" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

12 August 2009

Polis Indonesia Kenalpasti Lelaki Ditembak Mati

JAKARTA – Polis Indonesia hari ini mengesahkan bahawa mayat lelaki yang ditembak mati di Temanggung pada Sabtu lalu ialah pengganas yang dikenali sebagai Ibrohim, 37, yang terlibat merancang dan mengatur pengoboman di Hotel JW Marriott dan Ritz Carlton di sini pada 17 Julai lepas.

Pengesahan identiti Ibrohim adalah hasil ujian DNA yang dijalankan ke atas mayat lelaki itu, kata Ketua Pusat Pengecaman Identiti Mangsa Bencana Polis Indonesia, Brig Jen Eddy Saparwoko pada sidang media di sini hari ini.

Mayat tersebut sebelum ini pernah dilaporkan kemungkinan sebagai Noordin Mohd Top, pengganas yang paling dikehendaki di Indonesia yang dikatakan menjadi dalang di sebalik beberapa tragedi pengeboman di negara ini.

Eddy berkata ujian DNA dengan sampel daripada keluarga Noordin didapati tidak padan tetapi sebaliknya padan dengan sampel daripada keluarga Ibrohim yang tinggal di Kuningan dan dengan itu mayat berkenaan disahkan sebagai Ibrohim.


Menurut polis, Ibrohim yang bekerja sebagai penata bunga di Hotel JW Marriott dan menghilang sejak 17 Julai menjadi buruan kerana disyaki membawa bom dalam tiga kotak masuk ke hotel itu dengan menggunakan van pengangkut bunganya.

Bom dalam tiga kotak itulah yang diletupkan oleh dua orang pengebom berani mati pada pagi Jumaat itu, yang meragut sembilan nyawa (termasuk dua pengebom) dan mencederakan lebih 50 orang yang lain. - BERNAMA

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA