" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

10 August 2009

Inilah Budaya UMNO

UPDATE: Nampaknya UMNO terus memberi ruang kepada rakyat yang sebelum ini sememangnya telah 'muak' kepada cara mereka berpolitik. Hari ini, kira2 100 wakil daripada badan bukan kerajaan (NGO) dan Majlis Belia Malaysia (MBM) berhimpun secara aman tanpa sebarang sekatan dari pihak polis (BN-halal, PR-haram) di hadapan Ibu Pejabat UMNO di sini bagi menyatakan sokongan terhadap Boss No.2 mereka, Muhyiddin Yassin yang telah melabelkan DSAI sebagai pengkhianat bangsa Melayu.

Dengan bangganya mereka memegang kain rentang yang menyatakan sokongan kepada Muhyiddin dan mengecam DSAI sambil melaungkan "Hidup, hidup Tan Sri Muhyiddin...benam2 Anwar Ibrahim."

Mereka bukannya mengakui kesilapan lalu, bersedia untuk berubah, tapi mereka dengan 'angkuhnya' telah menuduh DSAI sebagai pengkhianat bangsa Melayu pula. Sedarkah mereka, menyerang DSAI menggunakan cara yang kolot sebegini sebenarnya akan menambahkan lagi kemarahan kebanyakan rakyat?

Untuk melengkapkan lagi budaya UMNO ini (yang dibenci oleh rakyat), Timbalan Pengerusi Tetap UMNO, Datuk Mohamed Aziz berkata, "Dalam Islam, ada ungkapan dan istilah al-Munafiqin, al-Khazaf, dalam bahasa ibunda, ada istilah pembohong, pendusta, penderhaka, putar belit, penyangak. Seluruh gelaran ini boleh kita lemparkan kepada Anwar. Bila Tan Sri Muhyiddin beri istilah pengkhianat, ia salah satu gelaran yang tepat kepada Anwar,".

Memang sah.., UBN sekarang telah ketandusan isu untuk dihidangkan kepada rakyat. Hidangan mereka kali ini menunjukkan ianya hanya menjadi hidangan untuk puak2 mereka sahaja.

Bagi saya, DSAI memang pengkhianat, tapi kepada UMNO. Ini kerana, DSAI telah sanggup berkorban demi memastikan segala pembohongan, pendustaan, penderhakaan, putar-belit, penyangak dalam kerajaan UBN sejak sekian lama sehingga ke hari ini 'terbongkar' kepada rakyat Malaysia...

Salahuddin Ayub (Naib Presiden PAS)
Gelagat UMNO sekarang ibarat ayam jantan berkokok berderai-derai, ekornya dipenuhi tahi. Kerana itu mereka cuba sedaya upaya untuk memecah-belahkan PR dengan pelbagai isu seperti arak, Jeff Oii, Anwar pengkhianat dan lain2. Ini menunjukkan UMNO dalam keadaan terdesak kerana rakyat tidak memberi kepercayaan kepadanya lagi.

Apa yang merisaukan UMNO hari ini adalah kerana PR telah mendapat sokongan yang begitu kuat daripada rakyat. Dalam beberapa indikator, rakyat dapat lihat contohnya dalam beberapa siri pilihan raya di Malaysia ini, rakyat tidak memberikan kemenangan kepada BN.

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA