Bengkel Memperkukuhkan PR ini akan diadakan di sebuah hotel dekat Petaling Jaya dan dijangka akan membincangkan secara mendalam cabaran yang dihadapi oleh PR. Satu sidang media akan diadakan sempena seminar itu di Tropicana Golf Club, Petaling Jaya.
Dalam bengkel ini, pimpinan tertinggi PR dijangka akan menyampaikan ucaputama masing-masing. Antara topik yang akan dibincangkan dalam bengkel adalah dasar-dasar utama Pakatan Rakyat, kejayaan dan penambahbaikan dalam PR.
Sejak kebelakangan ini, UBN memperhebatkan serangannya ke atas Pakatan. Antaranya dengan menggunakan jentera kerajaan khasnya SPRM. Ia hanya terhenti sekejap apabila matinya pegawai khas Exco Selangor, Teoh Beng Hock di pejabat SPRM Selangor. Namun selepas itu, serangan kembali menjadi-jadi. Kemuncaknya adalah kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang BN ingin mengambil Selangor kembali.
Antara puncanya, kekuatan kewangan yang ada kepada Selangor ketika negara sedang menghadapi kegawatan ekonomi yang dikira teruk. Hingga kini, laporan suku kedua Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) masih belum dikeluarkan walaupun Ogos sudah berada di pertengahan.
Menuju ke arah itu, pelbagai pendekatan diambil. Antaranya melaga-lagakan pimpinan PAS Selangor dengan pimpinan DAP dan PKR. Yang terbaru isu penjualan arak dan isu penghinaan terhadap Islam yang semacam direka-reka terhadap pemimpin DAP.
Ketua Pemuda DAP, Loke Siew Fook (gambar), antara mangsa fitnah ini. Beliau berkata, "Saya tidak pernah menghasilkan sebarang tulisan yang menghina kerabat diraja, kaum Melayu ataupun Islam sepanjang hidup saya. Saya dengan tegas menafikan tuduhan bahawa saya ada menulis artikel untuk menghina Sultan Perak, Raja Nazrin. Saya tiada sebarang pengetahuan tentang apa jua kandungan dalam blog http://sjsandteam.worldpress.com. Satu-satunya blog saya ialah lokesiewfook.blogspot.com,". Ekoran itu, dia telah membuat laporan polis untuk menafikan penglibatan beliau dalam penerbitan artikel hasutan sedemikian.
Dalam masa yang sama, Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Tantawi juga menjadi mangsa fitnah apabila satu surat atas nama beliau diedarkan kepada para peniaga di sekitar kawasan perhimpunan Mansuh ISA 1 Ogos lepas. Surat itu menyebut PAS dan GMI (Gerakan Mansuhkan ISA) sedia menanggung segala kerugian akibat perhimpunan Mansuh ISA itu.
Yang peliknya, surat yang bertarikh 4 Ogos itu ditandatangani oleh Nasruddin dalam keadaan beliau masih lagi Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat. Surat yang dipercayai palsu ini telah disiarkan di muka depan sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris yang editornya adalah penyokong tegar Tun Dr Mahathir, bekas perdana menteri.
Dalam pada menangani serangan dari BN, Pakatan juga dipercayai akan menangani perbezaan pendapat sesama sendiri dalam bengkel ini. Antaranya masalah pemimpin PAS dan DAP ekoran isu arak di Selangor, kenyataan Jeff Ooi terhadap JIM di Pulau Pinang dan juga kaedah menangani masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
(sumber dari: HarakahDaily)
" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "
INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm - Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?
13 August 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA
-
▼
2009
(1348)
-
▼
August
(103)
- Perutusan Hari Kemerdekaan Dari DSAI
- Pemecatan Chua Jana Reformasi Masyarakat Cina?
- Status Kota Seputeh Diumum Selasa Ini
- Komen Pimpinan Kerajaan Selangor Mengenai 'Demo Ke...
- Kenapa 'Kepala Lembu' Dibawa Berarak?
- TBH: Coretan Inkues Pada 28/8
- Permohonan DSAI Gugur Pendakwaraya Di Tetapkan 1 Ogos
- TGNA: Dasar Perjuangan UMNO Tidak Betul
- TBH: Coretan Inkues Pada 27/8
- Zaid: Konvensyen Piagam Pakatan Rakyat
- Muhyiddin Pecah Tembelang
- Polis Didapati Bersalah
- TBH: Coretan Inkues Pada 26/8
- Sultan Kedah Perkenan ADUN Lunas Digugurkan Dari Exco
- Harun Taib Penghalang Kerajaan Baru Terengganu?
- Kerajaan Selangor Fail Afidavit Bela Saman Pemula ...
- Kenyataan Media DSAI
- Keputusan Terkini PRK Permatang Pasir
- Peperangan Dalam MCA Sudah Bermula
- TBH: Coretan Inkues Pada 25/8
- 65 Peratus Keluar Mengundi Sehingga 3 Petang
- Gelanggang Pengundian Permatang Pasir Bermula
- TBH: Coretan Inkues Pada 24/8
- DSAI Tidak Terkejut Dengan Tindakan Radzhi
- Musim 'Melompat' Di Kedah Sudah Tiba
- Kit Siang: Mengapa Takut Siasat Muhyiddin?
- Tan Sri Khalid sedia bayar kepada Bank Islam
- Johor Terpaksa Bayar Gantirugi Kerana Muhyiddin
- UBN Dan Permasaalahan...
- Calon PR Bakal Realisasi Kerajaan Berjiwa Rakyat
- TBH: Coretan Inkues Pada 19/8
- Mahfuz : Jika Saya Boleh, Kenapa Tidak Najib?
- TBH: Coretan Inkues Pada 18/8
- TGNA Mahu Saman Pemutar Belit Kenyataan Beliau
- Adun Galas Sudah Boleh Makan Seperti Biasa
- TBH: Coretan Inkues Pada 17/8
- Apa Sebenarnya Semua Ini?
- Desakan Terhadap TGNA Tanda Kekuatannya
- LIVE DARI PERMATANG PASIR
- Pemuda UMNO Pun Dah Pandai 'Bomoh Hantu'?
- Zaid: Ketua Pembangkang Bukan Untuk Dicerca
- Sederhana Resepi Kelangsungan PR
- Mohd Salleh Man Calon PAS
- Rohaizat Othman Calon BN
- TBH: Coretan Inkues Pada 14/8
- Pinjaman Euro 10 Juta Apakah Muhyiddin Terlibat?
- DSAI Bidas UBN Perkuda Agensi Kerajaan
- DSAI: PR Akan Jadi Pertubuhan Yang Sah
- TBH: Coretan Inkues Pada 13/8
- TGNA Kesal DSAI Dituduh 'Pengkhianat'
- 7eleven Beri Kerjasama Selesai Isu Arak
- DSAI: Pemimpin Rasuah Petualang Bangsa
- 90 Pemimpin PR Berbengkel Hari Ini
- TBH: Coretan Inkues Pada 12/8
- Manusia Yang Paling Gembira Hari Ini
- RM10 Juta Untuk Presiden MCA?
- Usaha Pecah Belahkan PR Sia-Sia
- PR Selangor Usul Pengasingan Kuasa
- Khianat Melayu, Cabar Berdebat Dan Pengecut
- Polis Indonesia Kenalpasti Lelaki Ditembak Mati
- Mansuhkan PPSMI Segera!
- Undian KDN Mengenai ISA Diragui
- TBH: Coretan Inkues Pada 11/8
- Laporkan Jika Ada Peniaga Melayu Jual Arak
- Cabaran Untuk Pakatan Rakyat
- Noordin Bukan Antara Yang Terbunuh
- Kenyataan Media: Menjawab Fitnah Isu Pengkhianatan
- Tiada Arak Di DUN Kota Anggerik
- Teguran DSAI Kepada Muhyiddin
- 'Hero Melayu' Alaf Ini?
- Siasatan SPRM Ada Motif Lain
- Kata Dulang Paku Serpih...
- Inilah Budaya UMNO
- TBH: Inkues Pada 10/8
- Chua Cadang MCA Keluar Dari BN
- PRK Permatang Pasir Pada Bulan Puasa
- Spesis Tanduk Yang Meroyan
- Khalid Samad: Ali Rustam Perlu Cermin Diri Dulu
- Kenyataan Media AMK: Polemik ‘Pengkhianat Melayu’
- Zahid: 'Amaran Terakhir' Kepada Rakyat
- Betul Ke Apa Yang Najib Cakap?
- Umno Nak Ajar Afrika Perangi Rasuah?
- Mengapa Polis Terlalu Bimbang Referendum Rakyat Te...
- ADUN Galas Jalani Pembedahan Di China
- TBH: Coretan Inkues Pada 7/8
- Siapa Pengkhianat Sebenarnya?
- Saman RM10 Juta, Ingatan Kepada Anggota FRU
- Ku Li Sokong Kelantan Tuntut Royalti
- TBH: Coretan Inkues Pada 6/8
- Undian: ISA Zalim, Tuntut Dimansuhkan
- Ekspedisi Buktikan Pelantar Dalam Perairan Kelantan
- SPRM Meneruskan Misi...
- Bahang Himpunan 1 Ogos
- JJ Di Minta Letak Jawatan Sebelum Ke Amerika
- DNA Misteri Pada Tubuh Beng Hock Kekal Misteri
- Magaran Alih Isu Setelah Gagal Bawa ‘Armada’
- Lawatan Sambil Belajar Tinjau ‘Istana’ Khir Toyo
- 60 Selamat Berlepas Ke Pelantar Cakerawala
- Semangat Rakyat Semakin Membara
- Pengalaman Pertama Zaid Ibrahim
-
▼
August
(103)
No comments:
Post a Comment