" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

12 August 2009

Usaha Pecah Belahkan PR Sia-Sia

Adun Kampung Tunku, Lau Weng San berkata, "Rancangan Najib untuk menawan Selangor takkan menjadi realiti kerana saya nampak perpaduan di peringkat Pakatan Rakyat dan akar umbi berada di tahap paling tinggi, isu-isu yang timbul seperti perbezaan pendapat hanyalah satu fenomena biasa, dan biasa juga berlaku dalam pimpinan Barisan Nasional.

Isu arak ini adalah isu yang memperlihatkan kepelbagaian budaya politik di Negara ini dan kita perlu menerima hakikat bahawa samaada org itu ahli politik atau tidak, kita perlu terima hakikat bahawa Negara ini adalah Negara majmuk, maka masing-masing ada pandangan, dan gaya hidup sendiri. Kita bersaing di satu platform yang adil, atas dasar pentadbiran, bukan melalui sabotaj, bukan melalui isu pengapian dan isu perkauman dan agama,".

Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh berkata, "Saya rasa rancangan Perdana Menteri untuk rampas semula Selangor adalah sangat keji. Barisan Nasional perlu sedar dan fikir, nak tawan negeri Selangor dengan cara apa..demokratik atau dengan apa kos. Sehingga sekarang BN masih belum jawab dengan kes-kes sekarang seperti kes Kugan, PKFZ, Teoh Beng Hock, isu-isu utama yang rakyat yang rakyat nak jawapan Najib nak tawan Selangor dengan apa asas.

Mereka selalu kata DAP anti Islam, ini adalah tuduhan yang tidak berasas, kami ada hubungan baik dengan wakil-wakil dari surau dan masjid, beri peruntukan kepada semua kaum, jadi lihat BN sudah takde isu yang dimainkan, jadi hanya boleh mainkan isu perkauman,".

Adun Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz pula menyifatkan tindakan Perdana Menteri untuk merampas semula Selangor itu hanya bermimpi di siang hari. Beliau berkata, "Saya rasa Najib ni bermimpi di siang harilah, sebab keddukan politik di negeri Selangor ini jauh berbeza dengan Perak dan sebagainya sebab majority kita agak besar berbanding di Perak. Sekurang-kurangnya dia kena ambik 9 kerusi baru boleh menukar kerajaan di peringkat negeri Selangor,".

(sumber TVS)

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA