
Menurutnya program yang dipersetujui di peringkat Jawatankuasa Pengurusan dan MT Umno itu, akan diperluaskan ke seluruh negara membabitkan pemimpin Umno di peringkat bahagian dan cawangan. Beliau berkata:
"Program ini akan melibatkan semua peringkat pimpinan sebab merekalah menjadi penggerak utama yang akan membimbing ahli-ahli parti di peringkat cawangan dan kita mahu supaya ada imej baru yang dapat kita tonjolkan. Ia (modul-modul program) juga akan digandingkan dengan tindakan mesra rakyat seperti mendengar dan menyelesaikan rintihan masyarakat secara berkesan"
Dengan ini, beliau telah mengakui bahawa UBN sekarang memang sudah ketinggalan. UBN terpaksa mengadakan program latihan dan motivasi bagi 'menyekolahkan' para pemimpin2 mereka untuk bersaing dengan pihak lawan. Mereka ketinggalan dengan siapa kalau bukan dengan PR.........
No comments:
Post a Comment