" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

11 August 2009

Siasatan SPRM Ada Motif Lain

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bukan hanya menyiasat Adun yang didakwa menyeleweng, malah siasatan dijalankan ke atas semua Adun Pakatan Rakyat. Speaker Dewan Negeri Selangor, Teng Chang Khim berkata, tindakan ini dilihat sebagai satu arahan pihak tertentu yang berusaha merampas semula Selangor daripada Pakatan Rakyat.

Menurut Teng, ia juga akan menjejaskan kredibiliti wakil rakyat atau exco untuk terus berkhidmat kepada rakyat yang telah memberi mandat kepada kerajaan Pakatan Rakyat.

"Saya rasa kesal khususnya sebagai Speaker. Saya harap SPRM dapat memberi pengesahan dalam tempoh dua minggu sama ada saya ada kes atau tidak, saya tidak mahu ianya ditangguhkan bertahun-tahun sehingga orang membuat pandangan serong terhadap saya," Teng berkata demikian dalam satu sidang media di Pejabatnya di Shah Alam, pagi tadi.

Beliau yang juga Adun Sungai Pinang kesal dengan tindakan SPRM melancarkan kempen memancing bukti di Pejabat-pejabat Daerah dengan menyemak fail dan dokumen semua Adun Pakatan Rakyat.

Pada sidang media ini, Teng turut mengedarkan dokumen perbelanjaan terhadap peruntukan DUN Sungai Pinang sehingga 20 Julai tahun ini. Katanya, jika berlaku penyelewengan terhadap perbelanjaan tersebut, nama yang tersenarai, boleh tampil membantu siasatan SPRM.

Teng menjelaskan, satu pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) akan diadakan bagi menyemak dana semua ADUN, termasuk Barisan Nasional Selangor pada 25 hingga 28 Ogos ini.



No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA