" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

08 August 2009

Umno Nak Ajar Afrika Perangi Rasuah?

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini pergi ke Afrika. Maka disana bertemulah dia dengan pemimpin beberapa Negara benua itu.

Menurut laporan media suruhan BN, Muhyiddin mendakwa pemimpin Afrika mahu tahu bagaimana kerajaan Malaysia ( maknanya BN lahtu) memerangi rasuah di Malaysia. Mereka kagum sehingga mahu belajar daripada kerajaan Malaysia. Itu kata Muhyiddin seperti yang dilapor media suruhan BN.

Laporan itu trut disiar dalam alam siber menerusi laman web dan blog. Maka ramailah rakyat Malaysia yang respon dengan mengulas dan memberi komen. Rata-rata negatif. Dan menurut seorang responden, beliau 'hampir jatuh daripada kerusi' apabila membaca laporan itu. Tentunya umum boleh faham mengapa beliau berkata demikian.

Umno sendiri yang menjadi tunjang BN mengalami masalah rasuah yang cukup serius. Orang Umno guna istilah 'politik wang'.Rasuahlah tu. Istilah lain makna sama.

Itu sindrom penafian dalam Umno,Tapi tiap kali ada pemilihan parti mereka mengakui 'politik wang’ bermaharajalela. Daripada dulu hingga lah sekarang.Semua pemimpin Umno bercakap mengenai gejala itu.

Yang hebatnya ada yang mengutuk dan membidas rusuah, mereka sendiri pun melakukan politik wang. Hulur wang untuk mendapat sokongan dan 'membunuh' karier politik rakan separti. Tun Mahathir Mohamad sendiri mendakwa beliau sendiri menjadi mangsa plitik wang apabila gagal memenangi pemilihan Umno bahagian Kubang Pasu. Mahathir mendakwa perwakilan dibayar RM200 seorang supya jangan mengundinya.

Itu zaman beliau bukan lagi PM dan presiden Umno. Masa Mahathir jadi presiden Umno, beliau mendakwa telah 'berusaha' membasmi rasuah dalam Umno tetapi gagal. "Saya telah marah, rayu, menanggis, berdoa , tetapi tak berjaya juga". Kata-kata Mahathir itu kerap kita baca dalam akhbar suruhan Umno/BN. Hakikatnya rasuah sudah menjadi amalan Umno.

Sekarang Umno sedang meminda perlembagaan parti dan menggubal peraturan baru kononnya untuk 'berubah' kerana menurut pemimpin Umno sendiri "politik wang sudah menjadi budaya dalam Umno".

Ini semua sudah tahu. Orang Malaysia tahu, orang Afrika pun tahu. Orang Malaysia tahu kerana melihat sendiri apa yang berlaku. Orang luar tahu kerana berita rasuah Umno telah tersebar seantero dunia.

Zaman dunia tanpa sempadan informasi diperolehi dengan mudah. Orang Afrika turut melayari Internet. Mereka tahu apa yang berlaku di Malaysia. Mereka tahu politik wang budaya Umno.

Tentunya mereka tahu ramai dalam Umno menggalakkan amalan buruk itu walaupun memberi gambaran mereka benci rasuah. Jadi mengapa pemimpin Afrika mahu belajar dariapda kerajaan Malaysia cara memerangi rasuah seperti yang didakwa Muhyiddin?

Sepatutunya mereka memberi tahu Muhyiddin "parti sendiri pun tak boleh kawal nak ajar kami pulak?". Tapi mereka tidak berkata demikian. Mungkin kerana untuk menjaga hati Muhyiddin. Maklumlah, Muhyiddin tetamu mereka.

Jadi mereka kata mahu belajar daripada kerajaan Malaysia. Bak pepatah Inggeris 'good PR'. Orang berbudi kita berbahasa. Takkan Muhyiddin tak tahu itu semua?

(TVA)


No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA