" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

11 August 2009

Laporkan Jika Ada Peniaga Melayu Jual Arak

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengalu-alukan usaha PAS untuk melaporkan senarai peniaga Melayu yang menjual arak di kawasan majoriti Islam, untuk dikenakan tindakan.

Beliau menegaskan, langkah percubaan melarang penjualan arak di pasaraya dan kedai serbaneka selama sebulan, mulai Jumaat lalu, adalah untuk membendung masalah penjualan arak yang didakwa semakin berleluasa.

"Mana tempat yang betul-betul sah didapati masih lagi dijual, saya akan memanggil penjual tersebut, panggil kenapa jual, dengan cara yang munasabah, kita akan selesaikan dalam satu bulan.

Jadi tugas rakan-rakan dalam Pas pergi cari tempat-tempat mana yang di fikirkan betul ada jual, kita akan terangkan dan bincang mengapa boleh jadi dan selesaikan masalah tersebut," katanya.

Tan Sri Khalid berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Seminar Rang Undang-Undang Perkhidmatan Dewan Negeri Selangor di Shah Alam, pagi tadi. Katanya, langkah mengharamkan penjualan arak secara menyeluruh terletak dalam bidang kuasa kerajaan persekutuan. Bagaimanapun, pengharaman oleh kerajaan negeri adalah tertakluk kepada masyarakat islam dan tidak membabitkan penjualan kepada masyarakat bukan Islam.

Sementara itu, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, pertelingkahan dua Exco Selangor, Ronnie Liu dan Dr Hasan Ali, hanyalah satu perselisihan pendapat.

"We maintain the good relation with DAP, satu rakan dalam kerajaan, we respect them, seperti mana kita mahu dia respect kita, ini gaduh adik beradik, tak ada apalah, prinsip dan gerak kerja masih macam biasa, ini hanya miss communication," katanya.

Katanya, orang ramai perlu sedar bahawa Pas tidak akan menyentuh isu-isu sensitif kaum lain dan menghormati kepentingan mereka. Apa yang dinyatakan oleh Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Ali adalah untuk menjaga kepentingan orang Islam.

"Kita memang masih bersama DAP, jaga kerjasama, respect, hormat. So bukan pasal non muslim, ini pasal Pas nak menjaga kepentingan orang Islam, cina nak minum, takde masalah takde cakap macam tu, kena faham konteks," katanya.

(TVS)


No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA