Keputusan rasmi mengenai penubuhan Suruhanjaya Di Raja bagi menyiasat secara bebas punca kematian Teoh Beng Hock telah diumumkan oleh Datuk Najib dalam satu sidang media khas di pejabat PM di Putrajaya menyebut:1) Kementerian Dalam Negeri dan polis diarahkan menyelesaikan siasatan secepat mungkin dan laporan siasatan tersebut, yang sedang berjalan, akan diumumkan.
2) satu inkues atau siasatan awam yang diketuai oleh seorang majistret untuk menentukan punca kematian Teoh.
3) menubuhkan suruhanjaya diraja dengan bidang kuasa khas untuk menilai kaedah soal siasat yang diguna pakai oleh SPRM dan menentukan sama ada pernah berlaku pencabulan hak asasi manusia sewaktu Teoh disiasat mulai petang 15 Jun hingga awal pagi esoknya.
Ragunath Kesavan (Presiden Majlis Peguam)
Majlis Peguam berharap penubuhan Suruhanjaya Diraja yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini akan turut menyiasat punca kematian setiausaha politik exco Selangor, Teoh Beng Hock.
Ini adalah kerana kuasa sesebuah inkues bagi menentukan punca kematian adalah terhad berbanding kuasa Suruhanjaya Diraja. Selain itu, inkues dikendalikan oleh seorang majistret yang bertindak sebagai koroner dan beliau biasanya merupakan seorang pegawai yang paling junior. Koroner tidak boleh mengarahkan supaya siasatan dijalankan bagi menentukan punca kematian.
No comments:
Post a Comment