" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

23 August 2009

Musim 'Melompat' Di Kedah Sudah Tiba

Sebelum ini kita telah mendengar desas-desus yang mengatakan bahawa kerajaan Negeri yang di perintah dibawah kerajaan PR 'bakal' digulingkan satu persatu. Cara yang mereka gunakan adalah seakan juga cara yang digunakan di Perak iaitu dengan cara 'memikat' Adun2 dari PR terutamanya dari PKR.

Kepada Adun2 yang berminat untuk meninggalkan parti yang telah 'mengangkat' mereka menjadi Adun pada PRU-12, kerjanya cukup2 'simple' dengan hanya menyatakan pendirian iaitu 'hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan PKR dan perjuangan parti itu tidak seiring dengan matlamat asal penubuhannya. Mereka2 ini tidak perlu masuk UBN, cukup hanya menyatakan sokongan kepada Pak PM 1Malaysia sahaja dengan berdindingkan tiket bebas'.

Hari ini, untuk 'mengiyakan' cerita diatas, telah berlaku lagi peristiwa yang seakan dengan apa yang telah berlaku di Perak. Kali ini giliran negeri Kedah pula, bezanya cuma kerajaan disana tidak 'tumbang' dalam sekelip mata....

ADUN Lunas, Mohd Radzhi Salleh telah bertindak keluar PKR dalam satu sidang media mengejut di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini dengan alasan seperti apa yang saya ceritakan diatas. Pada mulanya, Pemangku ketua PKR Cabang Padang Serai, Jamaludin Abu Hassan bertindak meninggalkan PKR dan seterusnya mengumumkan membubarkan bahagian tersebut. Dengarlah rintihan 'Katak PKR' dari Lunas ini...

"Sebagai wakil rakyat, saya bersimpati dengan keputusan itu kerana mereka adalah orang yang bertanggungjawab memastikan kemenangan saya dalam pilihan raya lepas. seramai 200 orang anggota biasa dan 14 anggota jawatankuasa PKR bahagian Padang Serai menyokong pembubaran ini.

Saya tidak sanggup lagi berada dalam PKR kerana rasa bertanggungjawab bersama mereka dan sebagai AJK bahagian, saya turut keluar parti bagi menyokong keputusan itu. Walaupun meninggalkan PKR, saya akan terus berkhidmat sebagai wakil rakyat di samping terus memberi sokongan kepada kerajaan pusat dan kepimpinan PM. Kalau kena beli, saya sudah tentu akan masuk parti yang membeli tetapi sekarang tidak ada mana2 parti pun yang beli, sebab tu saya bebas...."

Alasan beliau ini, macamlah kita semua belum melihat apa yang telah berlaku di Perak. Tapi, saya 'tabik' pada Mohd Radzhi kerana beliau dilihat sanggup 'sehidup semati' bersama Jamaludin Abu Hassan dan 200 orang anggota biasa dan 14 orang AJK (kalau mengikut apa yang beliau cerita). Susah benar nak cari pemimpin yang sedemikian.....

Sanggup ke Mohd Radzhi hidup seperti 2 Katak PKR dari Perak itu? Belum tentu rakyat kat tempat beliau dapat terima dengan selesa diatas tindakan ini. Mungkin beliau fikir, rakyat dikawasan beliau sanggup sehidup semati seperti beliau. Alasan beliau untuk mengatakan bahawa beliau tidak dibeli itu sudah tidak 'relevan' lagi di era selepas apa yang berlaku di Perak.

3 comments:

mail lambong said...

MASIH RAMAI KATAK-KATAK DALAM PKR..

Anonymous said...

Memang susah lah puak-puak nih... Mereka diajar dr awal lagi mengagungkan Ringgit Malaysia. Mereka tidak mengenal erti perjuangan yg sebenarnya. Ada baiknya juga mereka2 ini keluar dari bahtera Pakatan Rakyat sebelum PRU-13 nanti, buat merosakan saja. Ni kompen ada lg yg akan follow up. Mungkin di Selangor pula.. Berambuss...lh ko wahai si katak Ringgit Malaysia...

sukatengok said...

pimpinan PR perlu buat sesuatu
Rakyat perlu bertindak
Kebenaran pasti tertegak jua..

http://perakexpress.com/www/2009/08/24/kedah-dan-selangor-dalam-bahaya/

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA