" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

13 August 2009

TBH: Coretan Inkues Pada 13/8

Saksi ke-13 Pegawai Penyiasat Tempat Kejadian dari cawangan forensik Ibu Pejabat Polis Kontijen Selangor, Cif Insp Mazli Jusoh dalam keterangannya memberitahu, TBH mungkin diseret sebelum ditemui mati kerana siasatan polis menunjukkan adanya kesan geseran di bahagian tepi kasut mendiang.

Sebelum itu, peguam pemerhati bagi kerajaan Selangor, Malik Imtiaz Sarwar bertanya kepada Mazli sama ada beliau bersetuju bahawa kesan geseran yang terdapat pada kasut tersebut mempunyai implikasi yang penting. Pada mulanya Mazli menolak teori yang dikemukakan Malik bahawa si mati berkemungkinan diseret.

Malik: Adakah kemungkinan si mati diseret?

Mazli: Tidak...pada kebiasaannya kalau seseorang diseret ia tak kena pada tapak kasut, sebab kalau diseret dari belakang ia akan tahan dengan kaki dengan tumit.

Malik: Tapi kalau diseret dari tepi, ada kemungkinan?

Mazli: Ada.

Mazli bersetuju dengan pendapat tersebut.

Dalam pada itu, saksi ke-14, DSP Shahrul Othman Mansor, seorang pegawai makmal forensik Bukit Aman berkata beliau turut menemui kesan seperti tapak kasut di bahagian bawah tingkap yang dipercayai tempat mendiang jatuh dari tingkat 14 yang menempatkan pejabat SPRM. Shahrul berkata, "Di bahagian bawah (tingkap) kelihatan seperti kesan tapak kasut... tapi tak begitu jelas. Saya arahkan pegawai untuk ambil gambar... ukurannya lebih kurang sembilan inci (22 sentimeter),"

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA