" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

10 August 2009

Spesis Tanduk Yang Meroyan

Selepas spesis tanduk dari Melaka mengeluarkan kenyataan yang 'tak sedar diri', ini pula muncul spesis tanduk yang tengah 'meroyan'. Spesis ini sah mewarisi daripada bapaknya yang 'bijaksana' dalam melakukan kerosakan.

Mukhriz Mahathir menyatakan persetujuan terhadap cadangan Mat Ali Ketam supaya PAS keluar dari PR jika benar parti itu perjuangkan agama Islam. Beliau kata:-

"Saya setuju dengan cadangan itu dan mengalu-alukan tindakan PAS keluar daripada PR. Kami di UMNO memang ada sedikit perbezaan dengan PAS, tetapi tidak begitu banyak dan kita tidak faham kenapa PAS boleh bersekongkol dengan orang seperti DAP yang begitu jelas mempunyai ideologi yang begitu bertentangan dengan kita.

Dan apabila berlaku kejadian seperti sekarang (isu arak di Selangor), ia menonjolkan satu manifestasi perbezaan dan ideologi yang bertentangan, tetapi ia sebenarnya tidak mengejutkan kita.

Ini bibit permulaan mereka sebenarnya tidak boleh bekerjasama dan saya harap ia cetus kesedaran PAS bahawa tiba masa mereka duduk semeja dengan UMNO bincangkan apa yang penting bagi bangsa dan agama kita. Tetapi ia tidak akan sekali-kali menjejaskan kepentingan, hak kaum agama yang lain sepertimana yang kita amalkan sejak merdeka lagi".

1 comment:

Anonymous said...

spesis2 ni sebok tul nak pas..pas taklah bodoh nk join group yg da terang2 ditolak rakyat,memalukan..ops lupa lak spesis2 ni muka tembok ye..tpi diaorg ni terover MEROYAN,mulut pun asyik merapu enta2..

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA