" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

11 August 2009

TBH: Coretan Inkues Pada 11/8

Tiada sebarang bahan bukti baru diperoleh dalam pemeriksaan forensik semalam bagi membantu siasatan kematian TBH. Peguam Tan Hock Chuan, yang dilantik bagi pihak kerajaan Malaysia untuk membantu prosiding inkues itu, hari ini mengesahkan hasil pemeriksaan forensik semalam terhadap beberapa kesan tompokan yang disyaki darah, yang ditemui di tempat kejadian, adalah negatif.

Tan melaporkan kepada mahkamah bahawa pasukan forensik polis, bersama-sama pakar forensik bagi pihak keluarga Teoh dan kerajaan Selangor, telah melakukan siasatan dan pemeriksaan forensik di 4 lokasi berlainan di sekitar bangunan pejabat SPRM di Plaza Masalam.

Laporan autopsi dari Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, yang disediakan oleh pakar perunding kanan perubatan forensik Dr Khairul Azman Ibrahim, mendedahkan mangsa mengalami beberapa kecederaan termasuk bahagian luka yang besar di bahagian depan peha kanan, lutut kanan dan dagu kanan.

Selain itu mangsa juga mengalami kesan lebam berdarah dan luka di bahagian pipi kanan serta kesan luka calar di bahagian buku lali kaki kanan. Bedah siasat pada mayat Teoh pula menunjukkan terdapat keretakan pada bahagian tengkoraknya, serta kesan lebam berdarah pada kulit kepala. Sementara itu kebanyakan tulang rusuk mangsa di kedua-dua belah pula retak dan terdapat pendarahan pada kawasan buah pinggangnya.

Kesan darah ditemui pada pakaian mangsa turut direkodkan, iaitu stokin kelabu, bahagian kanan kot lengan panjang yang berwarna hitam, seluar dalam kelabu dan seluar panjang Teoh. Turut ditemui pada mangsa ialah sebatang pen oren tertulis 'SPRM' di bahagian poket kiri baju kemeja lengan pendek berwarna kelabu yang dipakainya.

Laporan setebal lapan muka surat itu dibacakan dan dirujuk oleh Dr. Khairul ketika beliau memberikan keterangan sebagai saksi ke-10 dalam prosiding pagi tadi. Helaian terakhir laporan itu menyebut punca kematian Teoh sebagai kematian akibat kecederaan berganda setelah jatuh dari tempat tinggi. Dr. Khairul akan menyambung semula keterangannya esok.


No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA