" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

11 August 2009

Tiada Arak Di DUN Kota Anggerik

Tiada lagi arak di DUN Kota Anggerik, kata Adun Kota Anggerik Yaakob Sapari berhubung dengan keputusan Kerajaan Negeri yang menetapkan konsep “Self Regulation” kepada tempat majoriti adalah penduduk Melayu .

Beliau yang juga Exco Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan berkata, pihaknya akan sentiasa memberi pantauan kepada kedai-kedai yang terlibat dengan penjualan arak dari semasa ke semasa.

"Alhamdulilah 7/11 telah beri komitmen dan konsep kendiri social, kita mintak korporat juga bertanggungjawab untuk kawasan dun Kota Anggerik, saya dah check, seksyen 8, 3 18 dan 7/11 dah keluarkan arak di kawasan kota anggerik. Bagi kedai kedai lain saya harap mereka ikuti 7 eleven," katanya

Beliau berkata demikian kepada Tvselangor selepas merasmikan Seminar Asas Keusahawanan Peniaga dan Penjaja Negeri Selangor, di Dewan Annex, Shah Alam pagi tadi.

Terdahulu, Kerajaan negeri Selangor telah memutuskan bahawa penjualan minuman keras di negeri itu adalah berpandukan kepada kesedaran penjual sendiri terhadap permintaan pembeli dari kalangan orang Islam dan remaja.

Sebanyak 17 pasar raya dan kedai serbaneka yang terletak di Seksyen Satu hingga Seksyen 24, Shah Alam terlibat dalam larangan penjualan arak untuk tempoh percubaan sebulan sebelum dilaksanakan di seluruh Selangor.

(TVS)

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA