" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

13 August 2009

TGNA Kesal DSAI Dituduh 'Pengkhianat'

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat (TGNA) kesal bekas Timbalan Perdana Menteri, DSAI dituduh pengkhianat bangsa semata-mata pihak tertentu bimbang pengaruh terhadap pemimpin itu yang semakin meningkat. Beliau berkata, tuduhan itu dibuat mereka yang takut terhadap peningkatan pengaruh Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) itu yang akan membolehkan beliau berkuasa suatu masa kelak.

"Tuduhan itu dibuat oleh mereka yang dengki dengan Anwar sebab mereka takut Anwar semakin diterima sekarang. Mereka takut bila Anwar berjaya menjadi pemimpin di negara ini beliau akan kenakan balik pemimpin tersebut. Saya sebenarnya tidak faham dengan cerita ini. Anwar Ibrahim itu individu. Jadi kenapa kita memperbesarkan masalah peribadi. Kita sepatutnya serang dasar tetapi di mana salahnya dasar Parti Keadilan Rakyat," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Kota Darul Naim dekat sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyifatkan Anwar sebagai pengkhianat besar terhadap perjuangan orang Melayu dan pemimpin lidah bercabang kerana sanggup memutarbelitkan fakta mengenai usaha UMNO untuk memartabatkan orang Melayu.

TGNA berkata, perkara yang patut dipertikaikan ialah sebarang kepincangan dalam pelaksanaan dasar PKR dan bukannya membuat serangan peribadi. "Kenapa nak serang batang tubuh orang. Sepatutnya seranglah dasar PKR. Saya berasa malu dengan orang Melayu sekarang yang menyerang batang tubuh orang. Dia mengkhianati bapa saudaranya tetapi sejahil-jahil orang Arab Jahiliah pun dia tidak menuduh Nabi Muhammad SAW sebagai pengkhianat bangsa, sebaliknya hanya dituduh mengkhianati pemimpin," katanya.

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA