Perbicaraan kes 'liwat rekaan' terhadap DSAI yang dijadual pada 8 Julai ini akan ditangguhkan lagi sekiranya proses rayuan berhubung keputusan memindahkan kes liwat beliau dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi masih belum selesai.Panel 3 Hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Abdul Hamid Embong, bersama Hakim Datuk Wira Abu Samah Nordin dan Datuk Jeffery Tan Kok Wha menetapkan untuk menyambung prosiding rayuan tersebut pada pagi ini (1 Julai).
Hakim meminta pihak pendakwaan dan pembelaan menyediakan hujahan yang memfokuskan mengenai pertikaian kesahihan sijil pemindahan yang ditandatangani oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, pengesahan jaminan yang diberikan oleh bekas PM, Tun Abdullah kepada isteri dan anak perempuan DSAI, doktrin keperluan serta sama ada wujudnya berat sebelah semasa proses pemindahan kes ini dibuat.
DSAI mencabar kesahihan sijil pemindahan yang ditandatangani oleh Abdul Gani kerana Peguam Negara itu tidak boleh menandatangani dokumen berkenaan kerana beliau masih disiasat oleh SPRM berhubung insiden 'mata lebam'.
No comments:
Post a Comment