" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

05 August 2009

SPRM Meneruskan Misi...

Selepas negara dikejutkan oleh kematian misteri Teoh Beng Hock (TBH), nampaknya SPRM telah meneruskan 'misi mereka' dalam 'mencari salah' Adun dan Exco daripada PR. Tanpa mengenal penat mahupun cabaran, SPRM tetap meneruskan tugas mereka demi..??

SPRM dengan bersemagat walaupun kes yang kononnya melibatkan individu2 dari PR dengan jumlah yang kecil berbanding dengan kes2 besar yang telah diadukan kepada mereka yang melibatkan individu2 dalam kerajaan BN.

Kita puji diatas kecekapan dan kesungguhan SPRM dalam menjalankan penyiasatan. Yang kita pertikaikan adalah, kecekapan dan kesungguhan SPRM hanya tertumpu kepada individu2 disebelah PR sahaja.

Baru2 ini ada juga individu disebelah BN telah ditahan oleh SPRM. Pada 2 Ogos, ADUN Kemasik bersama 2 lagi rakannya telah ditahan disebuah bilik hotel di Kemaman, Terengganu. SPRM menahan ketiga-tiga kerana dipercayai mereka telah menerima sogokan berjumlah lebih RM20,000 daripada sebuah syarikat pemaju.

Persoalannya ialah, adakah tangkapan ini hanyalah semata-mata untuk memulihkan maruah SPRM dimata rakyat serta mahu meneruskan misi mereka setelah 'terpaksa bercuti' angkara kematian TBH?

Hari ini SPRM telah menahan 2 lelaki di ibu negara dan Shah Alam kerana dikatakan status kontraktor mereka meragukan walaupun terbabit dalam projek milik kerajaan negeri Selangor. Mereka ditahan setelah siasatan SPRM mendapati, syarikat kontraktor masing2 memasukkan sejumlah wang sebagai bayaran projek ke dalam akaun milik DAP Selangor.

Turut ditemui, 4 keping cek bernilai antara RM500 hingga RM1,500 setiap satu yang dikeluarkan oleh 2 syarikat, dipercayai ada kaitan dengan kedua-dua individu terbabit.

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA