" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

07 August 2009

TBH: Coretan Inkues Pada 7/8

Inkues hari ini bermula dengan lawatan ke tempat kejadian di Plaza Masalam dimana turut menempatkan pejabat SPRM. Tumpuan inkues merangkumi bilik TBH disoal siasat, sofa yang mendiang dikatakan merehatkan diri diatasnya serta tingkap di tingkat 14 di mana mendiang dikatakan jatuh.

Lebih banyak persoalan mula timbul ekoran daripada lawatan ini kerana kesan yang mungkin darah telah ditemui di ruang tangga dari tingkat 14, pintu masuk utama ke pejabat SPRM, ke tingkat 15 pejabat tersebut. Lebih banyak kesan terdapat dalam sebuah bilik di tingkat 15. Yang memeranjatkan ialah koroner dimaklumkan bahawa polis tidak mengambil sampel dari kesan tersebut.

Peguam yang mewakili keluarga TBH, Gobind Singh Deo kesal kerana sehingga kini siasatan pihak polis hanya menjurus kepada teori mendiang mati akibat terjatuh dari bangunan tinggi dan juga bunuh diri. Siasatan polis tidak mencakupi teori kemungkinan TBH dibunuh atau ditolak.

Gobind berkata teori itu akan terus diikuti dan jika perlu beliau akan memohon supaya koroner mengarahkan polis perluaskan skop siasatan. Prosiding inkues akan disambung isnin ini.

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA