hari ini berkata
Pakatan Rakyat (PR) yang dianggotai PKR, PAS dan DAP akan didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan yang sah tidak lama lagi. Beliau yang juga ketua pembangkang dan Anggota Parlimen Permatang Pauh bagaimanapun berkata perihal pendaftaran itu sedang dikaji oleh sekretariat dalam pakatan."Sekretariat PR yang dianggotai Salahuddin Ayub (Naib Presiden PAS), Datuk Zaid Ibrahim (PKR) dan Anthony Loke Siew Fok (Pengarah Pendidikan Politik DAP) sedang mengkaji dan akan melaporkan dalam mesyuarat yang akan datang. Laporan itu ialah tentang bentuk pendaftaran PR, bagaimana boleh menyusun, mendaftar dan merasmikan kewujudan PR dan itu akan dikaji," beliau berkata kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi PR di Tropicana Golf and Resort di Petaling Jaya hari ini.
No comments:
Post a Comment