" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

07 August 2009

TBH: Coretan Inkues Pada 6/8

Inkues kematian Teoh Beng Hock pada 6/8 dimaklumkan bahawa terdapat 10 pegawai SPRM termasuk seorang pegawai kanan SPRM Selangor di pejabat pada hari kejadian. Peguam bagi pihak keluarga Teoh, Gobind Singh Deo mengatakan bahawa sampel DNA yang diambil pada 2 aktivis DAP baru2 ini tidak sepadan dengan sampel DNA yang ditemui pada jaket dan tali pinggang Teoh.

Ini membuktikan bahawa apa yang dikatakan dalam sebuah blog bahawa 2 aktivis DAP ini disyaki membunuh Teoh dengan cara memegang pada jaket dan tali pinggang Teoh lalu mencampakkannya keluar melalui tingkap adalah adalah tidak benar sama sekali.

Saksi ke-7, Zaraiha Awang dari Jabatan Kimia berkata, beliau menerima sampel kandungan perut, darah dan air kencing Teoh. Hasil pemeriksaan beliau ke atas sampel tersebut mendapati tidak ada kesan alkohol atau dadah dalam sistem badan Teoh pada masa kematiannya.

Saksi ke-8, Saiful Fazami Mohd Ali (Ahli Kimia di Jabatan Kimia Malaysia) mengecam bahan kes yang diserahkan kepadanya untuk dianalisis sebelum dilepaskan dari kandang saksi. Bahan2 tersebut termasuklah sehelai seluar yang berlumuran darah, sebatang skru 5cm panjang, seutas jam tangan, pin penyambung jam tangan, klip logam, butang logam serta pelapik kaki lima.

Saksi ke-9, Dr Seah Lay Hong (pakar DNA di Jabatan Kimia Malaysia) mengesahkan terdapat sekurang-kurangnya 3 sampel DNA lelaki yang tidak dikenali diambil daripada kesan tali pinggang yang terputus milik si mati.

Semasa memberi keterangan kepada mahkamah semalam, Dr Seah juga tidak menolak kemungkinan bahawa Teoh telah dipegang oleh lebih daripada 2 individu lain sebelum terjatuh dari tingkat 14 bangunan Plaza Masalam dekat sini.

Beliau sebelum itu menjawab soalan peguam Gobind Singh Deo berhubung laporan ujian DNA yang dilakukannya keatas tali pinggang milik si mati yang menyebut terdapat sekurang-kurangnya satu lagi DNA lelaki yang tidak dikenali.


No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA