" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

04 August 2009

Semangat Rakyat Semakin Membara

Pada hari Sabtu 1 Ogos telah tercatat satu lagi sejarah penting dalam usaha memperjuangkan demokrasi di negara kita. Demonstrasi Anti-ISA telah berjaya disempurnakan, walaupun ianya tidak mencapai matlamat sepenuhnya.

Ini membuktikan bahawa perhimpunan yang dianjurkan oleh GMI dengan slogan 'Mansuhkan-ISA' merupakan majoriti 'Suara Rakyat' yang sebenarnya. Bagi yang Pro-ISA, telah terbukti bahawa mereka sebenarnya golongan minoriti dan apa yang digembar-gemburkan sebelum ini adalah lakonan semata-mata.

Penganjur dan rakyat yang mengikuti demonstrasi Anti-ISA sememangnya mahu mengadakan perhimpunan secara aman. Mereka berkumpul dan bergerak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum. Sekiranya ini dibiarkan berlangsung secara aman dan mereka semestinya akan memberikan kerjasama, ianya mudah dilaksanakan tanpa perlu 'drama' berlebihan pihak kerajaan dan tindakan keras pihak berkuasa.

Namun, angkara sifat angkuh yang dimiliki kerajaan yang merasakan mereka adalah 'raja' dengan menggunakan pihak berkuasa, maka lahirlah suasana tegang yang mereka inginkan berlaku. Apakah dosa rakyat yang mahu meluahkan ketidakpuasan hati mereka mengenai sesuatu tindakan yang dirasakan oleh mereka adalah 'tidak betul' melalui perhimpunan aman seperti amalan mana2 negara demokrasi lain seluruh dunia?

Sepatutnya kerajaan pimpinan "Najib 1Malaysia, rakyat didahulukan" harus memberi ruang kepada rakyat. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Kerajaan enggan memberikan ruang kepada sebarang tindakan demokratik rakyat.

Sikap sebegini akan memberikan imej yang buruk kepada negara, lebih2 lagi apabila kejadian itu dilapor media luar negara yang ada antara mereka membuat siaran secara langsung.

PR dan BN kini sedang berentap dalam menyampaikan mesej kepada rakyat dan dunia. Sehingga kini, PR lebih ke hadapan dan BN jauh ketinggalan, akibat daripada perbuatan mereka (BN) sendiri.

Semangat Rakyat Semakin Membara. Perasaan 'muak' mereka semakin bertambah terhadap kerajaan BN dan mereka akan 'bersatu hati' menolak kerajaan BN pada PRU-13 nanti.

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA