" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

12 August 2009

TBH: Coretan Inkues Pada 12/8

Pasukan forensik polis telah memberi keterangan hari ini ekoran pakar pathologi Dr Khairul Azman Ibrahim tidak dapat menyambung keterangannya kerana tidak sihat. Beliau sepatutnya disoal balas oleh para peguam keluarga TBH serta peguam yang mewakili kerajaan Selangor dan Majlis Peguam hari ini.

Bagaimanapun, pada permulaan sesi inkues pada jam 10.35 pagi tadi, peguam yang dilantik kerajaan, Tan Hock Huan, yang membantu koroner Azmil Muntapha Abas, memaklumkan bahawa Dr Khairul tidak sihat dan tidak dapat hadir hari ini. Dr Khairul sebelum ini memberitahu beliau berasa tidak sihat dan sakit tekak ketika memberi keterangan semalam.

Tan juga berkata, seorang lagi pakar pathologi Dr Prashant Naresh Semberkar, yang melakukan bedah siasat ke atas mayat Teoh bersama Dr Khairul, juga tidak sihat dan tidak dapat memberi keterangan hari ini. Koroner Azmil kemudiannya bersetuju supaya kedua-dua saksi tersebut memberi keterangan pada hari lain, kemungkinan esok.

Saksi pertama yang memberi keterangan pada hari ini ialah Inspektor Mohd Zulaimi Mohd Zubir dari cawangan jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam yang telah menyaksikan rakaman kamera liter tertutup (CCTV) milik syarikat Plaza Masalam.

Zulaimi dalam kenyataannya memberitahu mahkamah, beliau telah diarahkan oleh pegawai atasannya yang berpangkat Asisten Komisioner Polis (ACP) untuk merampas "hard disk" yang mengandungi imej Teoh Beng Hock. Dalam rakaman tersebut Zulaimi mendakwa beliau telah melihat imej mendiang memasuki bangunan Plaza Masalam melalui lobi tingkat pada 18:08:55.

Menurut Zulaimi, sepanjang pemerhatiannya melalui rakamam CCTV itu tidak terdapat rakaman mangsa meninggalkan bangunan tersebut. Akuan ini seraya mengesahkan bahawa mendiang tidak meninggalkan Plaza Masalam melalui cara 'biasa'.

Zulaimi merupakan antara pegawai polis yang terawal menyaksikan keadaan mayat mangsa setelah dihubungi oleh petugas dari Ibu Pejabat polis Daerah Shah Alam yang turut berada di tempat kejadian.

Menurut Zulaimi, ketika beliau tiba di tempat kejadian, beliau melihat mayat seorang lelaki dipercayai berbangsa Cina ditutup menggunakan plastik hitam yang dipercayai plastik sampah dan ditindih dengan bata bagi mengelakkan plastik itu terbang yang kemudiannya disahkan sebagai TBH.

Zulaimi kelihatan gugup semasa disoal oleh peguam Gobind Singh Deo. Zulaimi dipersoalkan kerana tindakan beliau yang tidak mengambil butiran 4 atau l5 anggota SPRM yang berada di tempat kejadian. 4 atau 5 orang itu adalah mereka yang memaklumkan kepada Zulaimi bahawa TBH adalah saksi yang dipanggil SPRM dalam operasi terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Zulaimi disoal apakah identiti 4 atau 5 anggota SPRM itu tidak penting dalam siasatan polis. Zulaimi gagal menjawab dan kelihatan gementar sepanjang disoal-siasat peguam kepada keluarga mangsa ini.

Dalam satu perkembangan yang mengejutkan, salah seorang penyiasat Beng Hock tidak mencatatkan sebarang siasatan dibuat keatas Beng Hock pada hari kejadian. Pegawai penyiasat terbabit, Mohd Anuar Ismail, langsung tidak menulis adanya soal-siasatan dibuat keatas Beng Hock dalam buku siasatan hariannya.

Selepas itu, inkues sebelah petang saksi ke 12 yang juga tidak terdapat dalam senarai turut dipanggil untuk sesi soal jawab pada hari ini. Beliau ialah Penolong Analisis Seksyen Jenayah Komputer, Unit Forensik PDRM, Inspektor Mohd Zaidi Abu Hassan. Beliau merupakan pegawai yang dipertanggungjawabkan untuk menganalisa telefon bimbit mangsa yang telah diterima pada 21 Julai 2009. Beliau diminta untuk menganalisa telefon bimbit jenama Sony Ericson milik Teoh Beng Hock dan diarah untuk mengeluarkan semua maklumat dalam telefon bimbit dan kad sim berkenaan.

(sumber dari TVA)


No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA