" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

01 August 2009

Suasana Tegang Setibanya FRU

UPDATE: Suasana depan Sogo telah menjadi tegang. 3,000 Akvitis Anti - ISA dari Masjid Jamek telah berjaya lepasi kepungan polis meskipun diasak 5 kali dengan gas pemedih mata. Para Aktivis telah datang dari pelbagai penjuru dan bersatu sekitar sogo.

Air kimia pun telah di pancut, bom asap entah kali yang keberapa di lepaskan! Trak2 polis telah meninggalkan lokasi dan telah di gantikan dgn jentera FRU... untuk menghangatkan lagi suasana tegang..!

Polis telah menahan kira2 200 orang di sekitar Kuala Lumpur manakala kira2 3,000 orang berhimpun di Masjid Negara bersiap sedia untuk berarak menuju ke Istana Negara.

Foto sekitar Sogo sila klik
Polis nekad menghalang perarakan dari Dang Wangi yang berjaya mengumpul seramai 10,000 Aktivis dari bersatu di Sogo. FRU sekali lagi menyemburkan air dan gas pemedih mata bagi meleraikan mereka.

Ketua Umum PKR DSAI, Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Lim Kit Siang telah berjaya memboloskan diri daripada polis di Pertama Kompleks dan sempat memberikan amanat kepada kira2 6,000 Aktivis yang berada Pejabat Agung Pas.

GMI telah mengarahkan agar para Aktivis bersurai secara aman. Sebelum bersurai, mereka telah melaungkan 'Reformasi' dan 'Mansuh ISA'.

Foto2 di sekitar Sogo

2 comments:

Prof. Era Pasca said...

salam pro reform cepat upload gambar heheh... nantikan gambar dari baginda dan naruto...

yeols said...

w'salam baginda dan naruto, sahabat seperjuanganku....ok..

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA