" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

07 August 2009

Ku Li Sokong Kelantan Tuntut Royalti

Kerajaan UBN sudah tidak dapat mengelak lagi dari membayar tuntutan wang royalti Minyak Kelantan yang tertangguh sejak tahun 2004. Pengesahan pelantar minyak yang diberi nama Cakrawala memang berada dalam perairan Kelantan apabila satu ekspedisi khas telah pergi kesana baru2 ini.

TGNA berkata, ekspedisi ini merupakan 'tajaan rakyat' bagi menunjukkan kesedaran mereka terhadap hak menuntut royalti berkenaan. Ekspedisi ini telah mendapati bahawa kedudukan pelantar minyak Cakrawala hanya 153 kilometer dari pantai Pengkalan Kubur, Kelantan. Jauh lebih dekat berbanding pelantar minyak yang terdapat di Terengganu, Sarawak dan Sabah.

Mantan Pengerusi Petronas Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) telah mengesahkan kesahihan tuntutan royalti berkenaan. Beliau adalah antara individu yang menandatangai perjanjian royalti 5% pada tahun 1975 bagi pihak Petronas menyatakan sokongan beliau itu melalui surat yang dihantar kepada Kerajaan Negeri Kelantan.

Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa yang mengetuai ekspedisi khas berkenaan mengatakan bahawa beliau yakin kerajaan pusat tidak memerlukan masa yang lama untuk menyemak fakta2 dalam isu ini kerana semua fakta tersebut telah ada dan Ku Li telah memberi pandangan bahawa Kelantan berhak menerima royalti berkenaan.



No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA