" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

08 August 2009

ADUN Galas Jalani Pembedahan Di China

ADUN Galas, Che Hashim Sulaima yang sedang menjalani rawatan di sebuah hospital di Guangzhao, China bagi barah usus dijadual menjalani pembedahan hari ini (semalam). Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun berkata, keadaan wakil rakyat itu dilaporkan masih kritikal.

Katanya Che Hashim telah menjalani rawatan di China sejak 18 hari lepas dan menurutnya, wakil rakyat itu disahkan menghidap barah usus kira-kira 3 bulan lalu selepas menjalani rawatan di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Pada PRU lepas,Che Hashim berjaya merampas DUN Galas dari BN dengan majoriti 646 undi. Beliau mendapat 4,399 undi menewaskan penyandangnya dari BN, Saufi Deraman yang mendapat 3,753 undi.

Pada tahun 2004, Che Hashim tewas kepada Saufi dengan majoriti 1,729 undi. Saufi mendapat 4,184 undi manakala Che Hashim memperolehi 2,455 undi.

Kita sama2 berdoa agar Che Hashim selamat menjalani pembedahan beliau dan segera sembuh.







No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA