" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

07 August 2009

Saman RM10 Juta, Ingatan Kepada Anggota FRU

Saman RM10 juta terhadap pegawai kanan FRU di Kelantan wajar menjadi pengajaran kepada pasukan itu agar mematuhi peraturan ketika melepaskan gas pemedih mata kepada orang ramai. Ini kerana, bukan pelajar dari Kota Bharu itu sahaja yang menjadi mangsa sebegini tetapi juga para peserta perhimpunan Mansuh ISA Ogos 1 lepas.

Pegawai Medan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), ASP M. Sathasivam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kerajaan Malaysia masing-masing dinamakan sebagai defendan dalam saman tuntutan ganti rugi mangsa kelongsong peluru gas pemedih mata dalam kejadian rusuhan di Stadium Sultan Muhammad IV hampir empat bulan lalu.

Mangsa, Muhammad Huzaifah Mohd Noor, memfailkan saman menuntut ganti rugi sebanyak RM10 juta di atas kecederaan mata kanannya akibat terkena tembakan kelongsong peluru gas pemedih mata yang mengakibatkan mata kanannya buta.

Saman tersebut difailkan Huzaifah sebagai plantif melalui peguamnya, Shaharudin Mohamed, dari Peguambela dan Peguam cara Shaharuddin Hidayu & Marvaliz di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi, Kota Bharu, petang semalam.

Plaintif, seorang pelajar Institut Latihan Perindustrian, Pengkalan Chepa, mengalami kecederaan itu semasa rusuhan penonton bolasepak pada perlawanan separuh akhir pertama Piala FA antara Kelantan dengan Negri Sembilan di Stadium Sultan Muhammad IV April lalu.

Ketika kejadian rusuhan plaintif dikatakan tidak terlibat langsung sebagai penonton atau kumpulan rusuhan tersebut. Sebaliknya kehadiran beliau di situ adalah semata-mata menolong sepupunya berniaga bagi mencari pendapatan sampingan untuk menampung perbelanjaan pengajiannya.

Di dalam tuntutannya plaintif mendakwa, pada April 7, 2009, jam 11.30 malam ketika mengemas barangan jualan, tiba-tiba sepasukan anggota FRU yang diketuai defendan pertama (Sathasivam), yang mana seorang anggotanya melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arahnya.

Akibat kejadian tersebut beliau dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II, Kota Bharu.

Sementara itu peguamnya, Shaharuddin, memberitahu tuntutan tersebut adalah sebagai ganti rugi teruk dan teladan di atas kecuaian defendan mengakibatkan plaintif mengalami kecacatan kekal.

Menurut Shaharuddin juga, tuntutan faedah di atas jumlah penghakiman pada kadar 8 peratus setahun dari tarikh penghakiman turut dibuat.

(TheMalaysianInsider)



1 comment:

abu muaz said...

Suatu perkembangan yg menarik.Undang-undang dan peraturan digubal untuk keadilan bukan untuk diperkudakan.

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA