" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

17 August 2009

Pemuda UMNO Pun Dah Pandai 'Bomoh Hantu'?

Sesuatu yang janggal bagi kita bila mendengar Ketua Pemuda UMNO bercakap mengenai pengundi hantu. Setahu saya, UBN sahaja yang pakar dalam 'membela' hantu untuk digunakan pada setiap kali pilihanraya. Tiba sahaja pilihanraya, hantu2 ini akan digerakan bagi membantu calon UBN dalam memastikan kemenagan memihak kepada mereka.

Hari ini Khairy mendakwa bahawa terdapat pengundi hantu di kawasan DUN Permatang Pasir berdasarkan laporan terdapatnya pengundi luar yang didaftarkan sebagai pemilih di kawasan itu. Sejak PRU-12 lepas terdapat kira-kira 1,000 pengundi didaftarkan di DUN ini, dan trend itu adalah tidak normal kerana jumlahnya terlalu besar. Perkara itu akan dikemukakan kepada SPR bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil bagi menangani isu itu katanya.

Walaupun kenyataan Khairy ini tidak menceritakan siapa yang membela hantu2 ini, kita boleh nampak ianya ditujukan kepada PR. Amat janggal bagi rakyat untuk menerima kenyataan yang sebegini. Yang jelas, ini manambahkan lagi tanggapan bahawa UBN sudah ketandusan isu untuk dihidangkan kepada rakyat selepas isu 'Anwar pengkhianat Melayu' tidak mendapat sambutan seperti mana yang mereka harapkan.

Hari ini adalah hari penamaan calon bagi PRK DUN Permatang Pasir yang bakal menyaksikan pertandingan 3 penjuru iaitu calon daripada PAS Mohd Salleh Man, BN pula ialah Rohaizat Othman dan 1 calon bebas iaitu Kamarul Ramizu Idris.

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA