" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

09 August 2009

Khalid Samad: Ali Rustam Perlu Cermin Diri Dulu

Cerminlah dulu diri sendiri sebelum membuat sebarang kenyataan! Begitulah teguran Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad kepada Ketua Menteri Melaka, Dato Seri Ali Rustam yang menggesa PAS keluar daripada Pakatan Rakyat berhubung isu arak.

"Saya menegesyorkan kepada ketua menteri Melaka yang dulu telah di halang untuk bertanding dalam pemilihan umno kerana didapati bersalah atas rasuah politik,mencerminkan dirinya dulu sebelum nak komen orang lain.

Dan negeri Melaka pun patut berusaha untuk mencontohi,dimana kita nak tingkatkan kesedaran di kalangan masyarakay berhubung dengan keburukan dan kerosakan hasil daripada budaya minuman keras,yang selama ini telah menjadi satu perkara yang biasa.so saya rasa dia punya cabaran tu tak kena tempat la".

Khalid berkata selepas menyampaian Hadiah Pertandingan Marhaban dan Berzanji Selangor 2009 di Auditorium MBSA, petang tadi.

Isu pengharaman penjualan minuman keras di Selangor telah mencetuskan kontroversi daripada pelbagai pihak. Khalid berkata setakat in 10 daripada 17 rangkaian 7eleven telah menghentikan penjualan arak di premis perniagaan mereka. Manakala 7 lagi telah memperketatkan penjualan minuman keras kepada orang ramai.

Menurut Khalid lagi, PAS memandang pengharaman ini sebagai satu langkah membendung umat Islam daripada terlibat dengan arak, selain membantu mengurangkan masalah sosial yang berlaku disebabkan pengaruh alcohol.

(sumber TVS)


No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA