" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

12 August 2009

Undian KDN Mengenai ISA Diragui

Menurut laporan dari Malaysiakini, sebanyak 481 respons atau 92% mahu akta kontroversi itu dihapuskan minggu lalu, hampir 24 jam selepas undian itu dimuat naik di portal berita rasmi KDN. Namun sehingga semalam, ianya sudah bertukar..!!, hanya tinggal 56% atau 13,002 respons mahu ia dimansuhkan, selebihnya ingin ia disemak sepertimana yang Najib mahukan.

Tanggapan pengunjung gerbang berita rasmi KDN juga bertukar..!!, hanya tinggal 50% atau 12,210 daripada 24,418 respons menyifatkan ISA itu zalim..!!. Minggu lalu, 88% atau 597 respons menganggapnya sedemikian.

Sekumpulan pengguna internet mendakwa respons terbaru bagi 2 soalan tersebut termasuk yang pertama "pada pandangan anda, ISA adalah ..." telah 'dimanipulasi' oleh KDN. Warga internet yang berbahas di laman perkongsian sosial Facebook kumpulan 1Black Malaysia menyifatkan fenomena undian KDN itu sebagai 'keengganan kerajaan menerima kebenaran tentang apa yang dituntut rakyat agar ISA dimansuhkan".

Ada logiknya juga ianya diperlakukan sedemikian demi untuk menampakkan bahawa majoriti rakyat menyokong kerajaan supaya ISA perlu disemak dan bukannya dimansuhkan. Sekiranya kerajaan benar2 jujur dalam hal ini, kenapa kerajaan tidak menghebohkannya melalui media2 mereka bahawa kerajaan inginkan undian daripada rakyat samada ISA ini patut disemak ataupun dimansuhkan?

Hebahkan ke seluruh Malaysia, umum keputusan terkini dari masa ke semasa dalam media2 sehinggalah tempoh undiannya tamat. Bila tamat, seandainya undian itu memihak kepada yang mahukan ISA dimansuhkan, kerajaan memberi jaminan ianya akan dimansuhkan serta-merta.

Beranikah mereka melakukan sedemikian? Jawapannya tidak..!!, kerana ianya seperti 'meludah kelangit'. Namun, kepada sesiapa yang teringin juga untuk masuk ke laman ini walaupun ianya diragui, sila klik disini.

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA