" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

13 August 2009

DSAI Bidas UBN Perkuda Agensi Kerajaan

Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) membantah tindakan kerajaan UMNO/BN (UBN) menggunakan agensi polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam mendera pimpinan yang tidak mempunyai sebarang kesalahan.

“Kita juga rasa pimpinan UMNO dan Barisan Nasional menggunakan polis dan juga SPRM untuk mengancam dan mendera pimpinan termasuk juga yang tiada sabit atau kes sama sekali. Paling terakhir terhadap YB Anthony Loke didakwa menghina Islam padahal tidak ada perkataan yang boleh dipertanggungjawabkan pada hal itu," kata DSAI.

“Kita boleh keluarkan puluhan kenyataan pimpinan UMNO yang menghina agama dan menghukum agama tidak pun disiasat dan cuba difitnah kepada pimpinan lain dan digunakan isu perkauman soal Cina soal kononnya kita, saya dan Tengku Saadi seolah menyokong DAP dan fahaman Cina dan sebagainya,” tambah beliau lagi.

Terdahulu Anthony Loke dituduh atas dakwaan bahawa beliau telah memburukkan Kesultanan Perak dan menghina Islam sedangkan beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan yang berbau hasutan atau menghina Islam.

Anwar turut mengatakan bahawa beliau percaya akhbar Utusan Malaysia akan mengeluarkan kenyataan bahawa dirinya merupakan pengkhianat lagi kerana menyokong Anthony Loke.

(TVA)

video

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA