" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

27 July 2009

Cara Tok Him Bermain Politik

Sebagai warga Pasir Mas, saya merasakan satu kesilapan besar seandainya saya tidak menegur Ahli Parlimen kawasan saya iaitu saudara Dato' Paduka Ibrahim Ali atau lebih mesra di kawasan kami dengan gelaran Tok Him.

Kemanakah sebenarnya arah tuju perjuangan Tok Him dalam politik? Selepas sahaja beliau di tendang keluar daripada UMNO, karier politiknya terus menjadi gelap. Sebelum beliau 'memperkudakan' PAS Kelantan, beliau tetap tidak ketinggalan untuk bersaing dengan calon2 lain bertanding dalam PRU. Namun pada masa itu, Tok Him yang menggunakan 'tiket bebas' sememangnya 'tidak berharga' bagi rakyat Kelantan terutamanya warga Pasir Mas.

Entah bagaimana cara beliau guna hinggakan PAS Kelantan di bawah pimpinan TGNA boleh 'mempercayai (cair)' beliau dengan memberi laluan mewakili PAS untuk bertanding di Parlimen berkenaan walau hanya menggunakan 'tiket PAS' semata - mata. Beliau mendapat restu untuk bertanding 1 lawan 1 dengan calon BN pada PRU-12 lepas.

PAS Kelantan pada masa itu telah mencatat sejarah di mana politik yang 'berajakan Ringgit Malaysia (RM)' telah di gunakan tanpa di sedari. Ini berpunca daripada 'politik sonsang' yang di bawakan oleh Tok Him yang menjadikan RM sebagai 'senjata utama' dalam berpolitik.

Bermula dari situ saya sudah dapat merasakan bahawa Tok Him ada 'agenda tersendiri'. Warga Pasir Mas yang terdiri daripada penyokong PAS pada masa itu sudah pandai 'bercerita' pasal habuan RM. Sehinggakan ada antara mereka sudah berani untuk mengugut "kalau tak bagi kat aku RM, malaslah aku keluar mengundi. Mana boleh jadi, kamu dapat, aku tak dapat". Sedangkan PAS tidak pernah menggunakan cara berpolitik yang sebegini.

Saya memang tabik kepada Tok Him dari segi seorang yang pemurah. Beliau boleh di katakan seorang yang sememangnya 'kaya'. Tapi, pemurah pun biarlah kena pada tempatnya. Mungkin ketika itu beliau ada alasan tersediri, iaitu cara yang sebegini 'wajib' di gunakan bagi mengalahkan lawan dari BN yang sememangnya sudah sinonim dengan cara yang sebegini. Tapi bagi saya jelas, cara yang sebegini merupakan satu 'virus' kepada PAS.

Bila Tok Him berjaya memenangi kerusi parlimen Pasir Mas, beliau sudah mula 'mudah lupa' (sama seperti bosnya Che Det) bahawa tempat yang beliau duduk itu adalah 'ehsan' daripada PAS. Beliau dengan 'tegasnya' menyatakan yang beliau tidak 'terikat' dengan mana2 parti politik. Beliau 'bebas'... Bila sesi sidang dewan parlimen bermula, beliau dengan lantangnya 'menyelar' tidak kira sebelah mana sekali pun demi untuk kepentingan rakyat
(mengikut fahaman beliau).

Dari situ, PAS Kelantan telah merasakan bahawa Tok Him sememangnya masih 'berjiwa UMNO' sebenarnya, dan satu kesilapan telah berlaku di mana PAS telah memberi laluan 'clear' kepada Tok Him di Parlimen Pasir Mas. Saranan agar Tok Him meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Pasir Mas mula kedengaran dari pelbagai pihak bermula dari pimpinan PAS Kelantan, warga Pasir Mas sendiri dan seluruh rakyat Malaysia. Namun Tok Him buat 'pekak badak' sahaja.

Semasa PRK DUN Manek Urai baru2 ini, Tok Him tanpa selindung lagi telah menonjolkan bahawa beliau masih tergila - gilakan UMNO. Beliau telah mengambil posisi dengan membantu calon dari BN. Pengerusi Kelab Veteran PAS Terengganu, Ustaz Kassim Ahmad mendedahkan bahawa Ahli Parlimen Pasir Mas, Dato’ Ibrahim Ali telah mengetuai dalam urusan pembahagian wang dari BN yang bernilai hampir RM100 juta.

Ustaz Kassim berkata, "saya telah didatangi oleh seorang tuan punya bengkel kereta yang muda, katanya beliau bersama-sama golongan pemuda seramai lebih kurang 30 orang didatangi oleh Yang Berhormat Ahli Parlimen Pasir Mas, saudara Ibrahim Ali, rupa-rupanya beliau (Ibrahim Ali) mengetuai pembahagian wang, tiap2 seorang ahli (pemilik) bengkel itu memperolehi RM300".



ADUN Manek Urai, Abe Uji telah mengesahkan dakwaan Ustaz Kassim keatas Tok Him. Menurutnya, Tok Him telah menjalankan kegiatan mengagih-agihkan wang tersebut terutamanya di Peti Undi Laloh (bawah jagaan Tok Him).Beliau membawa 2 butir bag berisi wang untuk diagih-agihkan.

Nilai pembahagian wang tersebut bukan hanya RM300, bahkan RM3000 dan hingga mencapai RM10,000, terutamanya kepada 'kepala2'. Cara pembahagian wang tersebut bukan rumah kerumah tetapi Tok Him akan mencari seorang 'kepala' (ketua) dan meminta ketua itu membawa pengundi kedalam kawasan kebun getah atau belukar berhampiran.

Abe Uji berkata, "Trend (kaedah) dia kali ini, bukan 'style' (cara) pergi kerumah orang, (tapi) style di panggil kedalam 'rok' getah, kut dalam 'rok', pergi jumpa dengan dia (Tok Him). Dia (Tok Him) cari seorang kepala, dia tunggu di dalam rok mana2, (kepala) bawa mari 10 orang, dia akan bayar hok kepala lebih sikit, orang rakyat (bawahan) ni ada (terima) RM300, 500 dan ada RM1000".

Yang terbaru, Tok Him akan menggunakan platform PERKASA dan PEWARIS bagi membuat sesuatu tindakan yang 'menentang arus' pada abad ini. Beliau akan mengetuai perhimpunan yang 'mengklon' dari Gerakan Mansuhkan ISA (GMI). Tetapi beliau memilih untuk 'mengampu' kerajaan dengan menyatakan sokongan kepada kerajaan agar mempertahankan Akta Keselamatan Dalam Negeri ISA.

Tindakan Tok Him kali ini bukan sahaja bakal di tonton oleh Rakyat Malaysia, malah di seluruh dunia. Di jangkakan, wartawan dari luar negara akan berada di setiap lokasi perhimpunan berkenaan.
Kita sama2 lihat, perhimpunan anjuran siapa yang sebenarnya yang mewakili 'suara rakyat'.

Bersiap sedialah wahai Tok Him untuk kamu membuat seusatu perkara yang 'terkebelakang' di abad ini dan semakin ramai lagi rakyat yang akan 'membenci' kamu. Jangan terkejut seandainya kamu terlihat katak juga akan menghadirkan diri bersama - sama kumpulan kamu dalam perhimpunan nanti....

Inilah cara Ahli Parlimen Pasir Mas, saudara Dato' Paduka Ibrahim Ali berpolitik......

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA