" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

05 August 2009

Bahang Himpunan 1 Ogos

Dari Sudut Yang Sentiasa Pro Kerajaan Tak Kira Dimana Berada
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah berkata, "Saya minta mereka buat aduan kepada BPA, bukan bertujuan untuk kami bayar mereka. Kita nak buat satu kajian berapa banyak kerugian dialami oleh orang awam akibat perarakan tidak bertanggungjawab ini".

Pemuda Umno Wilayah Persekutuan menawarkan khidmat bantuan guaman secara percuma kepada penjaja dan peniaga di Jalan Masjid India dan kawasan sekitarnya bagi menuntut ganti rugi daripada penganjur demonstrasi Anti-ISA Sabtu lepas.

Ini Pula Dari Sudut Yang Memperjuangkan Hak Rakyat
Pihak Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), telah memberi jaminan bahawa himpunan akan berlangsung secara aman dan memastikan para peserta tidak mengganggu dan melakukan tindakan salah sehingga menyusahkan orang awam namun keadaan bertukar kelam-kabut akibat tindakan pihak polis dan larangan KDN. Bendahari PAS Pusat Dr Hatta Ramli berkata,

"Jika polis dan KDN benarkan kita berhimpun secara aman, pasti Kuala Lumpur tidak lumpuh 1 Ogos lalu dan tidak timbul suasana kecoh atau peniaga rugi. Sehingga kini, tidak kedengaran ada laporan rompakan, ceroboh, mencuri atau barangan dirampas daripada peniaga pada hari himpunan itu. Yang ada ialah peniaga rugi kerana polis mengarahkan perniagaan kedai-kedai ditutup.

Selain itu orang ramai, pengguna dan pelanggan bertempiaran lari bukan suka-suka tetapi ditembak gas pemedih mata dan diasak ganas polis, jadi sebarang kerugian sila tuntut kepada polis dan KDN".

yeols: Apakah dengan tindakan menyaman, menangkap serta mendakwa rakyat yang mahukan ISA dimansuhkan akan dapat mengubah persepsi rakyat terutamanya golongan muda dalam menyokong wadah perjuangan Pakatan Rakyat?

Rakyat tetap hadir walaupun berdepan dengan risiko tangkapan. Ini menunjukkan bahawa mereka percaya dan komited terhadap perjuangan mereka yang mahukan 'perubahan' kearah kebaikan untuk semua. Yang dirasakan tidak betul, 'wajib' di perbetulkan.

Ini menunjukkan satu isyarat bahawa kebangkitan gelombang baru akan terus menjelma demi menegakkan keadilan dan menentang kezaliman. Kehadiran rakyat di jalan raya menunjukkan gerakan reformasi 98' masih membara.

Jadi, kita akan lihat adakah rakyat akan menyokong sikap angkuh yang telah diambil oleh kerajaan UMNgOkBN yang terang dan jelas sudah 'terpesong' daripada slogan yang mereka gembar-gemburkan terutamanya PM iaitu "1Malaysia, Rakyat Di Dahulukan".

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA