" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

31 July 2009

TGNA: Jangan Halang Himpunan ISA

Tindakan polis tidak membenarkan demonstrasi pro dan anti-ISA yang akan diadakan di ibu negara esok sebagai tidak menghormati aspirasi rakyat dalam menuntut haknya. TGNA mempertikaikan perkara tersebut yang dianggap sebagai bertentangan dengan hak asasi rakyat selaras dengan amalan prinsip demokrasi negara berparlimen.

Beliau tidak menyalahkan pihak polis secara total dalam perkara tersebut yang disifatnya terpaksa menjalankan tugas mengikut arahan pihak atasan. Sebaliknya persoalannya menjurus kepada kementerian berkenaan. Difahamkan,TGNA akan turut serta bersama Penasihat PKR, DSAI, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan lebih 83 NGO dalam demonstrasi anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).

perhimpunan itu GMI akan menyerahkan satu deklarasi rakyat kepada Yang di-Pertuan Agong menuntut ISA dimansuhkan kerana mencabuli hak-hak asasi sesuai dengan syor Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

Bagaimanapun, polis memberi amaran tegas kepada pihak terbabit supaya membatalkan rancangan tersebut dan menurut laporan Hishammuddin (Menteri Dalam Negeri) sudah memaklumkan kepada Musa Hassan (Ketua Polis Negara) supaya mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat dalam demonstrasi ini. Pihak polis telah mula mengadakan sekatan jalanraya di beberapa lokasi utama sejak pagi tadi bagi menghalang tujuan tersebut.

Dalam pada itu TGNA menegaskan tidak ada sebab kerajaan menghalang hak kebebasan suara rakyat bagi menyampaikan hasratnya samada dalam bentuk protes melalui perhimpunan aman tanpa niat untuk mencetuskan huru-hara.

Beliau berhujah kerajaan yang dilantik oleh rakyat melalui proses pengundian menerusi pilihanraya yang memerintah lebih daripada 50 tahun sepatutnya lebih matang dalam memahami aspirasi rakyat dalam pelbagai aspek.

Beliau berkata, "Seseorang menteri ataupun kerajaan dilantik oleh rakyat. Kalau rakyat tidak undi dia tak boleh jadi kerajaan ataupun menteri. Jadi kenapa dinafikan hak rakyat? yang inginkan hak mereka".

Sehubungan itu beliau memberitahu undang2 negara menggambarkan seolah-olah ingin meletakkan sesuatu kesalahan di atas bahu rakyat sambil menegaskan demikianlah yang dinamakan undang2 sekular.

Al-Fatihah... 1 Lagi PRK...

Hari ini kita menerima 2 perkhabaran yang menyedihkan... 2 insan telah dijemput Allah... Al-Fatihah buat ADUN Permatang Pasir, Pulau Pinang YB Haji Hamdan yang telah kembali ke rahmatullah pada pagi ini... itu masej yang diterima dari seorang sahabat...

Berita ke 2... adik kepada SetPol DS Nizar, Ustaz Misbahul Munir yang diberitakan tenat beberapa hari yang lepas juga telah kembali ke rahmatullah subuh tadi... Jenazah akan dikebumikan di kampung halamannya di Kg.Sungai Tiang Darat, Selekoh hari ini...

Dari Allah kita datang... kepada Allah kita kembali... semoga roh keduanya dicucuri rahmat... Al-Fatihah untuk kedua jenazah dan takziah kepada seisi keluarga.

Berita kematian ADUN Permatang Pasir ini akan disusuli oleh 1 lagi pilihanraya kecil di Perrmatang Pasir menjadikan keseluruhan pilihanraya kecil yang telah diadakan di Parlimen Permatang Pauh adalah 3 semenjak selesai PRU-12.

30 July 2009

PR Tuntut MIC Jelaskan Skandal Maika

Pakatan Rakyat (PR) dan masyarakat India hari ini bersedia untuk berarak ke Ibu Pejabat MIC di Kuala Lumpur hari ini menuntut parti perkauman itu menjelaskan status kewangan Maika Holdings.

Timbalan Ketua Menteri II Prof P Ramasamy akan mengetuai perhimpunan aman itu dan mereka telah pun berkumpul di beberapa kawasan di ibukota sebelum bertemu dan berhimpun di hadapan Ibu Pejabat MIC. PR dijangka menyerahkan memorandum kepada Ketua Pegawai Eksekutif sayap pelaburan MIC itu, Vell Paari, yang juga anak kepada Presiden MIC Datuk Sri S Samyvellu.


Samy Vellu dituduh menyeleweng sejumlah RM9 juta saham Telekom yang diperuntukkan ke Maika. Beliau dituduh menggunakan tiga syarikat proksi iaitu Clearway Sdn. Bhd, S.B Management Services dan Advance Personal Computers Bhd yang didakwa mempunyai kaitan dengan Samy Vellu, Vell Paari dan seorang lagi ahli keluarga.

Skandal yang berlarutan sejak 1992 ini membabitkan nilai saham mencecah RM120 juta. Ramai pemegang saham, termasuk golongan fakir miskin masyarakat India dikatakan hilang seluruh simpanan mereka ekoran skandal ini dan mendesak MIC memulangkan pelaburan mereka.

Samy Vellu dilaporkan mahu menyumbang RM3.2 juta untuk membeli tanah Kampung Buah Pala. Ini menyebabkan ramai pihak tidak berpuas-hati dan mendesak MIC supaya menyelesaikan masalah Maika yang tidak, atau gagal, diselesaikan sejak 1992.

Vell Paari beralasan bahawa beliau bersedia untuk membayar semula kerugian pemegang-pemegang saham, namun tidak dapat berbuat demikian kerana injunksi mahkamah keatas Maika Holdings.

(TVA)

Makluman Pergerakan Himpunan Aman Mansuhkan ISA

1. Bagi melancarkan Himpunan Aman Mansuhkan ISA pada 01 Ogos 2009, Sekretariat Himpunan Aman Mansuhkan ISA mengumumkan tempat berhimpun dan pergerakan himpunan seperti berikut:

Ø Tempat berhimpun dan negeri-negeri berkaitan:

a. Sogo:
Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak

b. Masjid Jame’ Kuala Lumpur:
Kelantan, Terengganu, Pahang dan Wilayah Persekutuan

c. Masjid Negara:
Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor.

Ø Peserta-peserta himpunan aman dikehendaki berkumpul mengikut negeri masing-masing

2. Perarakan ke Istana Negara akan dimulakan tepat jam 2 petang untuk menyerahkan Deklarasi Rakyat membantah undang-undang zalim ISA

3. Semua peserta dikehendaki mengikut arahan pihak keselamatan (JABATAN AMAL) yang berpakaian merah

4. Peserta digalakkan masuk awal ke Bandaraya Kuala Lumpur dengan meggunakan kenderaan awam untuk mengelakkan kesesakan

Sekian,

KAMARUZAMAN BIN MOHAMAD
Timbalan Pengarah Himpunan Mansuh ISA,
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat.

29 July 2009

Utusan Mohon Maaf Kepada TGNA

Utusan Malaysia memohon maaf kepada TGNA, MB Kelantan di atas kesilapan laporan mengenai kenyataan beliau yang disiarkan dalam Utusan Malaysia pada 15 Jun 2009. TGNA sebenarnya bermaksud bahawa “nasihat beliau tidak semestinya didengar” ketika mengulas mengenai cadangan kerajaan perpaduan pada sidang media itu.

Oleh itu, tajuk atas sebelah kiri, muka surat hadapan Utusan Malaysia pada 15 Jun 2009 iaitu Nasihat saya mesti didengar adalah salah serta bukan menggambarkan apa yang dimaksudkan oleh TGNA pada sidang media itu.

Begitu juga fakta berhubung perkara yang sama pada berita penuh mengenai kenyataan beliau itu pada muka surat 7, Utusan Malaysia keluaran 15 Jun 2009, adalah salah.

Utusan Malaysia dengan ini menarik balik dengan sepenuhnya kesilapan tersebut dan secara tulus ikhlas memohon maaf kepada TGNA di atas kesilapan yang tidak disengajakan itu dan atas apa jua kedukaan atau pengaiban yang mungkin diakibatkan kepada TGNA daripada kesilapan tersebut.

Beng Hock : Peguam Mohon Tunda Inkues

UPDATE: Peguam keluarga mendiang Teoh Beng Hock hari ini menggesa koroner dalam inkues kematian mendiang supaya menunda siasatan itu sehingga kabinet memutuskan sama ada untuk memberi kuasa tambahan kepada Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi menyiasat punca kematian mendiang.

Gobind Singh Deo memberitahu mahkamah bahawa inkues itu tidak perlu dan tidak bermakna jika kabinet memutuskan untuk memperluaskan terma rujukan suruhanjaya itu bagi menjalankan siasatan yang lebih terperinci atas kematian Beng Hock.

dijumpai mati 15-16 Julai lalu di perkarangan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Selangor di Shah Alam.

Setakat ini kabinet hanya mengarahkan suruhanjaya itu untuk menyiasat sama ada SPRM telah melanggar peruntukan hak asasi dengan menyoal Beng Hock lebih 10 jam sebelum beliau dijumpai mati.

Gobind turut meminta inkues itu, yang bermula hari ini, ditangguhkan sekurang-kurangnya sepuluh hari bagi membolehkan beliau meneliti laporan bedah siasat Beng Hock dan dokumen berkaitan.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Azmil Muntapha yang bertindak sebagai koroner inkues belum membuat keputusan bersabit permohonan Gobind.

Bagaimanapun wakil Peguam Negara Tan Hock Chuan berkata inkues berkenaan tidak seharusnya dilengahkan. Beliau bagaimanapun bersetuju jika sedikit penangguhan diberi bagi membolehkan peguam dan ahli keluarga Beng Hock meneliti laporan bedah siasatan dan dokumen berkaitan.

Hock Chuan begaimanapun enggan menyerahkan keterangan saksi kepada peguam keluarga mendiang, dengan mendakwa tidak ada prosedur undang-undang yang memerlukan beliau berbuat demikian.

Gobind memberitahu mahkamah bahawa mengikut Kanun Prosedur Jenayah, semua dokumen berkaitan harus diserahkan kepada peguam bela bagi membolehkan siasatan terperinci dilakukan untuk mengenal pasti punca kematian Beng Hock.

77 orang saksi, termasuk tunang Beng Hock - Soh Cher Wei yang mengandung dua bulan dan dijadualkan berkahwin dengan mendiang pada hari beliau dijumpai mati - diarah memberi keterangan di inkues berkenaan.

Peguam Karpal Singh,anaknya Gobind Singh dan Sankara Nair bertindak sebagai peguam pemerhati kepada keluarga Teoh pada inkues berkenaan.

Anggota keluarga Teoh tiba di perkarangan Mahkamah Tinggi Shah Alam kira-kira jam 8.20 pagi tadi.

Kira-kira 50 orang wartawan memenuhi dewan mahkamah seawal jam 7.30 pagi untuk mendaftarkan diri bagi membuat liputan.

Pengerusi Majlis Peguam Ragunath Kesavan berkata 12 peguam bertindak sebagai pemerhati badan itu bagi memastikan ketelusan perbicaraan.

Ditunda Rabu Depan

Inkues terhadap kematian Teoh Beng Hock yang bermula jam 9.20 pagi tadi di hadapan koroner Azmil Muntapha Abas di Mahkamah Majistret Shah Alam, telah ditangguhkan kepada 5 Ogos depan.

(TVA)

PAS Terima Kasih, UMNO Tak Mahu Ulas

Kerajaan Kelantan tidak akan berhenti membuat tuntutan ke atas royalti minyak terhadap kerajaan pusat walau terpaksa bertindak melalui undang-undang sekiranya rundingan antara kedua belah pihak menemui jalan buntu.

Tuntutan tersebut hingga kini boleh dikatakan masih dalam proses rundingan bersama kerajaan pusat dan kerajaan negeri mengharapkan satu perkembangan positif bakal dihidangkan kepada rakyat selepas ini.

Hampir sebulan lalu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, selaku Menteri Besar Kelantan, sudahpun mengirim surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berhubung perkara tersebut bagaimanapun belum mendapat apa-apa jawapan.

Aziz melalui kenyataannya selepas merasmikan sambutan Hari Yayasan Islam Kelantan (Yik) di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan berkata kerajaan persekutuan sepatutnya faham bahawa tuntutan itu adalah berdasarkan hak rakyat Kelantan.

“Kerajaan Kelantan telah diberi mandat oleh rakyat bagi menjaga kepentingan mereka. Jadi kita akan terus perjuangkan hak rakyat walau terpaksa melalui mahkamah antarabangsa sekalipun,” jelasnya.

Sementara itu exco Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa, menyambut baik kenyataan bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaliegh Hamzah, secara terbuka mendedahkan bahawa Kelantan berhak kepada bayaran royalti hasil pengeluaran petroleum.

Sambil melahirkan rasa terima kasih di atas keprihatinan Ku Li, Husam juga menyeru pemimpin kerajaan pusat memandang serius kenyataan Ku Li berdasarkan fakta lengkap, apatah lagi beliau adalah salah seorang yang terlibat dalam penggubalan perjanjian asal Petronas awal 1970an.

“Perdana Menteri seharusnya serius dalam perkara ini. Dan Datuk Mustapa mesti lihat tuntutan ini dari sudut positif serta fakta,” katanya semasa ditemui di pejabatnya sebelum menghadiri mesyuarat mingguan exco.

Baru-baru ini Tengku Razaleigh yang juga bekas Menteri Kewangan, dilapor membuat kenyataan Kelantan berhak menerima royalti sebanyak lima peratus selaras dengan perjanjian perkongsian hasil carigali minyak yang termeterai antara Kerajaan Pusat, Petronas dan kerajaan negeri.

Beliau yang menandatangani perjanjian bersama kerajaan-kerajaan negeri lain berhubung perkara tersebut berharap tidak ada pihak cuba mempolitikkan isu berkaitan sambil menegaskan jika benar Petronas mendapat faedah dari minyak yang diusahasama, maka Petronas wajib membayar kepada kerajaan negeri Kelantan.

Menurut Tengku Razaleigh, beliau sendiri terlibat dalam perbincangan berhubung perkara tersebut dengan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak, merumuskan perjanjian untuk memberi sebanyak 5 peratus hasil petroleum dimaksudkan.

Kenyataan Tengku Razaleigh disokong oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim.

Perjanjian antara Petronas dengan kerajaan negeri Kelantan berkenaan royalti sebanyak lima peratus setahun merangkumi hasil pengeluaran melibatkan onshore (daratan) atau offshore (lautan).

Tengku Razaleigh yang menandatangani perjanjian itu bagi pihak Petronas manakala Datuk Mohamad Nasir, MB Kelantan ketika itu bagi pihak kerajaan negeri Kelantan, kata Zaid.

Kerajaan Barisan Nasional menafikan hak berkenaan ke atas Kelantan apabila Menteri Penerangan, Datuk Seri Rais Yatim, memberitahu pemberian royalti minyak kepada negeri-negeri adalah bersifat ehsan dan belas kasihan Kerajaan Pusat, bukannya hak rakyat Kelantan atau rakyat mana-mana negeri.

Rais juga dikatakan berkata, kerajaan telah mengarahkan Petronas untuk menyanggah tuntutan Kelantan itu, namun hingga ke hari ini Petronas belum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Semua exco kerajaan negeri turut merakam ucapan terima kasih kepada ahli Parlimen Gua Musang yang tampil untuk keadilan semua pihak.

Bagaimanapun beberapa pemimpin Umno ketika diminta mengulas kenyataan Tengku Razaleigh enggan berbuat demikian dengan alasan belum melihat kenyataan tersebut.

“Saya akan cuba dapatkan sumber itu dulu, kemudian saya akan hubungi balik untuk beri ulasan,” kata salah seorang dari pemimpin Umno Kelantan ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider.

(TheMalaysianInsider)

UMNgOk Kata TGNA Bukan TG Tulen

Beberapa pemimpin Umno amat kesal dengan kenyataan "pergi jahanamlah Umno" oleh Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana ia datang daripada seorang pemimpin politik bertaraf ulama dan seorang tuan guru.

Yang lebih mereka kesalkan dan sedih ialah penolakan bulat-bulat Nik Abdul Aziz kepada usaha untuk berbaik-baik dengan Umno yang bagi mereka menunjukkan kesombongan dan sifat keterlaluan Menteri Besar Kelantan itu.

itu, mereka mahu Umno agar tidak beria-ia untuk bekerjasama dengan Pas kerana beranggapan bahawa semua ucapan Nik Abdul Aziz berhubung soal hendak berbaik-baik dengan kerajaan pusat hanyalah satu lakonan semata-mata.

Semua kenyataan pemimpin UMNgOk ini berpunca kerana apa yang mereka mahukan tidak menjadi nyata. Kenyataan TGNA cukup jelas bahawa kerjasama yang beliau maksudkan adalah atas dasar kerajaan pusat dan kerajaan negeri bukan antara parti dan parti tetapi pemimpin UMNgOk telah menunjukkan sifat bangang mereka.

Baru2 ini, TPM membuat kenyataan bangang akan membincangkan kenyataan TGNA yang sedia untuk bekerjasama demi kebaikan rakyat dalam mesyuarat tertinggi Umno.

Memang patut pun TGNA kata semacam tu kepada UMNgOk. Dah tak ada modal untuk melagakan jemaah dalam PAS serta untuk menggugat pemaufakatan dalam PR. Lagi kuat kamu 'menyerang' membabi - buta TGNA, maka makin jauhlah puaka2 kamu di hati majoriti rakyat Kelantan.

Majlis Fatwa Kebangsaan Kena Keluarkan Fatwa Isa

Majlis Fatwa Kebangsaan perlu mengeluarkan fatwa mengenai ISA. Ini kerana isu ini telah berulang kali diminta oleh Umat Islam agar dilihat di sudut agama. Namun fatwa itu hendaklah adil, bebas dari keterikatan dengan mana-mana pihak, dibahaskan secara saksama dengan kehadiran pakar perundangan, pihak berkuasa dan mangsa. Juga ahli-ahli politik yang bersetuju dan yang membantah perlu dijemput memberikan pandangan.

Penilaian adil perlu untuk panduan kerajaan. Malanglah jika isu-isu pinggiran dibincangkan sedangkan isu-isu besar yang membabitkan kepentingan umat ditinggalkan. Majlis Fatwa Kebangsaan menggunakan wang awam, maka pastikan faedahnya balik kepada awam secara jelas. Mesyuarat yang biasanya berlangsung di hotel-hotel yang hebat itu perlu mengeluarkan pandangan-pandangan yang hebat untuk kemaslahatan umum.

ini rakyat berbagai pendapat tentang ISA, berikan pandangan para mufti pula. Masakan mungkin mereka tidak peka, sedangkan semua rakyat berbicara. Saya secara peribadi semasa menjadi mufti telah mengeluarkan pandangan dalam Bulan Ramadhan lepas di Perlis, Kelantan, Kuala Lumpur dan berbagai tempat. Media tempatan telah berulang kali menyiarkannya. Kali ini kita menuntut pandangan rasmi agensi agama kerajaan pusat pula.

- Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Lampeter, UK.

(Minda Tajdid)

Mampat Rancakkan Usaha Legalisasi PR

Memang untuk Pakatan Rakyat berdiri sebagai sebuah badan gabungan parti politik yang mempunyai legitimasi undang2 sendiri mungkin akan mengambil sedikit masa, namun penubuhan Majlis Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat (Mampat) hasil dari mesyuarat pemuda Pakatan Rakyat semalam nyata membuka jalan yang lebih terang.

Dalam kenyataan alu-aluannya sempena penubuhan Mampat ini, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat menegaskan bahawa yang paling penting, Mampat harus tampil berperanan memimpin anak-anak muda negara ini bagi membina real politik baru dan masa depan negara yang lebih cemerlang.

Mampat, selain menjadi satu lagi batu asas ke arah pembentukan Pakatan Rakyat yang sah berdaftar, menurut Nasrudin bertujuan untuk meminimakan perbezaan yang berisiko membawa Pakatan Rakyat terjerumus ke kancah pertelingkahan dan percanggahan dalam sebarang tindakan.

Bagi merealisasikan hasrat ini, Nasrudin menambah, Mampat telah ditetapkan untuk bermesyuarat sebulan sekali, tetapi jika ada hal-hal tergempar dan segera, mesyuarat boleh sahaja dipanggil pada bila-bila masa. Kehadiran dari setiap parti untuk mesyuarat ini diputuskan seramai lima orang, yang mana ketua dan setiausaha dari setiap parti adalah ahli mesyuarat tetap.

Mesyuarat juga akan berfungsi untuk menyelaraskan semua tindakan bersama Pakatan Rakyat dan sekaligus akan mampu membentuk satu pasukan kerja yang kukuh dan padu dalam mendepani apa juga cabaran politik semasa.

Jelas, penubuhan Mampat bakal menjadi ruas kepada Pemuda BN. Bagi membuktikannya, maka segala aktiviti kepemudaan parti-parti dalam Pakatan Rakyat selepas ini haruslah dijenamakan semula sebagai aktiviti Mampat, tiada lagi aktiviti DPP, AMK atau DAPSY.

Agenda-agenda nasional yang sebelum ini digagaskan di peringkat pemuda parti masing-masing mestilah dipindahkan menjadi agenda nasional Mampat. Jika wacana ilmiah DPP – Pemuda Umno dilihat mampu menghasilkan kesudahan yang baik untuk rakyat, maka ia harus distruktur semula sebagai wacana ilmiah Mampat – Pemuda BN.

(Sumber: TheMalaysianInsider)

28 July 2009

Kenyataan Media Setiausaha Agung PKR

Pada 1 Ogos 2009 Sekretariat Himpunan MANSUH ISA menganjur satu himpunan besar-besaran. Perhimpunan ini adalah untuk menyatakan sikap rakyat Malaysia terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Protes rakyat menentang akta ganas dan zalim sudah sekian lama dan sentiasa berterusan.

Penggunaan ISA adalah sesuatu pencemaran keadilan undang-undang dan keluruhan perlembagaan Malaysia. Akta ISA ini adalah tiket jahat untuk kerajaan Umno/BN memastikan mereka terus berkuasa. Kerajaan Umno/BN boleh menangkap sesiapa sahaja secara sesuka hati, kerajaan Umno/BN boleh menahan seseorang tanpa waran, tanpa bicara dan tanpa hak peguam. ISA juga membenarkan kuasa yang luas, arbitrari dan tidak boleh dicabar mahkamah menyebabkan berlakunya pelbagai penyeksaan dan deraan fizikal juga mental.

Parti Keadilan Rakyat sangat menghormati prinsip keadilan sebagai hak asasi manusia. Parti Keadilan Rakyat menjunjung tinggi nilai kemanusiaan sejagat. Oleh itu,Parti Keadilan Rakyat menyokong penuh perhimpunan rakyat yang akan dianjurkan untuk menyatakan penentangan terhadap ISA yang jelas zalim dan sering kali disalahgunakan oleh kerajaan Umno / BN.

Pada 1 Ogos 2009 Parti Keadilan Rakyat akan bersama-sama rakyat menyertai Himpunan MANSUH ISA. Semua pimpinan tertinggi, anggota Parti akan hadir bersama Ketua Umum Parti, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyertai perhimpunan aman menyatakan sokongan kepada pihak penganjur dan menyatakan pendirian Parti yang menentang undang-undang zalim.


DATO' SALEHUDDIN HASHIM
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat

PKR: Jawatankuasa Siasatan Beng Hock Sia2

PKR menyifatkan langkah kerajaan mebentuk jawatankuasa siasatan ke atas kematian setiausaha politik kepada exco Selangor, Teoh Beng Hock adalah satu usaha sia2. Naib Presiden Sivarasa Rasiah dalam satu kenyatan media hari ni berkata mana2 jawatankuasa siasatan, atau inkues, yang ditubuhkan kerajaan tidak pernah mensabitkan kesalahan pada mana2 individu.

"Inkues pernah diwujudkan untuk menyiasat kematian dalam tahanan namun ia gagal untuk mengenal pasti pesalah dalam 104 kes kematian yang berlaku sejak 2003 mahupun menghasilkan laporan siasatan yang adil dan kukuh," kata Sivarsa, yang juga seorang peguam.

Menurut Sivarasa, jawatankuasa kecil itu tidak menyiasat dengan betul kerana hanya bergantung kepada bukti yang disediakan polis dan saksi yang polis tampilkan. Beliau juga turut mempersoalkan perlantikan koroner Azmil Muntapha Abas mengepalai inkues ini. Sivarasa berkata Azmil tidak mempunyai rekod kewibawaan yang setanding dengan tokoh2 perundangan yang lain.

"Azmil tidak setanding dengan personality-personaliti sebagai yang dilantik dalam Suruhanjaya Diraja menyiasat serangan terhadap DSAI. Tokoh terbabit iaitu Tan Sri Anuar Zainal Abidin dan Datuk Mahadev Shankar Berjaya mengenalpasti penyerang dalam kes itu," kata Ahli Parlimen Subang itu lagi.

Sivarasa menggesa kerajaan supaya memperluas skop siasatan suruhanjaya diraja yang ditubuhkan untuk menyiasat teknik soal-siasat SPRM dalam kes kematian Teoh Beng Hock.
Beliau berkata kuasa luas yang dinikmati oleh Suruhanjaya Diraja jauh lebih berkesan untuk mengenalpasti pesalah kerana mana-mana agensi tidak boleh menyekat sebarang maklumat dari pengetahuan suruhanjaya.

Sivarasa walaubagaimanapun berkata sekatan kerajaan keatas skop siasatan Suruhanjaya menguatkan presepsi bahawa pemerintah cuba menyembunyikan sesuatu dalam kes Beng Hock.

"Satu suruhanjaya diraja bebas adalah satu alat yang berkuasa untuk menyediakan sekatan dan imbangan dalam satu sistem kerajaan demokratik. Menyediakan satu suruhanjaya diraja biasanya adalah satu permainan politik oleh kerajaan bagi menyiasat satu isu kontroversi," tegas Sivasara.

(TVA)

Cubaan Menggagalkan Himpunan GMI

Nampaknya 'sabotaj' ke atas perhimpunan GMI telah semakin terserlah. Hari ini Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata, perhimpunan itu dikhuatiri menimbulkan ketegangan dan mengancam keselamatan awam. Polis akan bertemu dengan GMI petang esok untuk memaklumkan perkara yang sama. Polis juga, katanya, akan mengadakan sekatan jalanraya 2 hari lebih awal dan akan menahan bas2 disyaki membawa pesertai ke perhimpunan itu.

Ahli Parlimen Pasir Mas Brahim Ali memberi amaran 'huru-hara' mungkin berlaku pada 1 ogos. Brahim memberi amaran, "batalkan demonstrasi atau bersedia bertembung dengan armada Perkasa".

Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (MAGARAN) memberi kata dua kepada GMI agar membatalkan himpunan anti-ISA Sabtu ini. "Jika GMI berdegil, maka MAGARAN juga akan turun berdemonstrasi di jalan raya untuk mengokong ISA pada jam 11 pagi. MAGARAN memberi amaran kepada GMI agar jangan bertindak bodoh mendesak kerajaan menghapuskan satu akta yang telah terbukti dapat menjamin keamanan negara".

MAGARAN ini satu pertubuhan yang kelahirannya penuh misteri. Kononnya mereka mewakili 56 organisasi NGO pelbagai kaum, tapi tak pula di perincikan butirannya. Tetiba sahaja wujud bersama-sama puaka2 mereka demi untuk mengampu KERAjaan UmNgokBN.

Kenapa beria-ia pula mereka2 ini untuk meyokong ISA yang diwarisi dari penjajah? Jadi, kita boleh menilai siapa sebenarnya dalang yang mahu wujudkan ketegangan dan huru-hara demi untuk menggagalkan himpunan MANSUHKAN ISA ini. Dah nampak semacam 'gangster' cara mereka2 ini hanya untuk mempertahankan 'akta zalim pusaka penjajah'.

UmNgokBN berkuasa selama ini bukan kerana untuk ketuanan Melayu tetapi ketuanan mereka sendiri. Jika British gunakan akta ISA ini untuk menangkis kuasa Kominis sahaja, nyatalah British lebih berhati perut dari UmNgok yang Melayu Islam.

UmNgok menggunakan pula akta tersebut terhadap rakyat Malaysia sendiri yang kebanyakkan tahanan tersebut adalah Melayu Islam yang sudah lama bebas merdeka tetapi dijajah oleh akta zalim ini. Semuanya ini adalah semata-mata demi Agama (mulut mereka), Bangsa (bahu mereka) dan Negara (perut mereka).....

ISA adalah senjata terakhir UmNgokBN untuk menutup mulut para penentangnya. Akta inilah akta yang paling digeruni oleh pejuang demokrasi diseluruh dunia. Kuasa pemerintah akan berpaut kepada akta ini apabila hayat politik mereka semakin menghampiri 'kematian'.




Produk Masih Laku Tapi Salesman Tidak Bijak?

Apabila Datuk Seri Dr Zahid Hamidi berkata isu pembangunan bukan lagi isu yang “laku” saya teringat cerita salesman syarikat Triumph. Penjual baju dalam wanita atau bra yang terkenal di Eropah. Awal tahun 50an, syarikat itu menghantar salesman ke Afrika memperkenal produk baru bra keluaran Triumph.

Sebaik sahaja kapalnya sampai ke pelabuhan, salesman itu tergesa-gesa menghantar teleks ke ibu pejabat di London, “hantar saya balik, saya akan buang masa di sini kerana wanita Afrika tidak memakai bra”. begitulah bunyi teleks salesman itu.

beberapa bulan seorang pengurus baru mengambil alih marketting division syarikat Triumph. Syarikat sekali lagi menghantar seorang Salesman. Kali ini seorang yang lebih muda, lebih bersemangat dan baru berkerja. Sebaik sahaja sampai ke pelabuhan, salesman itu terus hantar teleks “Hantar 2 kontainer bra, saya akan memperkenalkan baju kutang kepada wanita Afrika”.

Satu situsasi yang sama tetapi salesman yang pertama melihatnya sebagai masalah. Manakala salesman kedua melihatnya sebagai satu peluang.

Menurut Datuk Seri Dr Zahid, isu pembangunan yang lumrahnya dijadikan isu semasa kempen pilihan raya tidak lagi mendapat sambutan. Istilah yang beliau gunakan “can no longer sell well”. Pengundi hari ini menurut Dr Zahid, bertanggapan bahawa menyediakan kemudahan dan pembangunan adalah tanggungjawab kerajaan, oleh itu mereka tidak seharusnya terhutang budi kepada kerajaan.

Oleh itu katanya, pendekatan terbaik ialah pemimpin UMNO mesti kerap bertemu dengan rakyat biasa, mendengar masalah mereka dan berusaha mencari jalan penyelesaian. Beliau berkata demikian dalam ucapannya merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan UMNO bahagian Sungai Besar.

“pemimpin boleh membantu mereka mendapatkan bantuan kerajaan untuk pertanian mereka atau perniagaan kecil mereka, serta membantu golongan yang miskin mendapatkan biasiswa untuk anak-anak mereka.”

Apa yang dikatakan Dr Zahid itu memang benar kerana hari ini rakyat semakin bijak terutama pengundi muda. Apabila mereka mendapat biasiswa, mereka akan kata itu adalah hak mereka sebagai rakyat yang layak dan sebagai rakyat yang membayar cukai. Wang biasiswa bukan wang UMNO atau BN.

Demikian halnya dengan perbelanjaan pembangunan yang merupakan perbelanjaan kerajaan yang memerintah. Malah ada yang kurang senang dengan signboard “Projek Barisan Nasional” disetiap projek-projek kerajaan yang sedang dilaksanakan. Golongan muda dan pengundi baru mengatakan ayat sesuai sepatutnya “projek kerajaan Malaysia”. Ini kerana perbelanjaan membuat projek bukan wang Barisan Nasional tetapi wang kerajaan Malaysia.

Memang benar. Jika kerajaan yang memerintah itu bukan parti UMNO dan BN, kerajaan juga akan melaksanakan tanggungjawab membangunkan negara dan rakyatnya. Hanya barangkali keutamaan pembangunan itu akan berbeza. Pada kebiasaannya, mengikut keperluan rakyat yang mendokong perjuangan parti yang memerintah.

Dalam hal ini kelihatan pemimpin UMNO kurang bijak menjual isu pembangunan itu. Ramai yang memberi gambaran seolah-olah jika UMNO dan BN tidak memerintah, maka pembangunan tidak akan dilaksanakan. Sepatutnya mereka menjelaskan jika parti memerintah itu tidak bertunjangkan kekuatan politik Melayu, pembangunan kerajaan mungkin tidak akan memberi keutamaan kepada bangsa melayu dan bumiputra.

Dasar Buku Merah dan pembukaan tanah-tanah baru melalu skim FELDA dan sebagainya adalah bukti kepimpinan UMNO memberi keutamaan kepada orang Melayu dan bumiputra.
Itu cerita dulu. Sekarang apakah dasar kerajaan yang membantu bangsa Melayu dan bumiputra? Di sinilah perlunya kebijakan si penjual atau salesman menjelaskan dasar-dasar dan falsafah UMNO yang diterapkan menjadi dasar kerajaan. Makanya pembangunan masih merupakan isu yang relevan, hanya penjelasan dari sudut yang senang dan mudah difahami rakyat.

Oleh itu saya mencadangkan pemimpin UMNO yang bertaraf Phd seperti Dr Zahid perlu lebih banyak mengadakan kursus kepada kepimpinan UMNO disemua peringkat. Pendekatan yang baru memang baik tetapi isu pembangunan masih advantaj kepada UMNO dan BN.. Fikir-fikirkanlah…

Oleh: MUSLI OLI
(sabahkini)

Tambang Teksi Di Kelantan Kekal

Para pengguna teksi di Kelantan mungkin boleh bernafas lega kerana tambang teksi di negeri itu akan kekal dengan harga lama buat masa ini walaupun kerajaan mengumumkan harga tambang teksi akan dinaikkan.

Pengerusi Persatuan Kebajikan Pemandu Kelantan (PKDK), Hussein Awang, berkata, kesemua pemandu teksi (kereta sewa) Kelantan bersepakat mengekalkan kadar lama walaupun kadar baru telah ditetapkan.

Tujuan PKDK mengambil langkah demikian ialah bagi menarik minat lebih ramai para pengguna menggunakan perkhidmatan teksi di negeri ini yang mana peratusnya adalah terlalu kecil dibandingkan dahulu.

“Sekurang-kurangnya mereka juga tidak merasai beban kesan daripada kenaikan harga tambang pengangkutan awam apabila ada alternatif lain baginya,” jelas Hussein.

Bagaimanapun, dalam pada itu beliau berkata, kesemua pemandu atau pemilik permit perkhidmatan pengangkutan teksi di negeri ini yang berjumlah kira-kira 2,140 orang merakam ucapan terima kasih kepada kementerian terbabit di atas pengumuman kadar baru tersebut.

Kenaikan sehingga 30 peratus kadar baru tambang pengangkutan awam meliputi bas ekspres, bas henti-henti, teksi atau kereta sewa diumumkan Menteri di Jabatan Perdana, Datuk Seri Mohammad Nazri Aziz, dua minggu lepas akan bermula pada Ogos 1 ini.

Kali terakhir kadar tambang pengangkutan awam dinaikkan ialah pada Mei 2005. Sebelum itu kenaikan juga berlaku pada tahun 2000.

Biarpun dari segi moralnya, langkah itu dilihat bertentangan dengan usaha kerajaan, namun berasaskan faktor ekonomi semasa berhadapan dengan kekangan kadar inflasi tindakan sebaliknya itu wajar dinilai dalam dimensi positif.

Sementara itu, tindak balas masyarakat dalam tinjauan The Malaysian Insider mempertikaikan kenaikan itu dan dianggap melampau. Ia tidak sesuai dengan masanya kerana ia membebankan golongan berpendapatan rendah yang sentiasa menggunakan perkhidmatan berkenaan.

Bahkan, turut menjadi kerisauan bagi mereka apabila akan terdapat pihak tertentu cuba mencuri kesempatan turut menaikkan harga barang seperti mana lazimnya berlaku sebelum ini.

(TheMalaysianInsider)

27 July 2009

‘Melepaskan Ibrahim Ali tersepit’

"Ibarat membebaskan Ibrahim Ali tersepit". Itulah peribahasa baharu yang diperkenalkan untuk anggota Parlimen Pasir Mas itu. Ia adalah kemuncak kepada kemarahan para penyokong Pakatan Rakyat kepada beliau ekoran kenyataan dan tindakan beliau sejak akhir-akhir ini.

Yang terbaru ugutan beliau terhadap para penyokong perhimpunan besar-besaran mansuhkan ISA Ogos 1 ini. Ibrahim memberi amaran, "batalkan demonstrasi atau bersedia bertembung dengan armada Perkasa."

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) telah mengumumkan perancangan mereka untuk mengadakan demonstrasi Mansuhkan ISA pada Ogos 1, 2009 nanti di ibu kota Kuala Lumpur. Demonstrasi ini antara lain bertujuan untuk menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agung bagi memohon campurtangan dalam usaha memansuhkan akta tersebut.

Setakat ini GMI telah mendapat sokongan dari pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan parti-parti politik, kesemuanya parti politik pembangkang, kecuali kesediaan mengejutkan yang disuarakan oleh Pemuda Gerakan, salah sebuah komponen parti pemerintah BN.

Presiden Pertubuhan Perkasa Pribumi Negara (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali, yang juga bekas tahanan ISA telah keluar dengan kenyataan kata duanya kepada GMI, batalkan demonstrasi atau bersedia bertembung dengan armada Perkasa.

Mengulas isu ini, Rizan Haji Ali, Setiausaha PKR Bera, menyifatkan tindak-tanduk Ibrahim Ali ini tidak lebih sekadar melontar idea songsang dalam usaha mencari populariti untuk dirinya sendiri.

Kebelakangan inipun, tambah Rizan, Ibrahim Ali cuba kembali mewarnai persada politik negara dengan seringkali “secara gedebenya” mengeluarkan kenyataan-kenyataan keras, yang secara jelas kuat berbau perkauman, dengan niat yang sama, mencari populariti.

Maka, menurut Rizan, tidaklah menghairankan bila kebelakangan ini juga Ibrahim Ali kerap diberi ruang oleh akhbar Utusan Malaysia, akhbar yang diketahui umum mempunyai kepentingan Umno.

Bagi Rizan betullah peribahasa baharu yang selama ini didengarnya, “ibarat melepaskan Ibrahim Ali tersepit.” Beliau ternyata dalam keadaan tersepit sekarang kerana sudah lelah menjadi Ahli Parlimen Bebas, terus memasuki Umno bermakna beliau akan disahkan sebagai “katak” tersohor, sementara kalau berpaling kepada Pakatan Rakyat, seperti menjilat dan menelan kembali kahaknya.

Tindakan dan suara-suara dari Ibrahim Ali kebelakangan ini termasuklah tentangannya terhadap rancangan demonstrasi oleh GMI, ulas Rizan lagi, dilihat seumpama langgam “ayat mengorat” Ibrahim Ali supaya beliau sekali lagi dilepaskan Umno dari kedudukan tersepitnya kini. Soalnya apakah Umno akan tergoda kali kedua?

Rizan bersyukur kerana selepas menang sebagai Ahli Parlimen Pasir Mas dalam pilihanraya umum yang lepas, Ibrahim Ali tidak mengambil keputusan menyertai PAS atau PKR, kerana dengan latar belakang terkenal Ibrahim Ali dari hal lompat-melompat parti memungkinkan untuk beliau menjaja jawatan Ahli Parlimen Pakatan Rakyatnya dalam “political barter trade.”

Jika ini berlaku, jelas Rizan ia sudah tentu memalukan Pakatan Rakyat, kerana Pakatan Rakyat akan dilihat sebagai tidak belajar dari sejarah dan lupa peribahasa “melepaskan Ibrahim Ali tersepit."

(MalaysianInsider)

Cara Tok Him Bermain Politik

Sebagai warga Pasir Mas, saya merasakan satu kesilapan besar seandainya saya tidak menegur Ahli Parlimen kawasan saya iaitu saudara Dato' Paduka Ibrahim Ali atau lebih mesra di kawasan kami dengan gelaran Tok Him.

Kemanakah sebenarnya arah tuju perjuangan Tok Him dalam politik? Selepas sahaja beliau di tendang keluar daripada UMNO, karier politiknya terus menjadi gelap. Sebelum beliau 'memperkudakan' PAS Kelantan, beliau tetap tidak ketinggalan untuk bersaing dengan calon2 lain bertanding dalam PRU. Namun pada masa itu, Tok Him yang menggunakan 'tiket bebas' sememangnya 'tidak berharga' bagi rakyat Kelantan terutamanya warga Pasir Mas.

Entah bagaimana cara beliau guna hinggakan PAS Kelantan di bawah pimpinan TGNA boleh 'mempercayai (cair)' beliau dengan memberi laluan mewakili PAS untuk bertanding di Parlimen berkenaan walau hanya menggunakan 'tiket PAS' semata - mata. Beliau mendapat restu untuk bertanding 1 lawan 1 dengan calon BN pada PRU-12 lepas.

PAS Kelantan pada masa itu telah mencatat sejarah di mana politik yang 'berajakan Ringgit Malaysia (RM)' telah di gunakan tanpa di sedari. Ini berpunca daripada 'politik sonsang' yang di bawakan oleh Tok Him yang menjadikan RM sebagai 'senjata utama' dalam berpolitik.

Bermula dari situ saya sudah dapat merasakan bahawa Tok Him ada 'agenda tersendiri'. Warga Pasir Mas yang terdiri daripada penyokong PAS pada masa itu sudah pandai 'bercerita' pasal habuan RM. Sehinggakan ada antara mereka sudah berani untuk mengugut "kalau tak bagi kat aku RM, malaslah aku keluar mengundi. Mana boleh jadi, kamu dapat, aku tak dapat". Sedangkan PAS tidak pernah menggunakan cara berpolitik yang sebegini.

Saya memang tabik kepada Tok Him dari segi seorang yang pemurah. Beliau boleh di katakan seorang yang sememangnya 'kaya'. Tapi, pemurah pun biarlah kena pada tempatnya. Mungkin ketika itu beliau ada alasan tersediri, iaitu cara yang sebegini 'wajib' di gunakan bagi mengalahkan lawan dari BN yang sememangnya sudah sinonim dengan cara yang sebegini. Tapi bagi saya jelas, cara yang sebegini merupakan satu 'virus' kepada PAS.

Bila Tok Him berjaya memenangi kerusi parlimen Pasir Mas, beliau sudah mula 'mudah lupa' (sama seperti bosnya Che Det) bahawa tempat yang beliau duduk itu adalah 'ehsan' daripada PAS. Beliau dengan 'tegasnya' menyatakan yang beliau tidak 'terikat' dengan mana2 parti politik. Beliau 'bebas'... Bila sesi sidang dewan parlimen bermula, beliau dengan lantangnya 'menyelar' tidak kira sebelah mana sekali pun demi untuk kepentingan rakyat
(mengikut fahaman beliau).

Dari situ, PAS Kelantan telah merasakan bahawa Tok Him sememangnya masih 'berjiwa UMNO' sebenarnya, dan satu kesilapan telah berlaku di mana PAS telah memberi laluan 'clear' kepada Tok Him di Parlimen Pasir Mas. Saranan agar Tok Him meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Pasir Mas mula kedengaran dari pelbagai pihak bermula dari pimpinan PAS Kelantan, warga Pasir Mas sendiri dan seluruh rakyat Malaysia. Namun Tok Him buat 'pekak badak' sahaja.

Semasa PRK DUN Manek Urai baru2 ini, Tok Him tanpa selindung lagi telah menonjolkan bahawa beliau masih tergila - gilakan UMNO. Beliau telah mengambil posisi dengan membantu calon dari BN. Pengerusi Kelab Veteran PAS Terengganu, Ustaz Kassim Ahmad mendedahkan bahawa Ahli Parlimen Pasir Mas, Dato’ Ibrahim Ali telah mengetuai dalam urusan pembahagian wang dari BN yang bernilai hampir RM100 juta.

Ustaz Kassim berkata, "saya telah didatangi oleh seorang tuan punya bengkel kereta yang muda, katanya beliau bersama-sama golongan pemuda seramai lebih kurang 30 orang didatangi oleh Yang Berhormat Ahli Parlimen Pasir Mas, saudara Ibrahim Ali, rupa-rupanya beliau (Ibrahim Ali) mengetuai pembahagian wang, tiap2 seorang ahli (pemilik) bengkel itu memperolehi RM300".



ADUN Manek Urai, Abe Uji telah mengesahkan dakwaan Ustaz Kassim keatas Tok Him. Menurutnya, Tok Him telah menjalankan kegiatan mengagih-agihkan wang tersebut terutamanya di Peti Undi Laloh (bawah jagaan Tok Him).Beliau membawa 2 butir bag berisi wang untuk diagih-agihkan.

Nilai pembahagian wang tersebut bukan hanya RM300, bahkan RM3000 dan hingga mencapai RM10,000, terutamanya kepada 'kepala2'. Cara pembahagian wang tersebut bukan rumah kerumah tetapi Tok Him akan mencari seorang 'kepala' (ketua) dan meminta ketua itu membawa pengundi kedalam kawasan kebun getah atau belukar berhampiran.

Abe Uji berkata, "Trend (kaedah) dia kali ini, bukan 'style' (cara) pergi kerumah orang, (tapi) style di panggil kedalam 'rok' getah, kut dalam 'rok', pergi jumpa dengan dia (Tok Him). Dia (Tok Him) cari seorang kepala, dia tunggu di dalam rok mana2, (kepala) bawa mari 10 orang, dia akan bayar hok kepala lebih sikit, orang rakyat (bawahan) ni ada (terima) RM300, 500 dan ada RM1000".

Yang terbaru, Tok Him akan menggunakan platform PERKASA dan PEWARIS bagi membuat sesuatu tindakan yang 'menentang arus' pada abad ini. Beliau akan mengetuai perhimpunan yang 'mengklon' dari Gerakan Mansuhkan ISA (GMI). Tetapi beliau memilih untuk 'mengampu' kerajaan dengan menyatakan sokongan kepada kerajaan agar mempertahankan Akta Keselamatan Dalam Negeri ISA.

Tindakan Tok Him kali ini bukan sahaja bakal di tonton oleh Rakyat Malaysia, malah di seluruh dunia. Di jangkakan, wartawan dari luar negara akan berada di setiap lokasi perhimpunan berkenaan.
Kita sama2 lihat, perhimpunan anjuran siapa yang sebenarnya yang mewakili 'suara rakyat'.

Bersiap sedialah wahai Tok Him untuk kamu membuat seusatu perkara yang 'terkebelakang' di abad ini dan semakin ramai lagi rakyat yang akan 'membenci' kamu. Jangan terkejut seandainya kamu terlihat katak juga akan menghadirkan diri bersama - sama kumpulan kamu dalam perhimpunan nanti....

Inilah cara Ahli Parlimen Pasir Mas, saudara Dato' Paduka Ibrahim Ali berpolitik......

BN Mula Bergelora?

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek membidas Presidennya, Datuk Seri Ong Tee Keat kerana berterusan menimbulkan suasana tidak menentu dalam parti dengan mendakwa ada pihak cuba menjatuhkannya.

Dr Chua berkata, "Ong seharusnya lebih memfokuskan kepada usaha mengukuhkan parti dan tanggungjawabnya sebagai Menteri Pengangkutan. Tapi sampai sekarang beliau asyik bercakap yang ada orang cuba menjatuhkannya atau mengugut untuk membunuhnya. Kalau betul ada apa diperkatakannya itu, beliau harus membuat laporan kepada polis atau memberitahu rakan Kabinetnya. Saya pasti beliau akan dibantu,".

Apakah ini adalah tindak balas daripada kemasukan Dato' Chua Jui Meng ke dalam PKR baru2 ini? Jadi, langkah yang telah di ambil oleh Dato' Chua itu adalah langkah yang terbaik. Kita sama2 tunggu dan lihat, apa pula yang akan jadi kepada MIC. Dalam Buletin Utama TV3 Suku malam tadi betapa egonya sang Presiden MIC ini, Samy Vellu. Beliau ni samalah perangainya dengan pemimpin2 utama dalam UMNO. Ego tak habis2......


26 July 2009

Ean Yong Dan Ronnie Liu Buat Laporan Polis

Exco Selangor Ean Yong Hian Wah dan Ronnie Liu Tian Kiew memfailkan laporan polis terhadap satu laman blog yang mendakwa mereka memaksa mendiang Teoh Beng Hock melakukan jenayah.

Bercakap kepada media di Ibu Pejabat Polis Shah Alam, Ean Yong yang juga majikan kepada mendiang meminta orang-ramai untuk tidak mempercayai blog itu kerana maklumat yang disediakan adalah salah dan boleh mengelirukan.

"Laman web yang tidak bertanggungjawab itu cuba dikaitkan dengan kematian Teoh Beng Hock dengan tekanan yang diberi oleh saya dan Ronnie Liu, untuk memaksa beliau menjalankan aktiviti- aktiviti yang menyalahi undang- undang. Ini semua adalah tidak benar kerana Teoh Beng Hock tidak pernah bekerja dibawah Ronnie Liu dan Teoh juga tidak terlibat dalam hal ehwal peruntukan DUN sungai Pelek," ujar Ean Yong

"Kita juga mendapat maklumat bahawa ada pihak tertentu sedang merancang satu komplot untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Mereka sanggup berbuat apa saja termasuk menggunakan jentera- jentera kerajaan diantara DAP, PAS dan PKR," tambahnya lagi.

Beng Hock ditemui mati dipercayai terjatuh dari tingkat 14 ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pada Khamis lalu. Mendiang dipanggil sebagai saksi dalam satu operasi besar-besaran agensi itu terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Selepas disoal-siasat selama lebih 10 jam tanpa henti, mayat mangsa ditemui di bumbung bangunan bersebelahan Plaza Masalam yang menempatkan ibupejabat SPRM kira-kira jam 1.30 petang.

Polis mengklasifikasikan kematian Beng Hock sebagai kematian mengejut, namun Pakatan Rakyat menuduh mendiang adalah mangsa serangan sistematik Umno-BN terhadap kerajaan Selangor.

Pada 23 Julai lalu, blog 'Truth for Teoh Beng Hock' muncul di laman maya dan mencetuskan kontroversi dengan rencana yang menuduh Ean Yong dan Ronnie Liu memaksa mendiang menyelewang wang ringgit dari peruntukan kerajaan negeri.

Ronnie dikatakan Adun Sungai Pelek dan blog itu turut memaparkan dokumen membutirkan 84 projek mencecah RM200,000 yang diluluskan Ronnie Liu kepada pembantunya Wong Chuan How di Dun Sungai Pelek.

Ronnie menjelaskan pengagihan peruntukan kerajaan negeri telah direkodkan dan dokumen menunjukkan maklumat di blog itu adalah palsu. Antara tuduhan berniat jahat yang disebutkan Ronnie adalah peruntukan RM1,000 untuk sambutan Tahun Baru Cina pada September 2008 dan peruntukan RM1,000 untuk hadiah hamper kepada ketua-ketua kampung di Seberang Perai.

Exco Kerajaan Tempatan itu menjawab tuduhan ini jelas sekali berniat jahat kerana Tahun Baru Cina disambut antara Januari dan Mac setiap tahun dan bukan pada bulan September. Manakala peruntukan hamper untuk ketua-ketua kampung juga mustahil kerana pegawai daerah dun tertentu tidak mungkin meluluskan peruntukan untuk dun lain, inikan pula dun di negeri lain.

Selain itu, blog itu turut mendakwa Ronnie Liu memperuntukkan RM10,000 kepada Wong untuk sambutan perayaan Deepavali 2008, namun kalendar menunjukkan Deepavali bagi tahun tersebut jatuh pada 28 Oktober.

Ditambah pula dengan kesungguhan blog itu mengaitkan pembantunya dalam penyelewengan ini, tuduhan-tuduhan ini seraya mengkaburkan lagi motif blog tersebut. Dun Sungai Pelek yang kontroversi ini adalah kerusi Dewan Undangan Negeri yang dikuasai wakil rakyat Barisan Nasional, Yap Ee Wah.

"Saya sebenarnya tidak mahu buat laporan polis kerana saya sudah tidak percaya kepada polis dan SPRM. Tetapi rakan- rakan saya berpendapat lebih baik buat laporan untuk mengekang musuh politik memutarbelitkan fakta dengan mengatakan saya takut dan menyembunyikan sesuatu. Sebab itu saya datang buat laporan hari ini," kata Ronnie.

"Saya difahamkan, walaupun tidak mendapat laporan SPRM sudah mula sisatan perkara ini. Nampaknya SPRM sekali lagi menunjukkan ketangkasan mereka dalam menjalankan tugas. Walaupun tidak mendapat laporan. Tetapi kami taidak mahu dengar kes ini tidak boleh disiasat kerana blog ini diwujudkan di Amerika," bidasnya.

Turut hadir memberi sokongan kepada kedua- dua exco kerajaan negeri ini adalah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad. Beliau membidas UMNO Barisan Nasional yang rakus berusaha untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri ini.

(TVA)

Pemuda Pakatan Dan GMI Tetap Adakan Himpunan 1 Ogos

Pemuda Pakatan Rakyat dan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) tetap dengan pendirian akan mengadakan perhimpunan aman bagi menyatakan aspirasi rakyat supaya kerajaan Barisan Nasional memansuhkan akta zalim ISA.

Pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh, meminta orang ramai yang ingin menyertai perhimpunan 1 Ogos ini berpakaian hitam atau merah dan bukanya putih. Pakaian putih kata beliau hanya akan digunakan oleh golongan pro ISA yang mengelar diri mereka Pewaris yang turut akan mengadakan perhimpunan pada hari yang sama tetapi bertujuan meminta kerajaan BN mengekalkan akta itu.

Menurut Syed Ibrahim, GMI tidak akan meminta permit Polis kerana termaktub dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan rakyat berhak berhimpun secara aman.

"Berhubungan dengan perhimpunan kitam kita tegaskan semula berhimpun ditiga tempat iaitu di Sogo, Masjid Jamek dan Masjid negara dan kita akan menyerahkan deklarasi rakyat kepada Istana Negara. Kita serius dalam menyampaikan deklarasi ini dan kita telahpun membuat temujanji dengan Istana Negara dan kita telah menyerahkan surat temu janji baru-baru ini.

Sementara itu pemimpin PAS,Salahuddin Ayub berkata, beliau berharap Perdana Menteri Najib Razak memansuhkan akta zalim berkenaan sebagai menunjukkan beliau komited dengan laungan 1 Malaysia rakyat diutamakan.

"Saya nak sebut pada petang ini ialah Perdana Menteri Najib Razak komited dengan slogan 1 Malaysia dan rakyat diutamakan saya tegaskan bahawa masanya Najib mengambil keputusan memansuhkan terus akta yang zalim ini.

"Apa yang GMI telah rancang ini adalah tindakan mengatasi politik tidak ada kena mengena dengan parti politik, tiada kepentingan mana-mana pihak. Apa yang kita buat pada 1 Ogos ini ialah untuk kepentingan dan masa depan generasi Malaysia," katanya.

Ketua Penerangai PKR Tian Chua berkata, selagi ISA tidak dimansuhkan, apa juga isu yang dibangkitkan rakyat akan ditutup oleh kerajaan dengan cara menggunakan akta berkenaan.

Katanya, Najib perlu mengambil keputusan memansuhkan akta ini kerana banyak parti komponen BN telah menyuarakan hasrat supaya akta berkenaan dimansuhkan.

"Banyak isu-isu yang berlaku kebelakangan ini ada kaitan dengan kuasa yang dipegang oleh kerajaan menggunakan ISa, satu akta yang membenarkan tahanan tanpa bicara terhadap sesiapa. Pa pun isu masyarakat yang kita bangkitkan akan ditutup kerana kerajaan mempunyai kuasa ISA.

"Bekas Perdana Menteri setuju bahawa ISA patut dimansuhkan dan ada banyak lagi parti komponen Barisan Nasional telah menyatakan perkara yang sama termasuk MCA, PPP, Gerakan kita juga mengharap ini bukan perhimpunan yang dihadiri oleh NGO dan rakyat tetapi anggota Barisan Nasional juga dimobilisasikan menyertai perhimpunan aman ini," katanya.

Sementara itu, wakil DAP Ronnie Liu berkata, perhimpunan aman berkenaan merupakan cara rakyat membantu kerajaan untuk membuat keputusan sama ada untuk mengkaji semula atau memansuhkan akta berkenaan.

Perhimpunan berkenaan diadakan bagi menghantar deklarasi kepada Istana Negara untuk memansuhkan ISA, membebaskan tahanan ISA dan menutup Kem Tahanan Kemunting turut disertai oleh Pemuda Gerakan.

(TVA)

25 July 2009

Lagi Tamparan Buat UBN

Dalam sibuk2 kita menceritakan suasana politik negara kita yang menjadi bertambah panas kebelakangan ini, sedar atau tidak sekarang juga adalah musim 'penghijrahan' ahli2 UBN yang diantara mereka pernah menjadi pemimpin dalam kerajaan. Biarlah ada pihak yang mengatakan mereka2 ini adalah 'sampah' dalam UMNO. Bagi saya, kehadiran mereka ke dalam PKR adalah satu 'tamparan hebat' kepada UBN.

Kita perlulah menilai rentetan yang berlaku bermula daripada desas-desus yang mengatakan kerajaan Malaysia akan bertukar pada 16 Sept. Pada masa itu betapa huru-haranya mereka (UBN). Sampaikan mereka terpaksa menghantar Ahli2 Parlimen mereka ke Taiwan untuk mengelak kononnya akan 'melompat' kepada PR terutamanya PKR. Namun apa yang berlaku Adun daripada PR yang melompat walaupun bukan masuk ke dalam UBN, mereka mampu 'menggulingkan' kerajaan Perak.

Betapa hebatnya cara mereka (UBN) berpolitik. PR hanya 'bercakap kosong', UBN dalam senyap2.., terus gulingkan kerajaaan Perak. Dalam isu ini, graf populariti PR semakin melonjak, tapi apa jadi dengan UBN? Kalau mereka yakin, nescaya mereka berani membubarkan DUN Perak bagi melenyapkan 'kecelaruan politik' yang melanda rakyat di sana.

Sekarang, walaupun mereka yang melompat sudah tidak menjadi pemimpin dalam kerajaaan, namun 'pengaruh' yang mereka ada akan menjadi 'platform' kepada penyokong2 mereka untuk turut sama menyertai PR terutamanya PKR. Bila mereka sudah masuk, mereka boleh membezakan antara cara PKR dan UMNO berpolitik, mana yang lebih orang kata 'up to date' dan mana satu sebenarnya yang mendahulukan rakyat?

Hari ini Bekas Naib Presiden MIC Datuk SS Subramaniam hari ini menjadi tokoh terbaru menyertai PKR, seminggu selepas mantan Menteri Kesihatan Chua Jui Meng, sekali gus mencerminkan parti itu (PKR) adalah parti yang semakin didokong oleh pelbagai kaum di bawah gagasan PR. Adik beliau (Subramaniam) juga turut bersama menyertai PKR, bersama kira2 1,700 bekas ahli MIC dari Petaling Jaya Selatan dan Pekan Meru di Kapar. Penghijarahan mereka ke PKR memaksa lebih 10 cawangan MIC ditutup..!!!

Exco Selangor Nafi Ada Kaitan Dengan Kematian TBH

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu hari ini menafikan tuduhan yang mengaitkan beliau dengan kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock.

Menurut Ronnie, dakwaan itu bukan sahaja tidak benar, malah sengaja direka oleh pihak tertentu untuk memburuk-burukan imejnya sebagai ecxo dan juga pemimpin yang mewakili DAP Selangor. Beliau mengulas dakwaan pihak tertentu dalam sebuah laman blog TRUTH FOR TEOH BENG HOCK yang mengaitkan beliau dengan insiden kematian Teoh, baru2 ini.

Blog berkenaan turut mengaitkan beliau dan Exco Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah, terlibat dalam skandal salah guna peruntukan DUN di Sungai Pelek dan Sungai Panjang.

Senarai peruntukan kedua-dua Exco yang disiarkan dalam laman blog itu telah direka oleh penulis, sedangkan peruntukan sebenar telah disenaraikan dalam laman web rasmi mereka. Bagaimanapun beliau tidak akan mengambil tindakan undang2 terhadap blog berkenaan.

Sementara itu, Ean turut mengutuk sekeras-kerasnya tuduhan tidak bertanggungjawab pihak terbabit yang memburuk-burukkan Adun PR melalui blog. Beliau meminta SPRM memberi penjelasan, bagaimana maklumat sulit ini yang telah diserahkan kepada SPRM boleh dipamerkan dalam blog berkenaan tanpa sebarang kawalan.

24 July 2009

Brahim Ali Beri Amaran...

Ahli Parlimen Pasir Mas Brahim Ali memberi amaran 'huru-hara' mungkin berlaku jika kumpulan pimpinannya yang menyokong ISA terus mengadakan tunjuk perasaan pada 1 ogos hari yang sama dengan perarakan anjuran GMI (Gerakan Mansuhkan ISA) dari dulu lagi merancangnya.

Walaupun akur risiko itu wujud, Brahim Ali yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) dilaporkan tetap bertekad meneruskan tunjuk perasaan itu selagi polis tidak menghalang perarakan yang di anjur oleh GMI.

Bersama 10 NGO Melayu menamakan perhimpunan mereka sebagai "1Malaysia, Selamatkan Malaysia, Kekalkan ISA dan Pertahankan Hak Keistimewaan Orang Melayu" (mesej yang mirip kepada slogan-slogan yang dicanangkan oleh Umno untuk meraih simpati dan sokongan orang Melayu).

Brahim Ali bagaimanapun tidak pula menjelaskan bagaimana pengekalan ISA boleh menjamin hak keistimewaan orang Melayu atau memantapkan konsep 1Malaysia tajaan Najib. Beliau berkata jika kumpulan penentang akta itu meneruskan Himpunan MANSUHKAN ISA ke Istana Negara, Perkasa juga akan turut sama bagi menyatakan sokongan terhadap akta itu.

Sudah kelihatan macam budak2 pula mereka ni... Pihak kerajaan cukup takut dengan perhimpunan GMI ini akan benar2 berjaya melenyapkan 'akta zalim pusaka penjajah itu' dari bumi Malaysia. Jadi 'kekebalan' mereka yang di agung2kan selama ini dalam tindakan menangkap rakyat sesuka hati tiada bisanya lagi......

Konspirasi Kes Liwat ll Makin Jelas

Sekarang tanda2 wujudnya konspirasi semakin jelas. Mahkamah telah membuat keputusan hari ini dengan membenarkan pihak pendakwaraya menagguhkan lagi perbicaraan bagi memberi ruang kepada mereka untuk kemukakan bukti yang telah dituntut oleh pihak peguam DSAI.

Mahkamah Tinggi telah menetapkan 2 September depan untuk tarikh sebutan permohonan DSAI bagi membatalkan tuduhan liwat terhadapnya dan perbicaraan utama kes berkenaan. Oleh itu, 'Himpunan Solidariti ahli AIC' di Mahkamah Jalan Duta hari ini telah dibatalkan akibat daripada penangguhan tersebut.

jelas menunjukkan bahawa semua bukti2 yang di minta oleh pihak pembelaan masih lagi tidak dapat di kemukakan kerana memang tidak ada dalam simpanan pihak pendakwaraya. Sekiranya ada, sudah pasti mereka (pendakwaraya) dengan 'pantas' akan kemukakannya.

Dengan penangguhan itu, bermakna 'teori konspirasi' bagi menghantar semula DSAI ke Penjara nampaknya semakin lengkap kini. Barisan peguambela DSAI sudah begitu lama menunggu dan memohon bagi mendapatkan sebahagian daripada dokumen dan barangan kes berkaitan. Namun, segalanya dinafikan sehinggalah perbicaraan dijalankan dan DSAI terpaksa memohon sekali lagi menerusi prosedur perundangan yang telah ditetapkan.

Tambah malang lagi, sampel DNA yang menjadi barang kes juga tidak dibenarkan untuk diperiksa oleh peguambela Anwar. Kini segalanya bagai satu perjalanan kes perbicaraan yang cukup meragukan.....

Dalam prosiding hari ini pihak pembelaan telah memberikan afidavit jawapan berhubung permohonan pihak pendakwa untuk menangguhkan pelaksanaan terhadap perintah untuk menyerahkan dokumen yang berkaitan kepada pihak pembelaan.

Peguam pembela, Amer Hamzah Arshad dalam hujahannya berkata mahkamah tidak boleh menyekat hak yang telah diperuntukkan oleh undang2 agar pihaknya dibekalkan dengan dokumen yang berkaitan sebelum perbicaraan bermula.

Bagaiamnapun hakim berkata, tidak ada mana2 pihak yang akan menyekat hak pihak pembela itu memandangkan beliau sendiri yang mengarahkan pihak pendakwa membekalkan dokumen2 berkenaan. Sama ada Mahkamah Rayuan menerima rayuan pihak pendakwa dan sekaligus membatalkan keputusan beliau pada 16 Julai lalu kita belum ketahui.

23 July 2009

Perluas Skop Penyiastan Beng Hock

Peranan Suruhanjaya Diraja perlu dilaksana dengan lebih meluas bagi menyiasat kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock dan bukan sekadar tertumpu kepada terma siasatan yang digunakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysis (SPRM).

Adun Hulu Kelang, Saari Sungib berkata, peranan suruhanjaya ini perlu mempunyai objektif siasatan yang lebih menyeluruh dan meluas dengan meliputi pelbagai aspek sekitarnya sehingga kepada punca kematian Beng Hock.

“Sewajarnya peranan Suruhanjaya Diraja ini tidak khusus kepada terma siasatan yang dilakukan oleh SPRM sepertimana yang diputuskan oleh kabinet,” katanya ketika mengulas penubuhan suruhanjaya diraja oleh kabinet semalam.

Kabinet telah memutuskan supaya satu inkues diketuai seorang majistret dijalankan minggu depan bagi menentukan punca kematian Beng Hock pada khamis lalu di Plaza Masalam, Shah Alam.

Semasa mengumumkan di Putra Jaya, Datuk Seri Najib Tun Razak turut bersetuju satu Suruhanjaya Diraja dengan terma khusus untuk meneliti dan mengkaji peraturan berkaitan soal siasat yang digunakan oleh SPRM.

Najib juga menegaskan kabinet mahu siasatan kematian Beng Hock dilakukan secara menyeluruh dan kerajaan akan melakukan apa sahaja untuk mencari kebenaran.

Bekas Ketua Penerangan PAS Selangor ini juga mempersoalkan keperluan dua prosiding yang berlainan bagi menyiasat perkara yang berkait rapat terhadap isu terbabit.

“Kedua-dua prosiding ini adalah wajar digabungkan sebagai satu sistem sokongan antara satu sama lain bagi meneliti keseluruhan maklumat secara telus dan tepat sehingga kepada punca kematian,” katanya.

Saari turut mencadangkan agar keanggotaan Suruhanjaya Diraja ini turut membabitkan wakil alternatif seperti golongan profesional, NGO dan pengamal undang-undang. “Mereka hendaklah mempunyai latar belakang dan intergriti yang baik serta dihormati oleh seluruh masyarakat”.

Selain itu, beliau juga mencadangkan agar siasatan secara keseluruhan ini dilakukan dalam tempoh yang singkat kerana suluruh dunia sedang meneliti isu tersebut.

“Mungkin sebulan atau dua bulan keputusan boleh diperolehi kerana jika ia terlalu lewat segala keputusan ini boleh dipersoal,” katanya lagi.

Ahli Jawatankuasa Umno bahagian Kuala Selangor, Jamin Bero turut menyokong usaha kerajaan menubuhkan satu suruhanjaya diraja bagi menyiasat isu yang membabitkan kerajaan negeri ini.

“Langkah yang diambil oleh kerajaan pusat adalah tepat untuk menyiasat kes tersebut kerana ia sememangnya ditunggu-tunggu oleh masyarakat umum terutamanya rakyat negeri Selangor sendiri,” katanya.

“Keputusan yang lewat boleh menjejaskan kepercayaan masyarakat umum terutamanya pelbagai spekulasi yang begitu hebat telah berlaku di negeri ini,” katanya lagi.

Jamin turut bersetuju dengan langkah kerajaan mengujudkan dua prosiding bagi membantu memudahkan hasil siasatan tersebut.

Bagaimanapun, beliau berharap keputusan yang diperolehi perlu dilakukan secara lebih menyeluruh yang berkaitan dengan hasil siasatan supaya ia boleh dirungkai bagi mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.

“Seperti kata Najib, seluruh masyarakat mahu tahu apa sebenarnya isu di sebalik kematian setiausaha politik exco kerajaan negeri ini,” katanya lagi.

(MalaysianInsider)


Warkah Takziah TGNA Buat Ibu Bapa Beng Hock

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Buat ibu bapa kepada
Mendiang Teoh Beng Hock
d/a Pejabat YAB Menteri Besar Selangor
Tingkat 21, Bangunan SSAAS
40502 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan.

Warkah Takziah
Saya cukup tergamam apabila menerima berita penuh misteri di hari pemergian mendiang Teoh Beng Hock pada awal petang 16 Julai 2009. Lebih tragik apabila bencana yang menimpa mendiang, berlaku sewaktu beliau sedang menjadi tetamu kepada SPRM; ketika beliau sedang memberikan kerjasama ke atas sebuah kes dalam siasatan.

Dalam Islam, tidak syak lagi tetamu wajib dihormati, bahkan dilindungi. Tidak boleh sekali-kali timbul sebarang syak akan status keselamatan tetamu dalam apa jua keadaan kerana sebaik-baik tetamu diterima sebagai tetamu maka Islam secara otomatik mewajibkan jaminan perlindungan diberi oleh tuan rumah.

Jaminan perlindungan ini meliputi soal maruah, air muka, keturunan, harta benda dan nyawa. Ini soal hak asasi yang dijamin oleh Islam. Ini konsepnya.

Bagaimanapun, apa yang berlaku di Plaza Masalam di Shah Alam pada Khamis yang sugul itu cukup-cukup membuatkan saya menjadi terkejut. Hati saya sebak, enggan menerima dan tidak dapat menahan kesedihan.

Saya sungguh-sungguh tidak dapat membayangkan bagaimana ini semua boleh terjadi. Saya cukup yakin, untuk dilantik ke jawatan Setiausaha Politik, sudah tentu mendiang adalah seorang yang terdidik, telah melalui liku-liku pengalaman, dan terdedah dengan pelbagai rancah kehidupan. Bukan senang untuk melahirkan satu-satu bakat, kebolehan dan ketokohan.

Kepada kedua ibu bapa dan seluruh ahli keluarga mendiang, saya mohonlah berpesan supaya teruskan bersabar. Tabahkan hati sewaktu mengharungi ujian yang segenting ini. Di sisi Islam, jika Allah menguji kita dengan sesuatu musibah nescaya di sana akan ada kebaikan yang akan menanti kita. Terus bersangka baiklah.

Sementara menantikan sebuah Suruhanjaya Bebas Diraja yang perlu dilantik dalam tempoh terdekat, izinkan saya mengangkat sekawat nota takziah buat Tuan, Puan serta seluruh ahli keluarga. Insya-Allah, kita akan dapat mengetahui punca sebenar yang telah meragut nyawa mendiang melalui siasatan yang sehabis telus dengan pembentukan suruhanjaya yang sangat diperlukan ketika ini.

Jika dalam banyak hal kita sering bercakap tentang integriti dan ketelusan, maka inilah ketika untuk membuktikannya.

Dari siasatan suruhanjaya itu, rakyat berhak untuk mendapat maklumat penuh tentang apa yang sebenarnya telah terjadi. Sudah tentu andaian-andaian longgar yang sekadar mengesahkan, "mendiang mati kerana jatuh dari tempat yang tinggi" tidak boleh diterima.

Saya berharap, jangan ada satu pun fakta biarpun sejarum patah, yang sengaja ditinggalkan di dalam peti siasatan sewaktu mengendalikan pos mortem ke atas tragedi ini.

Dalam hal ini, semua pihak harus sedar bahawa melakukan siasatan dan bercakap benar adalah menjadi kewajipan. Jika tidak, di akhirat kelak, dari segi Islam semua orang akan tetap diheret juga untuk dipaksa bercakap benar.

Ini selaras dengan firman Allah SWT yang bermaksud, "pada hari (itu) dibukakan segala rahsia. Maka sekali-kali tidak ada bagi manusia itu satu kekuatanpun dan tidak (pula) seorang penolong" [on the day when mens consciences are searched (for belief, intention etc.) (at the moment) men shall have no power (to defend himself) and no helper."] (maksud Surah Ath Thaariq: Ayat 9 dan 10).

Sementara itu, teruskan bersabar dan kuatkanlah kesabaran.

Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am PAS merangkap
Menteri Besar Kelantan
27 Rejab 1430
20 Julai 2009

TGNA Dan DSAI Sertai Demo Anti-ISA

TGNA dan DSAI akan turut serta dalam himpunan besar-besaran mendesak kerajaan agar memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1 Ogos ini. Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh berkata perhimpunan itu juga turut disertai pimpinan atasan PR, termasuk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin lebih 83 NGO dalam gabungan tersebut.

Beliau mengumumkan demikian dalam satu sidang media selepas menyerahkan surat pemakluman kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung hasrat GMI menyerahkan 'deklarasi rakyat' pada tarikh tersebut.

DSAI: Suruhanjaya DiRaja Mestilah Menyiasat Punca Kematian Mendiang Teoh

Akhirnya Dato’ Sri Najib Razak tunduk kepada desakan rakyat Malaysia yang mahukan Keadilan buat mendiang Teoh Beng Hock. Hari ini kabinet memutuskan serta akur kepada pandangan agar sebuah Suruhanjaya Diraja diwujudkan.

Cumanya, jika kita meneliti pengumuman berkaitan, berdasarkan terma-terma khusus yang digariskan kabinet, Suruhanjaya tersebut hanyalah untuk mengkaji peraturan soal siasat yang digunapakai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) dan bukannya untuk menyiasat punca sebenar kematian Sdr Teoh Beng Hock. Terma tersebut pastinya membatasi penyiasatan serta penelitian Suruhanjaya Diraja sekaligus tidak berjaya menghalang terhakisnya keyakinan rakyat terhadap institusi-institusi keadilan dan keselamatan negara ini serta tidak menjawab teka-teki yang menyelubungi kematian Mendiang Teoh.

Umum menyedari kaedah penyiasatan yang digunakan SPRM dikritik hebat antaranya oleh Majlis Peguam Malaysia. Sayugia diberi perhatian, Peraturan 20, Peraturan Lokap 1953, Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan, Seksyen 28A(4) Kanun Acara Jenayah serta Konvensyen Menentang Hukuman yang Menyiksa, Zalim danTidak Berperikemanusiaan telah melakarkan secara jelas kaedah-kaedah yang harus digunapakai sewaktu penyiasatan. Kerajaan sewajarnya memastikan SPRM bertindak mengikut lunas undang-undang yang sudahpun tersedia. Saya berpandangan Suruhanjaya Diraja yang bakal diwujudkan ini sepatutnya lebih menumpu untuk menjawab punca sebenar kematian mendiang Teoh Beng Hock.

Berhadapan dengan kemarahan rakyat yang kian memuncak, tidak wajarlah penyiasatan untuk menentukan punca kematian diserahkan kepada seorang majistret dan siasatan pula dikendalikan pihak Kementerian Dalam Negeri serta Polis. Kerajaan seharusnya sedar desakan mahukan sebuah Suruhanjaya Diraja didasari ketidakyakinan rakyat terhadap integriti serta kebebasan institusi seumpama Polis dan Kementerian Dalam Negeri.

Saya yakin rakyat Malaysia tidak mahu Suruhanjaya Diraja ini berakhir seperti penyiasatan video VK Lingam dan kes serangan bekas ketua polis negara terhadap saya. Sehingga kini tiada tindakan susulan yang bermakna diambil. Segala saranan serta hasil siasatan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Diraja hanya menemui jalan buntu demi menjaga kepentingan sesegelitir. Jika inilah jalan yang mahu ditempuh pastinya kerajaan umno-bn membawa negara kita menuju kehancuran.

ANWAR IBRAHIM

Ceramah Pertama Chua Selepas Masuk PKR

Bekas Naib Presiden MCA Datuk Chua Jui Meng semalam menyampaikan ceramah pertamanya selepas keluar dari MCA di depan ratusan penyokong PKR di Kuala Selangor. Chua berkata keputusan meinggalkan parti berkenaan adalah satu tindakan yang tepat setelah melihat pelbagai propaganda yang dicetuskan oleh BN.

Katanya tempoh bersama BN selama 30 tahun banyak memberi pengalaman yang telah membuka mata beliau untuk berhijrah dari parti itu dan berhasrat untuk membawa 'harapan baru' kepada pentadbiran negara dengan menyertai PKR. Beliau berkata,

"Terdapat banyak sebab kenapa saya meninggalkan MCA dan menyertai PKR. Sudah 30 tahun saya dalam MCA, menjadi anggota pentadbir termasuk memegang jawatan sebagai Menteri Kesihatan selama Sembilan tahun. Pada hujung hayat ini baru nak masuk parti pembangkang setelah saya melihat peristiwa yang berlaku di sini, pertamanya bermula dari isu Perak di mana BN telah merampas kuasa.

Terdapat satu media bertanyakan pendapat saya mengenai isu tersbut dan saya telah mencadang perlu adakan pilihan raya di Perak, tapi BN tidak setuju. Institut Persekutuan, PDRM, MACC dan lain-lain ini tugas sebenar adalah untuk menjaga hak rakyat Malaysia, tapi sebaliknya digunakan untuk mengancam rakyat kita. Ini merupakan hal kedua kenapa saya masuk ke PKR.

Hal ketiga adalah bagaimana BN nak buat dakwaan terhadap pemimpin PKR dengan membawa ke mahkamah secara selektif. Ini adalah satu cara untuk mendikriminasikan tokoh politik kita di pihak PKR. Kes sodomi DSAI juga memperlihatkan BN sengaja mewujdkan propaganda.

Parti MCA bukan sebahagian daripada konspirasi itu tapi dating satu parti iaitu UMNO yang telah menghumbankan beliau ke penjara selama enam tahun, kasihan kepada Datin Azizah dan juga anak-anak yang masih bersekolah. Setelah dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan, sekarang timbul pula sodomi yang kedua".

Chua yang juga Bekas menteri kesihatan ,turut melahirkan rasa bangga apabila 323 ahli MCA cawangan Sungai Besar di bawah kepimpinan Lim dan Goh, akan mengikut langkah beliau menyertai PKR. Menurut Chua penyertaan itu sedikit sebanyak mampu mengukuhkan parti PKR di kawasan berkenaan dan mengharapkan agar ahli MCA kawasan lain akan turut mengikut langkah tersebut. Beliau berkata,

"Jika nak satu kerajaan yang adil terhadap Negara yang terdiri daripada berbilang kaum, kita semua hendaklah memainkan peranan, kita perlu bekerja kuat untuk dirikan bendera PKR di Malaysia".

Dalam pada itu, Ketua Umum PKR, DSAI menyifatkan kemasukan Datuk Chua dan ahli MCA lain ke PKR adalah berpunca daripada hilangnya kepercayaan mereka terhadap kerajaan BN. Beliau dalam ceramahnya berkata, konspirasi BN itu telah menjadikan pemerintahan negara seperti zaman gila dan kacau bilau apabila yang salah dibela dan yang benar dihukum. Beliau berkata,

"Setelah pengalaman dalam kerajaan dilhat kacau bilau dan haru biru, keadaan sekarang tidak ada pilihan maka mengambil keputusan segera untuk membawa perubahan kepada Negara tercinta.

Dengan semangat itu telah membawa anak-anak muda MCA Taman Ria dan Taman Desa yang turut sama, kerana tahu bahawa BN dan UMNO di zaman kacau bilau dan tidak ikut amanah, rosak akhlak, pemimpin rasuah dan salah guna kuasa. Sama seperti pemerintahan di zaman gila.


Zaman gila ini apabila orang rasuah dianggap baik, orang zalim diangkat, orang yang nak menegakkan keadilan di humban ke penjara, orang yang nak perbetulkan keadaan di lempar jatuh mati".

Sementara itu kepimpinan MCA Kuala Selangor Goh The Seng dan Lim Chee Ho melahirkan rasa gembira dan syukur atas keputusannya menyertai PKR kerana yakin parti tersebut mampu untuk membawa 'harapan baru' kepada kawasan itu. Beliau berkata,

"Rasa gembira kerana akhirnya kita sedar di mana jalan ekspresi yang sepatutnya kita pilih menggalakkan ahli-ahli poltik kita dalam membantu rakyat. Harapan utama adalah untuk mengatasi masalah rakyat setempat terutamanya yang berkenaan dengan majls daerah selepas itu peringkat negeri dan nasional.

sudah hampir empat tahun saya dalam MCA tapi pada masa itu tidak dapat berbuat apa-apa kerana mendapat tekanan daripada orang atasan, sekarang hanya bergantung kepada ahli-ahli untuk menwujudkan kekuatan. Tiada apa yang luar biasa, ada harapan yang lebih cerah untuk penduduk setempat di sini. Saya ambil sebagai contoh langkah yang telah di sebut oleh Datuk Chua".

(sumber TVA)

22 July 2009

DSAI Mungkin Merengkok 12 Tahun Kerana DNA

Walaupun telah wujud empat laporan dari doktor berlainan yang mengesahkan bahawa Saiful Bukhari Azlan tidak mempunyai sebarang kesan yang menunjukkan dia diliwat, tetapi perbicaraan kes liwat Saiful lawan Anwar Ibrahim yang bakal bersambung nanti mungkin akan memberi kelebihan kepada Saiful.

Dalam ceramah umum di Beserah, Kuantan pada malam Sabtu lepas, pemimpin-pemimpin kanan PKR yang hadir, Zulkifli Noordin, Fuziah Salleh dan Azan Ismail, serta Saudara Ahmad Nizam Hamid senada dalam mendedahkan tentang keputusan hakim dalam sesi perbicaraan terakhir sebelum penangguhan baru-baru ini, bahawa perbicaraan seterusnya akan hanya mengambil kira bukti klinikal yang berupa hasil dari ujian DNA.

Keputusan mahkamah yang sebegini tentulah sangat mengejutkan, apalagi dalam keadaan telah wujudnya laporan pemeriksaan dari empat doktor yang bersedia memberi kesaksian mereka.Mengecilkan skop pembuktian hanya kepada analisis DNA memberi gambaran bahawa empat orang doktor tersebut tidak berwibawa dan pandangan profesional mereka tidak berharga. Pergantungan tunggal kepada ujian DNA dalam kes-kes jenayah, seperti di Amerika Syarikat, walaupun semakin diterimapakai di mahkamah-mahkamah mereka, namun sehingga hari ini masih menjadi kaedah pembuktian yang penuh kontroversi.

Ketepatan DNA hanya bersifat kepercayaan popular, bahkan kadar ketepatan 99.9 peratus DNA hanyalah suatu anggaran dan tidak ada sesiapa yang pasti tentangnya. DNA memang berbeza untuk setiap manusia, tetapi yang digunakan dalam pembuktian adalah Profil DNA, yang sebenarnya hanya sebahagian kecil sahaja dari DNA keseluruhan seseorang manusia. Kerana itu, Profil DNA dua orang adik-beradik mungkin sahaja hampir sama.

Pada tahun 2001, Kathryn Troyer telah menjalankan ujian terhadap pengkalan data Profil DNA penjenayah Arizona, dan telah membuat penemuan dua penjenayah dengan profil genetik yang hampir sama, kedua-dua penjenayah ini mempunyai padanan 9 dari 13 lokasi kromosom. Sememangnya mereka berdua bukan adik-beradik kerana seorang berkulit putih dan seorang lagi berkulit hitam. Asalnya FBI cuba menafikan bukti penemuan ini dengan mendakwa ia kes terpencil, 1 dalam 113 bilion, tetapi Troyer pada tahun-tahun berikutnya telah membuat berdozen-dozen penemuan yang serupa.

Ini telah menimbulkan persoalan tentang kredibiliti Profil DNA. DNA memang berciri unik, tetapi tidak untuk Profil DNA, ia hanya sekelumit dari keseluruhan genom. DNA haruslah digunakan dengan kehadiran bukti dan kesaksian yang lain. Dalam kes jenayah, sebelum dibicarakan tertuduh bersalah atau tidak, Zulkifli Noordin berkata jenayah mesti dibuktikan berlaku.Jika ada tuduhan seseorang merompak, rompakan itu mesti berlaku, ada barang yang hilang, ada wang yang hilang. Jika ada tuduhan seseorang merogol, rogol itu mesti berlaku, mangsanya disahkan hilang dara, ada bukti koyakan, ada bukti tusukan dan sebagainya.

Dalam kes Saiful, dia mendakwa diliwat, maka liwat itu seperti rogol mesti berlaku, ada koyakannya, ada tusukannya, dalam Islam mesti menghadirkan empat orang saksi. Empat orang saksi telah hadir dengan laporan mereka, keempat-empat mereka doktor dan kesimpulan mereka sama, liwat tidak berlaku!Doktor-doktor ini tidak akan dipanggil ke mahkamah, hanya hasil ujian DNA sahaja yang akan digunakan.

Sampel DNA Anwar, menurut Zulkifli Noordin, boleh diperolehi di mana-mana sahaja, bahkan dari peluh yang dilap ketika Anwar berdebat dengan Shabery Chik dahulu pun, sebelum itupun sampel DNA Anwar sudah berada di tangan polis, ketika Anwar ditumbuk pengsan oleh Rahim Nor, dicuri tanpa keizinan, itu pengakuan polis sendiri, dan ia terdedah untuk disalahguna dengan menaburnya di lokasi yang didakwa tempat kejadian atau di bahagian tertentu di tubuh Saiful. Ulas Zulkifli Noordin lagi, kali ini Anwar mungkin akan trpaksa ke penjara untuk tempoh yang lebih lama, 12 tahun, kerana ini adalah tuduhan kedua untuk kesalahan yang sama.

(Malaysian Insider)

Ku Li Bidas SPRM!

Kerana bimbangkan kematian Teoh Beng Hock adalah petanda SPRM bertukar 'penyangak', pemimpin veteran Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) berkata siasatan "sehingga ke lubang cacing" harus dijalankan bagi mencari motif dan punca kematian mangsa. Beliau berkata,

"rakyat Malaysia tidak lagi berasa selamat sekiranya seorang saksi yang dipanggil membantu siasatan ditemui mati dibawah pengawasan pihak berkuasa. Kejadian ini amat buruk untuk negara. 50 tahun kita merdeka, perlukan orang yang dipanggil untuk disiasat keluar dalam keranda.

Suruhanjaya Diraja Siasatan keatas kematian Teoh Beng Hock tiada ada gunanya sekiranya kerajaan tidak melaksanakan saranan2 suruhanjaya terbabit, sepertimana yang dapat dilihat dari siasatan keatas kes V.K Lingam dan Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC). Meminggirkan saranan Suruhanjaya Diraja adalah seperti 'menghina Yang Di-Pertuan Agong'.

SPRM memburu kesalahan2 kecil tetapi tidak mempedulikan kes2 besar. SPRM perlu diteliti semula. Rakyat mahu tahu, saya juga mahu tahu, bagaimanapun kematian ini boleh berlaku? Bagi seorang saksi, siapa yang akan beri bukti berkenaan perbelanjaan RM2,400 sedangkan ada orang dengan jutaan wang ringgit terus melata dengan bebas dan tidak dipanggil untuk disiasat".

Kecelaruan Kes Liwat ll

Sebelum ini, Hakim Zabidin Mohd Diah mengarahkan kerajaan menyerahkan bukti2 penting yang diselindungkan dari pasukan peguambela bermula esok. Antara bukti2nya ialah kenyataan Mohd Saiful, Dr Osman Abdul Hamid daripada Hospital Pusrawi, pemilik kondominium di Desa Damansara Condominium, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara Hassanuddin Abdul Hamid dan tiga saksi utama lain serta salinan rakaman kamera CCTV dari pos pengawal di kawasan menunggu lif di Blok 11 kondominium berkenaan dari 25 hingga 27 Jun, 2008.

Tetapi malangnya hari ini, hakim berkenaan telah membekukan arahan itu buat sementara waktu sehingga Jumaat ini dengan alasan bagi membolehkan peguambela DSAI mengemukakan jawapan balas kepada pendakwaraya. Mahkamah Tinggi juga menetapkan Jumaat ini untuk mendengar permohonan DSAI bagi menggugurkan pertuduhan liwat dan menetapkan tarikh perbicaraan Kes Liwat II.

Suruhanjaya Di Raja Ditubuhkan.....

Keputusan rasmi mengenai penubuhan Suruhanjaya Di Raja bagi menyiasat secara bebas punca kematian Teoh Beng Hock telah diumumkan oleh Datuk Najib dalam satu sidang media khas di pejabat PM di Putrajaya menyebut:

1) Kementerian Dalam Negeri dan polis diarahkan menyelesaikan siasatan secepat mungkin dan laporan siasatan tersebut, yang sedang berjalan, akan diumumkan.

2) satu inkues atau siasatan awam yang diketuai oleh seorang majistret untuk menentukan punca kematian Teoh.

3) menubuhkan suruhanjaya diraja dengan bidang kuasa khas untuk menilai kaedah soal siasat yang diguna pakai oleh SPRM dan menentukan sama ada pernah berlaku pencabulan hak asasi manusia sewaktu Teoh disiasat mulai petang 15 Jun hingga awal pagi esoknya.

Ragunath Kesavan (Presiden Majlis Peguam)
Majlis Peguam berharap penubuhan Suruhanjaya Diraja yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini akan turut menyiasat punca kematian setiausaha politik exco Selangor, Teoh Beng Hock.

Ini adalah kerana kuasa sesebuah inkues bagi menentukan punca kematian adalah terhad berbanding kuasa Suruhanjaya Diraja. Selain itu, inkues dikendalikan oleh seorang majistret yang bertindak sebagai koroner dan beliau biasanya merupakan seorang pegawai yang paling junior. Koroner tidak boleh mengarahkan supaya siasatan dijalankan bagi menentukan punca kematian.

"Kebebasan" Media Ala Najib Bermula...

Dalam tempoh beberapa hari lalu, perkembangan berikut berlaku di stesen-stesen televisyen milik Media Prima dan akhbar-akhbar utama. TV3, NTV7 dan 8TV diarah untuk tidak melaporkan sebarang komen/pandangan pemimpin PR mengenai kematian Teoh Beng Hock dan SPRM. Hanya komen BN dan pihak rasmi dibenar untuk disiarkan.

Penerbit Berita Inggeris NTV7 diarah untuk memalsukan hasil tinjauan orang ramai ketika siaran berita stesen itu pada 21 Julai. Soalan berbunyi "Adakah PR telah mengeksploitasi isu Beng Huat ?". 88% responden menjawab TIDAK. Hanya 12 peratus yang menjawab YA. Namun arahan "atas" memaksa penerbit untuk mengumumkan bahawa 56 peratus daripada responden kononnya menjawab YA.

Penerbit berita 8TV dibidas oleh pihak "atasan" kerana menyiarkan visual polis menggunakan kekerasan ke atas orang ramai yang berkumpul sebagai tanda simpati terhadap Beng Hock depan pejabat SPRM Selangor Jumaat lalu.

Selain itu RTM, TV3,NTV7, 8TV, RTM diarah untuk tidak menyiarkan sebarang berita mengenai istana Khir Toyo atau mengaitkan isu itu kepada pemborosan BN, mahupun keengganan SPRM menyiasat mantan MB Selangor itu.

Semua suratkhabar diarah untuk tidak membesar-besarkan persoalan mengenai peranan SPRM dalam kematian Beng Hock.

Akhbar Cina khususnya diberi arahan untuk tidak 'lebih-lebih' dalam menyiarkan laporan mengenai kematian Beng Hock dan taktik-taktik yang digunakan SPRM. Akibatnya Akhbar Sin Chew terpaksa menarik balik berita pada saat terakhir yang mengupas cubaan Berita Harian untuk menjadikan kontrovesi kematian Beng Hock sebagai isu perkauman.

Minggu lalu, seorang penolong pengarang NTV7 Florence Looi diturunkan pangkat setelah beliau meminta seorang tamu di rancangan yang dikendalikannya untuk menilai prestasi Najib selepas 100 hari beliau menjadi PM. Tamu berkenaan memberikan markah C atau D kepada Najib, yang jelas tidak menggembirakan pejabat PM.

Semua perkembangan ini adalah lanjutan daripada arahan yang diterima oleh pengarang-pengarang media sebelum ini, sejurus selepas Najib Tun Razak mengambil alih kepimpinan negara dan berjanji untuk mendokong kebebasan media.

Arahan itu termasuk memastikan semua media memberi keutamaan untuk membuat liputan majlis-majlis Rosmah Mansor, isteri Najib. Arahan istimewa diberi kepada TV3, iaitu berita Rosmah harus disiarkan sebagai antara berita utama dan terawal dalam Buletin Utama 8 malam. "Must cover, Must use,(Mesti diberi liputan, mesti disiarkan)" itulah arahan yang diterima oleh Meja Berita TV3 bersabit majlis-majlis Rosmah.

Jelas, manipulasi berita malah fitnah yang mewarnai media arus perdana sekian lama berterusan, malah bertambah serius di bawah Najib. Beliau memberi kuasa kepada Datuk Ahmad Talib untuk menguruskan semua kandungan berita di stesen-stesen televisyen TV3,NTV7, TV8 dan akhbar NST dan Berita Harian.

Pelantikan itu disusuli dengan rombakan besar-besaran yang menyaksikan pengarang-pengarang kanan seperti Datuk Kamarulzaman Zainal diberhentikan. Begitu juga dengan Pengarang NTV7, Mohsin Abdullah. Pengarah Berita TV3, Wee Your Lee pula dipindahkan ke jabatan lain.

Ahmad Talib membawa masuk konco-konconya seperti Asraf Abdullah, Manja Ismail dan Ahiruddin Atan untuk memastikan berita yang disajikan kepada rakyat setiap malam di televisyen dan menerusi akhbar, adalah mengikut rentak pentadbiran Najib.

Semuanya tentu dibuat atas nama "kebebasan media" yang dicanang oleh PM 1Malaysia Najib.

(TVA)


21 July 2009

Beginilah UMNO Dulu Kini Dan Selamanya....

Setiap kenyataan dari pemimpin2 UMNO hanya meletakkan UMNO sebagai 'benteng SPRM'. Mereka di lihat tidak bersama-sama rakyat untuk bersimpati dan mahu mencari kebenaran atas apa yang telah berlaku ke atas Teoh.

Muhyiddin mengatakan kematian Teoh telah dipolitikkan oleh PR untuk mengalihkan perhatian orang ramai daripada isu siasatan SPRM ke atas wakil rakyat mereka.

Khir Toyo mengatakan adalah tidak adil bagi DAP dan PKR membuat pelbagai kenyataan bagi menimbulkan keraguan dan kebencian umum kepada SPRM berhubung kematian Teoh.

Nazri Aziz pula kata, jangan tuduh2. Kalau tuduh, kenyataan mereka keluar nanti dekat laporan akhbar, menyebabkan masyarakat buat pandangan sendiri sebelum penyiasatan dibuat. Jadi, dia (Teoh) patut balik rumah. Kita pun tak tahu dia nak terjun bangunan tu. Saya nak bagi ingatan sedikit kepada Lim Kit Siang, biarlah polis jalankan penyiasatan. Siapa beliau, bukan ketua pembangkang pun. Saya menteri yang bertanggungjawab bagi undang2, saya tahu apa yang saya katakan dan jangan cuba mengajar saya.

Ketua Penerangan Umno Selangor membidas tindakan kerajaan negeri mengadakan perhimpunan bagi menuntut keadilan berhubung kematian Teoh. Abdul Shukur Idrus berkata pihaknya juga sangat kecewa dengan tindakan kerajaan negeri yang mempertikai dan menghina SPRM dalam isu terbabit.

Dari kenyataan2 mereka ini, menunjukkan mereka telah mengunakan langkah 'politik tempang'. Jadi, jangan salahkan PR dan Rakyat sekiranya mereka menjadikan UMNO sebagai sasaran 'serangan'.

Bila parti komponen BN, Gerakan dan MCA di lihat telah 'sealiran' bagi mereka dengan pendirian pemimpin PR, barulah ada antara mereka (pemimpin UMNO)yang mengatakan Suruhanjaya Siasatan Di Raja perlu di tubuhkan segera. Jadi, langkah yang telah di ambil oleh Chua Jui Meng keluar daripada MCA dan menyertai PKR adalah satu tindakan 'bijak' demi kepentingan seluruh rakyat Malaysia.....

20 July 2009

Siasatan Kematian Teoh 60 Peratus Selesai

Rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) mengesahkan Setiausaha Politik Teoh Beng Hock memasuki Plaza Masalam yang menempatkan ibupejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor tetapi tiada rakaman yang menunjukkan mangsa keluar dari bangunan itu.

Ketua Polis Selangor, Timbalan Persuruhjaya Khalid Abu Bakar berkata polis sedang mengaitkan siri-siri kejadian yang membawa kepada kematian Teoh.

Mangsa dipanggil sebagai saksi pada 15 Julai lalu dalam operasi besar-besaran SPRM terhadap Adun-adun Pakatan Rakyat yang menyumbang sistem audio kepada surau atau bendera Malaysia untuk sambutan Hari Merdeka nanti. Teoh ditemui mati, dipercayai terjatuh dari tingkat 14 pejabat SPRM selepas disoalsiasat semalaman.

SPRM berkata Teoh dibebaskan pada jam 3.45 pagi pada 16 Julai. Seorang petugas Plaza Masalam ditemui mati pada 1.30 petang.

"Kita sedang membandingkan laporan bedah siasat; kita dapati bahawa tempoh kematian adalah empat hingga lima jam sebelum mayatnya ditemui," kata Khalid.

Setakat ini, 23 orang termasuk pegawai-pegawai SPRM telah dipanggil membantu siasatan polis. Majikan mangsa, Ean Yong Hian Wah dan peguam mangsa, M Manoharan juga dipanggil untuk diambil keterangan.

Selain dari rakaman CCTV, polis juga merampas komputer dan dokumen SPRM. Bingkai tingkap di tingkat 14 juga dirampas untuk di siasat. Telefon bimbit Teoh juga dirampas dan dipercayai digunakan untuk mengesan panggilan terakhir yang dibuat Teoh sebelum kematian.


Ketua Polis Negara Musa Hassan berkata siasatan keatas kematian Teoh sudah 60 peratus selasai.

(TVA)

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA