UPDATE: Prosiding inkues kematian Teoh Beng Hock ditangguhkan sehingga esok selepas 30 minit bermula bagi membolehkan pakar DNA dan forensik menguji kesan darah yang didapati di tangga tingkat 14 dan 15 Plaza Masalam.
Koroner membenarkan permohonan itu yang dibuat oleh peguam pemerhati keluarga Teoh, Gobind Singh pada pukul 10.05 pagi tadi. Prosiding bermula pukul 9.45 pagi.
Pakar pukul 11.30 pagi semua peguam, pakar DNA, Dr Seah Lay Hong, pembantu pakar forensik dari Thailand dan dua pakar forensik tempatan akan pergi ke Plaza Masalam untuk mendapatkan spesimen tersebut.
Hasil ujian awal yang dilakukan terhadap kesan yang ditemui di tangga antara tingkat 14 dan 15 bangunan Plaza Masalam mendapati ianya bukan darah tetapi satu bahan yang belum dikenalpasti. Dikatakan bahan berkenaan berkemungkinan besar adalah cat anti karat.
Hasil berkenaan diperolehi melalui pemeriksaan bersama pakar kimia, pakar forensik dan pakar forensik dari luar yang dilantik Kerajaan Negeri Selangor. Pemeriksaan ke atas kesan berkenaan turut disaksikan peguam dari kedua-dua pihak.
Gobind berkata pihaknya juga menemui petunjuk baru yang dipercayai boleh membantu dalam usaha mendapatkan gambaran yang jelas apa yang berlaku pada malam sebelum mayat TBH ditemui. Pakar kimia telah mengambil specimen petunjuk iaitu gentian benang dipercayai dari seluar Beng Hock yang dijumpai di koridor tingkat lima di mana mayatnya ditemui dan membawanya ke makmal untuk mejalankan analisa.
video Inkues pada 6/8 dari TVA
No comments:
Post a Comment