" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

07 August 2009

Siapa Pengkhianat Sebenarnya?

Tan Sri Muhyiddin Yassin
- Anwar pengkhianat besar terhadap perjuangan orang Melayu.

- Anwar pemimpin lidah bercabang kerana sanggup memutarbelitkan fakta mengenai usaha UMNO untuk memartabatkan orang Melayu.

"Dulu dia (DSAI) pernah menjadi TPM dan Timbalan Presiden UMNO seperti saya sekarang, tetapi dia sekarang menggunakan cara yang memperdayakan untuk memusnahkan perjuangan kita. Dia kata kepada semua orang bahawa UMNO zalim, tetapi beritahu saya sekarang dalam cara apa yang kita zalim? Kenapa dia tidak beritahu ini semasa dia jadi pemimpin kita?

Hingga sampai ke tahap ini, orang menganggap apa yang dilakukan oleh UMNO adalah salah dan apa sahaja yang dilakukan kita tidak baik untuk rakyat. Maka semua kebaikan yang pernah kita lakukan membangunkan negara sejak 50 tahun lalu tidak lagi dihargai. Tiada masalah untuk mengkritik kerana kita bukan maksum tetapi saya tidak boleh terima kalau pembangkang menghina dan tidak menghormati orang Melayu.

Kita hanya mempunyai dua tahun untuk mengubah persepsi dan imej buruk itu. Tetapi disebabkan dakyah serta pelbagai tuduhan pembangkang terhadap UMNO menyebabkan timbul persepsi buruk rakyat terhadap parti sejak kebelakangan ini".

yeols: Maka timbullah sokongan daripada kalangan mereka dan NGO Melayu akibat daripada kenyataan boss no-2 mereka ini. Macam biasalah, tanpa mengusul periksa dahulu kenyataannya, terus menyokong dengan setianya.


Siapa sebenarnya khianat pada Melayu? Melayu khianat pada Melayu, pemimpin Melayu khianat pada Melayu, raja2 khianat pada Melayu? Kenapa Anwar dituding dengan isu ini? Ternyata isu Pengkhianat Melayu telah dipergunakan tidak kena pada zaman 'politik baru' sedang membara kini. Segala ketidakpuasanhati akan diluahkan bersama 'Demi Kebaikan Untuk Semua' dan yang penting sekali adalah untuk 'Generasi Yang Akan Datang'.

Bila demonstrasi Anti-ISA baru2 ini majoritinya adalah Melayu, isu Anwar Pengkhianat Melayu mula diperdendangkan. Sebelum ini entah apa tuduhan yang telah dilemparkan kepada DSAI. Tak terlintaskah difikiran mereka, akibat daripada kelakuan mereka sendiri yang sentiasa menuduh melulu kepada 'pemimpin idola' dari pandangan rakyat, maka makin jauhlah mereka dihati rakyat.

Buktinya rakyat bersama-sama dengan PR adalah semasa berlakunya perhimpunan aman Anti-ISA yang kononnya puak2 PRO-ISA juga akan turut sama berhimpun. Berbagai pertubuhan dan NGO Melayu kononnya akan bersama-sama kerajaan dalam mempertahankan akta zalim pusaka penjajah ini.

Kenapa media2 kerajaan tidak menayangkan dalam media mereka sekiranya terbukti rakyat bersama-sama mereka? Ini menampakan bahawa rakyat 'tak terliur langsung' kepada iklan mereka. Yang mereka dendangkan adalah adegan peniaga menyaman GMI, GMI bagi upah kepada rakyat yang hadir, GMI mempergunakan kanak2, Melayu telah dipergunakan dan sebagainya.

Rakyat hari ini bukannya hendak mendengar itu semua kerana bagi mereka itu semua telah 'lapuk'. Mereka mahukan perubahan dari pelbagai sudut, bukan hanya dengan menukar pemimpin semata-mata, perubahan yang dilaung-laungkan pada awalnya tidak kemana.

Disini kita boleh nampak, semacam kerajaan UBN sekarang telah begitu gusar serta iri hati dengan sokongan rakyat terutamanya Melayu kepada perjuangan PR. Dulu mereka (UBN) sebenarnya yang berada diposisi dimana tempat PR duduk hari ini, malah tempat PR sekarang, hari demi hari lebih hebat dari mereka.

Penyatuan gelombang perubahan ini adalah diatas kezaliman dan sifat angkuh kerajaan UBN yang telah begitu lama memerintah. Sebelum ini mereka mampu 'mendodoikan rakyat' sekiranya mereka merasakan ada tanda2 'rakyat akan bangkit dari tidur'.

Mungkin mereka2 yang berada disekeliling telah sedar bahawa rakyat makin jauh meninggalkan BN, namun kerana mereka telah 'disuntik' supaya berperangai begitu. Akibat daripada suntikan 'semuanya benar' asalkan kata2 itu keluar dari mulut pemimpin2 mereka tanpa menilainya dengan menggunakan akal yang telah dikurniakan oleh Yang Maha Esa serta agama dan politik tidak bercampur, maka, mereka2 ini akan terus berkelakuan sedemikian.

Isu ini dilihat semata-mata bagi menagih simpati orang Melayu demi melanjutkan hayat perjuangan politik mereka yang sememangnya telah 'usang' ditelan arus 'Gelombang Kebangkitan Rakyat'.

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami (Allah) telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan keturunan, supaya kamu saling berkenalan (dan beramah mesra diantara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia dari kalangan kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa dari kalangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan (akan keadaan dan amalan kamu).” (Surah Al-Hujurat: Ayat 13)

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA