comments:
Post a Comment